Sekadar Perlambangan

| Wednesday, August 22, 2012 | |
Pada pendapat aku, hudud itu boleh digambarkan seperti para sahabat rasulullah yang siap mengenakan perisai perang dan menghunus pedang tajam, tatkala melangkah ke medan peperangan. Dengan mempunyai reputasi tinggi yang menggerunkan di kalangan para panglima perang, mereka ini mampu menggentarkan seteru-seteru sebelum bertemu muka lagi.

Dari kejauhan sana, titik-titik halus yang bergerak menghampiri para musuh semakin tersebar merata. Mengepalai tentera dari syurga, bayangan dan gerakan para sahabat ini memacu kuda dengan pantas ke arah musuh pasti mampu menitiskan peluh di hujung dagu para musuh ini.

Begitulah hebat dan agungnya hudud ini. Tidak perlu bertentang empat mata, hanya dengan mendengarkan namanya sahaja sudah mampu menggegarkan pantas pesalah.

Jadi, apa yang kau perlu takutkan? Adakah engkau telah terpelantik di kalangan penjenayah hingga bermati-matian memerangi bala tentera tuhan ini?

Sekian entri semasa...

2 comments:

sepa Says:
August 22, 2012 at 11:16 PM

Perjanjian Hudaibiyah penuh hikmah... :)

smbotak Says:
August 23, 2012 at 10:39 AM

masa sekolah dulu cikgu bagitau sahabat-sahabat rasul siap ada nama gelaran. pedang Allah menunjukkan ketajaman pemikiran dan berpandangan jauh ke hadapan. singa Allah bermaksud ketangkasan dan kehebatan di medan perang. teringat...