Kecil Hati

| Saturday, September 01, 2012 | |
Aku bukanlah seorang yang cerewet, tetapi kadang-kala aku akan jadi sensitif lantas mengundang rasa sedih yang bukan sedikit pada sesuatu perkara. Terutamanya apabila melibatkan seseorang yang aku anggap sebagai sahabat. Lebih memedihkan, kewujudan aku seringkali tidak dia sedari.

Bukan hanya sekali, bukan juga dua kali.

Terasa seperti aku yang cuba sedaya upaya berdiri di sebelahnya atau sekurang-kurangnya memerhatikan dia dari jauh, telah terlepas pandang berbanding orang lain. Mungkin ini menunjukkan taraf dan kedudukan sebenar diri aku pada pandangan matanya...

Sigh!

2 comments:

Telor Power Says:
March 5, 2013 at 8:06 PM

jenis kes gini yg buat serba salah di kedua pihak ni. nak tegur segan kalau tak tegur pun segan


akhirnya....putus tali silaturahaim

Lia Irdelia Says:
March 16, 2013 at 3:38 PM

memang selalu rasa camneh..
>_<