Jemaah Muslimat

| Friday, August 17, 2012 | |
Dulu Priya pernah bertanyakan satu soalan kepada aku yang lebih kurang macam ni bunyinya. "Orang perempuan tak boleh pergi sembahyang Jumaat ke?"

Aku yang baru sampai ke ofis selepas solat kat masjid Bandar Kinrara petang tu pura-pura buat muka steady. Sambil pegang The Sun, aku jawab. "Kat sini orang perempuan memang tak pergi sembahyang Jumaat".

"Tu la, tak adil kan. Orang perempuan banyak tak boleh buat." Jawab dia spontan. Ada sedikit nada kecewa dan protes di situ.

Alamak, mampus aku. Aku silap bagi jawapan ke? Atau pun dia yang salah faham dengan maksud aku tu.

"Sebenarnya bukan tak dibenarkan, tapi kewajipan tunaikan solat Jumaat tu lebih kepada lelaki. Itu persoalan pokoknya. Tambahan pulak, kat Malaysia ni ada sedikit isu keterbatasan ruang untuk jemaah perempuan yang nak datang sembahyang." Jawab aku dengan berhati-hati. Takut dia tersilap tafsir pulak, karang naya je aku terpaksa sms mintak tolong cikgu sekolah agama dulu.

"Ruang? Tak faham." Dia masih bertanya.

"Macam ni, kalau kita tengok binaan masjid kat Malaysia ni kebanyakannya mengabaikan sedikit faktor keutamaan ruang untuk jemaah perempuan bersolat. Masa solat tu, lelaki dengan perempuan tak boleh campur. Kena asingkan. Tapi bila tiba waktu solat Jumaat, ruang tak cukup sebab jemaah lelaki pun dah ramai. Sampaikan ada yang solat kat luar. Tadi pun aku solat atas apron sebelah longkang je. Cuba bayangkan kalau jemaah perempuan datang sekali. Kan diorang dah rasa tak selesa kat situ." Mendayu dan bertajwid aku menjawab soalan si Priya ni. Kalau tutup mata, mesti mati-mati ingat Ustaz Ismail Kamus yang bagi jawapan.

Semoga dia faham dengan penerangan ringkas aku. Dan lagi, aku harap jawapan yang aku bagi tu betul la hendaknya. Atau pun ada lagi jawapan yang lebih baik? Mohon pencerahan...

Sekian entri kekeliruan.

12 comments:

Lady Windsor Says:
August 17, 2012 at 9:12 AM

Aku rasa ko boleh bagi jawapan 'tak wajib' ke atas orang perempuan dan explain sikit kalau tak buat tak berdosa, kalau buat dapat pahala...


Eh aku 1st la buddy...wehh lama tak bergaduh dengan kau ni...

smbotak Says:
August 17, 2012 at 9:14 AM

jawab secara spontan dan takde bersedia. tu yang terkucil sikit.

as i said before, you'll always be the first in my heart la beb! hahahaa.. nak gaduh tunggu kau bukak rumah masa raya karang.

Rai Says:
August 17, 2012 at 9:52 AM

aku rasa ok dah jawapan ko tu..

aku pernah dengar yg org perempuan boleh pergi sembahyang jumaat tapi kurang digalakkan. lebih baik sembahyang kat rumah sbb takut mendatangkan fitnah..tapi fitnah yang macam mana tu aku pun kurang jelas.

kalau tak silap mak aku pernah kata orang perempuan ni dalam bab solat lebih digalakkan solat kat rumah je. tapi tak salah jugak nak pegi masjid. lgpun kat masjid dapat pahala lebih sbb berjemaah. mak aku cakap detail sikit bab pahala tu.tapi aku dah lupa... huhu

blu4sky Says:
August 17, 2012 at 11:03 AM

aku pernah solat jumaat kat UK dulu..ada sedikit ruang disediakan untuk jemaah wanita.. that was my first experience Solat Jumaat..

smbotak Says:
August 17, 2012 at 11:32 AM

Rai : orait, lepas ni aku akan cuba sentiasa lebih bersedia.

blu4sky : pengalaman berharga tu.

Nizam.Ariff Says:
August 17, 2012 at 12:14 PM

belum menjadi budaya di Malaysia...

kalau kat Masjidil Haram, ramai kaum wanita solat.. hatta solat sunat...

LelakiSemalam Says:
August 18, 2012 at 1:46 AM

cuma di malaysia sahaja ..di timur tengah berlambak...ikut mahzab katanya...

mahzab..penting ke?

sepa Says:
August 18, 2012 at 2:08 AM

Kenapala d Msia nih agama dibudayakan...?!

!!!

Cuba ko tulis ttg budaya dlm kehidupan yg amalannya secara lgsg membudayakan agama...
Aku suka baca buah pikiran ko. :)

Lady Windsor Says:
August 18, 2012 at 6:00 AM

Aku setuju dengan pendapat Rai tu, org perempuan boleh solat Jumaat tapi ada term yang kata tak buat pun tak pe dan boleh solat kat rumah jer.

Ooo ada hati nak perang dengan aku yer, ok bawak bala tentera ko datang Windsor 1st raya ni ya, kat pintu aku dah tunggu dengan M16..siap la weii jangan nak skima aa!

smbotak Says:
August 18, 2012 at 4:20 PM

Nizam : tapi kalau solat raya, tu pun beberapa kerat je.

LS : ya, pada aku mazhab tu penting. tapi bukannya mazhab yang jelas2 menyimpang.

sepa : buah fikiran takpe. kalau buah lain payah jugak nak cari dekat2 raya ni.

LW : hm, pembetulan. solat jumaat perlu ditunaikan secara berjemaah dan dalam tempoh tertentu je. wei, abis tu magnum yang bakal aku bawak takde keupayaan untuk membunuh ke? hahaa! aku dah jumpa bahulu, tunggu je la.

Lady Windsor Says:
August 18, 2012 at 8:55 PM

Hahhh baulu?? Aagagaga....



smbotak Says:
August 19, 2012 at 8:54 PM

LW : amacam, orait?