Ulasan Pengulas

| Friday, August 10, 2012 | |
Aku dah lama perasan terdapatnya satu perbezaan ketara antara pengulas sukan zaman dulu (tak la dulu sangat macam zaman Allahyarham Mokhtar Dahari tu) dengan zaman sekarang. Antara perbezaan yang ketara pada pemerhatian aku adalah cara penyampaian mereka yang terpisah antara realiti dengan imaginasi. Pengulas dahulu lebih banyak mengulas sesuatu acara sukan itu secara lebih teknikal dan apa yang disampaikan itu adalah `real time'.

Maksudnya, kita tidak memerlukan tv untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di atas gelanggang. Cukup sekadar dengan satu corong radio kat sebelah telinga je, kita dah dapat gambarkan strategi yang diamalkan, kebolehan atau prestasi semasa pemain, taktik berbalas serangan dan jugak sepantas mana bola itu berlegar-legar di atas padang. Seolah-olah kita sendiri yang berada di tempat duduk stadium menyaksikan perlawanan langsung, asalkan kita dapat pastikan gelombang frekuensi radio tak terganggu sepanjang perlawanan.

Tapi, pengulas zaman sekarang lebih banyak merapunya menceritakan gossip luar padang berbanding apa yang berlaku di atas padang. Kalau kita alihkan pandangan mata dari skrin tv barang beberapa saat pun, alamatnya kita akan tertinggal dengan apa yang berlaku tanpa sedar. Tak boleh nak harapkan sangat dengan kata-kata pengulas tu. Berminit-minit merapu, tiba-tiba dah gol... Celaka betul!



9:32 malam
13 Mei 1971
Stadium Merdeka
Kelayakan Olimpik Zon Asia

Dapat dilihat di sini jurulatih Hassan Sani telah memperkuatkan barisan pertahanan dengan mengarahkan seorang pemain tengah turun ke bawah silih berganti sebaik bola terlepas ke kaki pemain lawan. Barisan pertahanan yang diperkuat oleh Jailani Misman, Kadir Buyong, Lau Swee Seng dan Sivaratnam selaku penjaga gawang setakat ini telah berjaya menahan asakan bertali arus pihak lawan dengan sekali-sekali dibantu oleh kapten pasukan Syed Osman Alhabshi.

Bola keluar di sebelah kiri padang hasil tampanan pemain sayap pasukan Korea. Diambil oleh Syed Osman untuk lontaran ke dalam. Terus dihantar kepada Beng Hoe yang sedia menunggu berhampiran kawasan penalti sana. Cuba dirampas oleh pemain berjersi nombor 16, Soo Young. Digelecek dengan baik oleh Beng Hoe meninggalkan seorang lagi pemain pertahanan Korea, Dan Ki Mon yang kini bermain untuk kelab di German. Sekarang membuat larian solo ke kiri padang. Mendahului serangan. Diikuti oleh Razak Shukor di belakang. Cuba mencari ruang di hadapan pintu gol Korea. Nampaknya dua pemain Malaysia sudah berjaya melepaskan diri ke kawasan bahaya iaitu Razak Shukor dan ketua pasukan Syed Osman.

Beng Hoe memperlahankan lariannya sambil menunggu seorang pemain Korea datang mencabarnya. Berjaya di situ! Berjaya melepaskan diri dari bentesan pemain Korea. Larian kencang dimulakan. Sentuhan kiri-kanan ditunjukkan di situ. Semakin menghampiri dengan Syed Osman mengambil tempat tanpa dicabar. Tendangan silang dengan kaki kiri terus kepada Syed Osman. Dan terus... Gollllll......!

Satu gerakan yang cantik di situ. Dimulakan oleh Beng Hoe yang membuka ruang sebentar tadi. Oh, inilah dia gol yang kita harap-harapkan. Seluruh stadium bergema dengan sorakan rakyat Malaysia meraikan jaringan pertama kita setakat ini. Nampaknya ini adalah kali pertama penjaga gol Korea, Park Jeong ditewaskan dalam tiga perlawanan terakhir. Dengan gol ini, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 secara agregat.



5:11 petang (waktu tempatan)
9 Ogos 2012
Stadium Kasansay
Perlawanan persahabatan pemanas bontot

Lima minit selepas separuh masa kedua. Nampaknya kedua-dua pasukan masih bermain secara berhati-hati. Tiada gerakan-gerakan yang boleh dianggap berbahaya ditunjukkan. Cuma sekali-sekala bola ditendang tinggi melepasi bangunan tiga tingkat tanpa arah. Adzizul Khamis dipertanggungjawabkan menggalas tugas sebagai kapten pasukan petang ini menggantikan Kamalanathan yang dikatakan tertinggal penerbangan kelihatan masih buntu memimpin anak buahnya dalam menjelmakan gol. Manakala dua lagi pemain utama iaitu Razif Sulaiman dan Hanafi Sarip pula tidak menunjukkan tahap kecergasan yang diharapkan.

Dua hari sebelum pemain pasukan kita bertolak, lebih separuh daripada mereka terpaksa dikejarkan ke unit pesakit luar Hospital Sungai Buloh kerana disyaki keracunan makanan. Berkemungkinan berpunca daripada makan yang diambil ketika menghadiri satu majlis berbuka puasa di Mentakab, Pahang.

Bola keluar. Penjaga garisan menghadiahkan lontaran ke dalam kepada Malaysia. Maafkan saya, kepada pasukan Uzbekistan. Lontaran lambung ke arah tengah padang. Ditendang keluar oleh Azizi Karim. Azizi adalah pemain yang kini sedang beraksi untuk kelab Hacettepe di Turki sebagai pemain simpanan setakat ini. Namun begitu, kebolehannya tidak boleh dipertikaikan lagi kerana pernah menerima anugerah Kasut Emas ketika beliau mewakili pasukan PDRM di dalam Liga Suffer. Dan dengan bakatnya itulah, anak muda kelahiran Gopeng berusia 22 tahun ini berjaya memikat kelab dari Turki itu untuk mendapatkan khidmatnya.

Nampaknya, Nantha Kumar berjaya menangkap kemas bola hasil rembatan penyerang Uzbekistan sebentar tadi (entah bila bola tu sampai). Ternyata, penjaga gol kedua ini sudah mula menunjukkan kematangannya dalam tugas menjaga gawang setelah beberapa kali diberikan kepercayaan oleh jurulatih, Ahmad Subki. Diharap, kepercayaan itu dibalas dengan persembahan cemerlang petang ini biar pun ini hanyalah perlawanan persahabatan sebelum kempen Piala Asia bermula bulan hadapan.

Sekali lagi bola keluar. Kali ini, lontaran diberikan kepada Malaysia. Terus dihantar ke tengah padang kepada Ahmad Masalan oleh Azizi. Bola kembali kepada Azizi. Ditanduk kemas pula kepada Azizi untuk dikembalikan semula kepasa Ahmad Masalan. Tidak dikawal di situ. Ahmad Masalan melarikan bola. Cukup pantas lariannya di situ. Si lipas kudung. Itulah gelaran yang diberikan kepada pemain sayap berumur 19 tahun ini. Biar pun ini adalah kali pertama beliau mewakili... Golll!!!!

Itulah dia keampuhan yang dimiliki oleh jentera serangan yang dimiliki Ahmad Subki...



Sekian entri merepek, meleret-leret...

8 comments:

Lady Windsor Says:
August 10, 2012 at 11:00 AM

1st!

kalau aku, pengulas sukan dulu2 yang aku suka dengar ialah sherkawi jirim...hasbullah awang tu bolehlah juga tapi dia tu over sket aaa kalau buat ulasan...la ni aku rasa Datuk Rahim Razali pun ok...sebab aku suka cara dia bercakap...aku tak konsentrate pun pada laporan tu, tapi cara dia bercakap adalah ‘cara’...haha

Fahmi Ismail Says:
August 10, 2012 at 11:12 AM

Kahkahkahkahkah...tak sempat nak merapu lebih dah ulas semula tentang gol...memang itu lah realitinya sekarang..ulas benda yang diluar padang.kalau sikit-sikit tak apa lagi..seingat aku, KFCM dapat jadi model Byrlcream pun termasuk dalam ulasan bola sepak Kelantan lawan apantah dulu..apa punya turr !

Nizam.Ariff Says:
August 10, 2012 at 11:29 AM

aku terkial-kial tekan keyboard nak komen kat sini, maklumlah tangan kanan aku sakit belum pun diurut lagi....gggollll.... GOLLLLLLLL!!!

eh?

Rai Says:
August 10, 2012 at 11:47 AM

hampeh gila..kes keracunan makanan pun nak sembang..bajet dia pembaca berita..haha..

betul..aku setuju..dengar ulasan sukan zaman dulu kita pun terasa panik sama dengan nada suara pengulas tu. lagi lagi bila nak serang gol tu..walau pun dengar kat radio je..

sepa Says:
August 10, 2012 at 9:50 PM

hahahaha... kelakarkelakar...

.

*aku tak hal pengulas dulu ke sekarang. yg penting depa hensem. :)

SM Says:
August 11, 2012 at 7:04 AM

LW : datuk rahim razali memang steady, tapi dah jarang sekarang. hasbullah pulak, aku pernah minat. sekarang dia makin merapu. kadang2 kalau tengok sukan, aku nak tau jugak perinciannya secara teknikal.

Fahmi : betul bro, nama timangan kat kampung pun nak sebut jugak!

Nizam : tengah sedap berangan. aik, tiba2 gol...

Rai : zaman dulu, dengan radio pun dah cukup.

sepa : hensem? alamak...

sepa Says:
August 11, 2012 at 10:34 AM

SM,

ko jangan salah paham bai. hensem maksud aku tuh - petah bercakap.

aku paling fedap kalau pengulas byk sebut err err aaa aaa...

:)

SM Says:
August 13, 2012 at 12:22 AM

sepa : kalau macam tu, korang pun hensem jigak la. hahaha!