Kesal

| Friday, August 03, 2012 | |
...aku curi dari sini


Aku rasa ini adalah tahun kedua aku bergelar lelaki power sebab dapat meneruskan peperangan menentang pasar ramadhan. Memandangkan kerenah tak tentu hala peniaga tamak gila babi zaman sekarang (contoh, kat tempat aku air tebu satu jug RM3.50 pada tahun sebelumnya atau hari biasa tapi harga tu dah mengereksikan diri menjadi RM5.00 satu jug. Tak ke dayus dan gampang namanya tu?), berkemungkinan aku akan meneruskan perang ini selagi pesta-makan-sampai-mampus-setahun-sekali ni wujud dalam masyarakat Malaysia.


Tak pun, selagi tegaknya hotel-hotel atau restoran-restoran puaka yang tak sesedap mana tapi caj satu kepala sampai berpuluh-puluh ringgit. Kepala nenek dia la, ingat boleh duduk situ mengadap makanan sampai waktu sahur ke?

Kecuali la, ada orang belanja. Itu memang wajib aku sebat...! Hahahaa... Bak kata orang, tak elok mencari musuh dan tak elok menjauhi rezeki.


Satu soalan untuk Dr. Ma'amor ni, kalau kami beli kat luar lepas tu makan kat rumah, agak-agak dia rasa kesal tak?


Sekian entri mengantuk, wajah ayu mata kuyu...

12 comments:

bukankosong Says:
August 3, 2012 at 2:52 AM

aku tak pandai masak

canner?

SM Says:
August 3, 2012 at 7:42 AM

ha, yang tu tak boleh tanya tuan dr. ni. jawabnya, kena cari penyeri hidup.

Nizam.Ariff Says:
August 3, 2012 at 8:02 AM

RM5 satu jug?!!

memang sungguh keras ereksi harga tu...

Ujie Says:
August 3, 2012 at 8:27 AM

bg saya..kalau kesal pun sbb tak memenuhi roh berpuasa tu sndiri. bila buka kat luar mestilah mknn yg sdp2 dan mkn smpai over kenyang. Puasa tu antaranya nak soh rasa derita org takde mknn...bkn masa utk rasa mknn yg sedap2!

*dah beberapa thn berjaya elakkan diri dari psr ramadhan. ada la sesekali pegi sbb terpaksa.

Lady Windsor Says:
August 3, 2012 at 8:33 AM

Semalam 1st time aku pergi Param, tu pun sebab adik aku yang heret aku p sana dan naseb baik barang makanan masih dijual pada harga berpatutan, kalau tak nak je aku parangkan dengan kata2 peniaga kat Param tu...bagaimanapun rasanya itu adalah first n last aku berfoya-foya di param...tak kena dgn selera marhaen aku...

Lady Windsor Says:
August 3, 2012 at 8:33 AM

Err reply aku masih dalam barisan kah?

Rai Says:
August 3, 2012 at 8:52 AM

awal awal puasa ritu kerap gak kami beli makanan kat pasar ramadhan utk berbuka kat rumah sbb aku mmg tak larat sangat nak memasak.. selera takde..mood pun takde.. da nak masuk second half ni da banyak masak kat rumah sbb aku da makin ok..hehe..

maksudnya orang kita banyak duit la tu kot kan suka berbuka kat luar.. kalau jenis nak jimat manjang macam aku ni letih pun masak..aritu lagi best..kitorg beli makanan kat pasar ramadhan lambat gila..dapat discount sampai separuh harga..hahaha..

SM Says:
August 3, 2012 at 10:38 AM

Nizam : mujur aku cuma tukang minum je, bukan beli. kalau tak, dengan aku sekali kejung!

Ujie : betul, kesedaran nak menghayati tu cuma bila terkenang kampung je. lain-lain yang sepatutnya tarak. lepas tu, makan separuh nak mati macam raya kedua nak kiamat.

LW : teruskan perjuangan menentang peniaga pasar ramadhan cekik leher! hahahaa! berbaris sambil nyanyi lagu tema `barisan ditepati'... hahahaa!

Rai : tahniah, aku respek cara macam tu. tak kisah nak membeli/berbuka kat luar kalau keadaan mendesak atau darurat. tapi pasar ramadhan bukannya destinasi utama sepanjang hari tu. ha, tu dia siap dapat promosi penghabisan stok lagi.

Telor Power Says:
August 7, 2012 at 12:18 AM

gua layan berbuka di masjid2 dan surau...
sekali sekala aje dtg ke bazaar dan kedai makan.

SM Says:
August 8, 2012 at 7:48 AM

TP : berbuka kat masjid/surau lagi meriah.

perempuan Says:
August 9, 2012 at 7:37 AM

PPIM ni asyik kesal aje keje deme. entah bila masa yang deme tak menyesal.

SM Says:
August 9, 2012 at 8:02 AM

kadang diorang ni pun orait jugak, cuma kadang2 je bikin leceh sikit.