Kampungku

| Wednesday, August 29, 2012 | |
Hari minggu lepas, aku balik ke kampung aku kat Johor yang tak berapa nak kampung sebenarnya, setelah hampir 12 bulan tak balik. Selama tiga hari dua malam menumpang kat situ, aku dapat rasakan satu aura yang membanggakan mulai bertapak. Ini adalah kerana beberapa faktor iaitu:
  • Kampungku sudah dilimpahi dengan arus kemodenan sebab kini terdapat premis 7eleven.
  • Kampungku penduduknya sudah berjaya sebab anak cina traktor kat simpang empat sana dah pakai Proton Inspira.
  • Kampungku masih mengekalkan tradisinya sebab anak-anak muda akan melepak kat tembok culvert depan surau sampai subuh sambil main mercun bila tiba musim-musim perayaan.
  • Kampungku indah permai dan penuh dengan ketenangan sebab air parit depan sekolah agama tempat aku mengail haruan dulu semakin perlahan arusnya.
  • Kampungku semakin meriah dengan populasinya apabila bilangan penduduk melebihi 50 tahun umurnya makin bertambah.
  • Kampungku mempunyai ciri-ciri islamik yang jitu kerana masih mengekalkan bilal yang sama sejak lebih 20 tahun lalu, bilal itu kini sudah bertongkat.
  • Kampungku amat menghargai pemimpin kerana rumah banglo tiga tingkat sebelah Petronas milik exco kerajaan negeri (sekarang tak pasti adakah masih lagi menyandang jawatan tu) adalah binaan kediaman yang paling besar dalam radius 20km.
Sekian entri kampung kesayanganku.

10 comments:

Rai Says:
August 29, 2012 at 10:36 AM

ko johor kat mana?

aku tak balik johor tahun ni.. turn beraya rumah mertua T_T

tetiba teringin nak makan nasi ambeng..

tetiba! haha..

selamat hari raya!

faraherda. razalan Says:
August 29, 2012 at 11:22 AM

Org tua ko dah tak duk johor ke? Org tua ko skg duk mane? Johor kat ne tu? Hah...sekian lama tak msk sini....bile msk, seme benda aku tny...

=p

Nizam.Ariff Says:
August 29, 2012 at 11:25 AM

aku rasa kalau ko balik 20 tahun dari sekarang, yang berubah cuma Tok Bilal je...

Lady Windsor Says:
August 29, 2012 at 1:24 PM

Oo kampung ko masih kaya ciri2 kampungnya...aku lagsung dah lupa alamat nak ke kampung aku...haaa statement kekwat neh...haha!

LelakiSemalam Says:
August 29, 2012 at 1:31 PM

makan dalam nampak...hehe

smbotak Says:
August 29, 2012 at 1:36 PM

Rai : kat mana? rahsia... kat johor pun dah banyak nasi ambeng tiruan.

MF : rahsia jugak...

Nizam : aku harap pengganti dia tetap rajin tegur aku.

LW : tak berapa nak kampung pun.

LS : hehehe... makan ramai2, bayar sorang2.

Telor Power Says:
August 29, 2012 at 11:03 PM

mcm di kampung melayu aje...

smbotak Says:
August 30, 2012 at 7:25 AM

TP : mix, semua ada...

sepa Says:
August 30, 2012 at 3:58 PM

kampung ko ada kibar jalur gemilang, tak.?!

smbotak Says:
August 31, 2012 at 8:51 AM

sepa : setakat aku perhati memang takde pun. Tapi bendera keris ada la...