Good vs Evil

| Wednesday, August 22, 2012 | |
Orang kaya pegang duit, orang miskin makin tersepit.
Orang kaya makan nasik, orang miskin makan taik.
Orang kaya beraya sakan, orang miskin tak cukup makan.
Orang kaya ketawa riang, orang miskin sedihnya tak hilang.
Orang kaya melantak kuih, orang miskin mulut terjuih.

Masuk bulan puasa masing-masing sibuk berlakon depan Tuhan, mencari keinsafan, menghayati erti kesusahan. Tapi kurang seminggu sebelum masuknya Syawal, masing-masing pakat dah lupa dah. Dalam kepala dah fikir pagi raya nak pakaikan anak-anak dengan baju warna apa, biar sedondon dengan satu keluarga.

Bermula hari raya pertama, membawa la sampai ke hujung Syawal. Kalau tak cerita pasal rumah terbuka, cerita betapa meriahnya beraya kat kampung. Habis lupa semua kesedaran yang dibuat-buat sepanjang Ramadhan. Puuiii...!

.
.
.
.
.
.
.
Tapi sebenarnya TAK SEMUA macam tu. Masih ada ramai lagi orang kaya yang hidupnya sentiasa tertunduk `menghitung rumput di kaki' berbanding yang lebih gemar terdongak `menyusun bintang di langit'. Bak kata mak Rizu, manusia ni bukannya dibezakan dengan warna kulit, asal keturunan atau kekayaan, tapi dibezakan dengan perbuatannya. Ada dua sahaja jenis manusia kat dunia ni iaitu ORANG JAHAT dan ORANG BAIK.

Sekian.

-My Name Is Khan filem hindi kedua aku tonton sampai habis selain 3 Idiots.
-Shah Rukh Khan memang pelakon yang baik.
-Tapi kesilapan terbesar filem ini adalah meletakkan Shah Rukh Khan sebagai pelakon utama disebabkan dia masih lagi mempunyai rupa kacak.
-Lu orang nak cakap gua berlagak poyo sebab bikin entri ni? Boleh pergi mati berkali-kali. Hahahahaa!!!

7 comments:

sepa Says:
August 22, 2012 at 9:50 AM

Ko baru tengok.?!

La ni org tgk Jennifer Lawrence. Eh, ko tgk la criter dia cthnya The Hunger Games ke Winter's Bone ke...


.

smbotak Says:
August 22, 2012 at 9:53 AM

sepa : jennifer lawrence? tak boleh, bahaya. sekarang setan dah tak kena ikat...

Nizam.Ariff Says:
August 22, 2012 at 10:36 AM

kita adalah pelakon berdasarkan skrip.... adakalanya kita terlupa skrip dan menjajau mencari line...

tapi aku masih dengan misi ramadhan aku... mencari bahulu kampung (yang masih belum ketemu)...

smbotak Says:
August 22, 2012 at 11:01 AM

Nizam : aku dah selesai dengan baulu tu walaupun bakar pakai oven. cuma dodol dengan wajik tak jumpa lagi.

bact. Says:
August 22, 2012 at 12:13 PM

perghh..
padu neh

sepa Says:
August 22, 2012 at 2:49 PM

Jennifer nih muka melankolik, alah mcm dak Scarlett Johansen dlm criter Girl with a Pearl Earring...

Agaknya setan segan eh ngan org2 pesen nih.! :)

smbotak Says:
August 23, 2012 at 10:40 AM

bact : hahahaa...

sepa : takut aku je yang lebih daripada setan karang.