Rahsia di celah lutut

| Thursday, August 16, 2012 | |

Sempena tibanya Aidilfitri ni, kepada orang lelaki yang gemar menggayakan pelbagai cara pemakaian terutamanya pada pagi hari raya, terimalah nasihat ikhlas ini:

Adat memakai samping
kok sudah beranak bini
atau orang yang patut-patut
kain samping bawah lutut
sama setentang paras betis
ikat bergulung lurus lurus
jika ikat atas lutut
itu tanda nak cari lagi
harus tahu keadaan ini
-Mohd Rosli Saludin
-sumber curi dari sini.

Ingat tu, orang Melayu memang kaya dengan adat dan budayanya sama ada yang terang-terangan atau yang penuh tersembunyi maksud di celah-celahnya. Jadi, janganlah berbuat sebarang laku. Selidik dulu asal usul duduk berdirinya satu perkara tu. Kalau malas, jadi macam aku, buat bodoh sudah... Hahahaa!
Ini pulak style aku kalau lengkap berbaju melayu, dan perangai ni akan aku buat kalau ada majlis rasmi contohnya majlis persandingan dari kalangan ahli keluarga terdekat atau kalau aku dijemput untuk ambil pingat kebesaran daripada mana-mana sultan. Bila aku bikin betul-betul paras lutut ni, macamana nak kira?

Sekian entri busana Melayu, salam Ramadhan untuk semua.

-ok la, gua nak ponteng lagi petang ni, cari barang baik kat Puchong.

5 comments:

sepa Says:
August 16, 2012 at 10:49 AM

yang parasparas lutut memang tak patut. tak dak dalam adat.


salam bersamping.

Lady Windsor Says:
August 16, 2012 at 11:38 AM

Tu la korang..lain kali nak pakai samping tu, jangan main kilas je yek...pakai betul2 biar nampak sajak!

Nizam.Ariff Says:
August 16, 2012 at 1:56 PM

aku tak berapa nak boleh agak paras lutut ko dalam kaki seluar tu, jadi aku tak pasti sampin tu atas atau bawah lutut.

aku nak mohon ko singsing kaki seluar ko nak tengok kepala lutut tapi takut terjumpa kepala lain lak.... err... mohon maaf...

LelakiSemalam Says:
August 16, 2012 at 2:29 PM

aku pakai ikut sedap hati jer...

smbotak Says:
August 17, 2012 at 7:48 AM

sepa : aku jawa-german. tu yang pakai paras-paras je.

LW :
elok bertanjak di pagi raya,
dipadan dengan kain samping,
orang kita suka bergaya,
walau adat tidak seiring.
cewaahh...!

Nizam : hahahahaa! harum sekentut betul. nak sangat tilik kepala aku, tak payah selak kaki seluar tunjuk lutut. tengok blog header aku dah cukup.

LS : sama la, janji selesa.