Seorang Pekak, Seorang Buta

| Wednesday, August 15, 2012 | |
Sempena hari raya tahun ni, mungkin ramai antara kita yang dah tonton iklan Bernas ni kat tv. Kata kawan aku, iklan ni selalu jugak tubik tv terutamanya waktu malam. Aku tak pernah tengok lagi kat tv, tapi baru sekali tengok kat tiub awak. Menonton iklan ni, mengingatkan aku kepada entri aku yang dulu ni.

Hubungan `kimia' yang dijalin oleh dua watak utama penghuni rumah anak yatim iaitu seorang buta dan seorang pekak memang menjadi. Ketepikan dulu kekakuan dua pelakon kecil ini memainkan wataknya, apa yang penting mesej yang ada terselit di celah-celah kegilaan manusia ni dapat kita amati. Bukan hanya ketamakan brader teksi pukimak, sikap tak peduli orang ramai kat stesen keretapi yang cuma pandai memandang tanpa menghulurkan bantuan, atau pun kasih sayang seorang anak yang langsung tak tapat digambarkan secara zahir. Malah lebih daripada itu.

Saat yang boleh buat pankreas aku sebak adalah ketika visual yang menunjukkan tangan salah seorang anak kecil ini memegang sekeping gambar lama dan jugak imbasan semula seorang ibu yang membelai anaknya dengan penuh kasih sayang. Walau pun cuma beberapa saat, tapi memang betul-betul masuk.

Oh ya, pendekatan tema dan pembikinan watak bagi iklan ni kalau tak silap aku lebih kurang sama macam filem See No Evil, Hear No Evil (1989). Yang berbeza, filem ini adalah sebuah filem komedi aksi yang menceritakan suatu salah faham telah membuatkan seorang pekak dan seorang buta menjadi buruan, dan juga macamana usaha kedua-dua mereka menyelamatkan diri sambil mencari pesalah sebenar. Boleh tahan jugak lawaknya filem ni.
Sebagai penutup entri, aku harap Petronas dapat merampas kembali tahta sebagai syarikat korporat yang mempunyai iklan raya terbaik. Jangan malas dan kedekut taik hidung pahit!

Sekian iklan raya.

4 comments:

Nizam.Ariff Says:
August 15, 2012 at 3:36 PM

iklan petronas kali ni macam NatGeography jer...

aku tak tau messej dia apa....

LelakiSemalam Says:
August 15, 2012 at 4:50 PM

dulu yg selalu bikin org tu la ni org tu dah tiada...kurang ummp tanpa beliau...

sepa Says:
August 16, 2012 at 12:23 AM

aku suka iklan Petronas yang ada dua beradik berdoa di tepi pantai tunggu pak mereka pulang beraya... mgkn sebab aku anak nelayan. :)

salam iklan raya...

smbotak Says:
August 16, 2012 at 8:09 AM

Nizam : tahun ni petronas kalah.

LelakiSemalam : baru terasa kehilangan dia.

sepa : budak tu jerit `ombak jahat'! sekarang dah difilemkan jadi `ong bak rindu'.