Dum Dum Tak

| Monday, August 13, 2012 | |
Penafian : Entri ini agak keras sedikit. Sesiapa yang merasakan dirinya berjiwa suci dan berhati lembut, lebih baik cepat berambus. Aku tak bertanggungjawab bagi mana-mana bontot yang terluka...

Pernahkah kita mengalami situasi jahanam di mana kita amat-amat memerlukan sesuatu perkara itu tetapi kemampuan yang kita miliki pada ketika itu sangat terbatas? Keterbatasan itu bukan disebabkan oleh kelemahan yang kita ada, bukan disebabkan faktor persekitaran sepenuhnya, dan juga bukan disebabkan oleh satu kebetulan. Contohnya...

Suatu petang bukan bulan Ramadhan yang amat panas berdenting walau pun jam dah menunjukkan hampir pukul lima petang. Isi perut rasa macam digaul-gaul dengan segenggam jarum peniti. Tekak pulak terasa perit macam baru dikesat dengan batang keladi. Gatal yang lebih kepada pedih, pahit, kering. Kali terakhir menjamah makanan adalah malam sebelumnya di rumah. Itu pun cuma empat keping biskut dicicah dengan teh o nipis. Cuma itu yang tinggal di dapur. Apa yang terlintas dalam kepala adalah seketul karipap dan sebungkus air sirap bandung. Berdasarkan pengalaman lalu, harga kedua-dua karipap dan air sirap itu hanyalah RM1.40 sahaja. Tapi malangnya, setelah diseluk poket kanan, kiri dan belakang, apa yang dipunyai ketika itu cumalah beberapa keping duit syiling berjumlah 65 sen!

Sesiapa yang cuma menjalani hidup serba sederhana dengan tubuhnya dibaluti pakaian berjenama dan ketiaknya disembur wangian berharga ratusan ringgit sebotol pada setiap pagi, pasti tidak akan memahami apa yang aku maksudkan. Jangan tipu dengan mengatakan, `aku cukup simpati dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memahami penderitaan mereka'. Itu bullshit namanya! Dengan kemampuan untuk merasa makanan di restoran francais sekurang-kurang McDonald's dengan kerap, korang takkan tahu apa yang dikatakan dengan `hidup terdesak'.

Terdesak bukan disebabkan oleh kemalasan mereka untuk meningkatkan taraf hidup atau menambah sumber kewangan. Bukan juga disebabkan oleh kebodohan mereka mencari ikhtiar sepadan walaupun mempunyai otot-otot yang sangat rajin. Serta bukan juga disebabkan oleh nasib yang sering tidak menyebelahi mereka.

Aku pernah melalui zaman `terdesak' yang sebegitu. Pada ketika itu, aku tidak menyalahkan diri sendiri, tidak menyalahkan faktor sekeliling, atau menyalahkan tuhan atas jentikan nikmat yang diberikanNya. Tapi pihak yang aku tudingkan jari adalah mereka yang jarang sekali kita terfikir untuk dipersalahkan iaitu, pemerintah!

Baiklah, kalian semakin tak faham... Jadi, dengar je lagu ni. Lagu yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan mereka yang `hidup terdesak' ini. Sila jangan sentap atau sakit bontot dengan liriknya.
Pendek kata, pada pendapat aku antara punca kepada kejahatan yang berlaku di dalam satu negara itu adalah disebabkan oleh kegagalan orang-orang yang di atas itu menjalankan tugas mereka dengan baik.

(sekadar gambarhiasan)

Sekian.

4 comments:

Rai Says:
August 13, 2012 at 9:58 AM

susah nak cakap dalam hal ni..walau pun bukan 100% tapi aku setuju kalau pemerintah ada peranan dalam masalah kemiskinan dalam masyarakat..

ramai orang miskin bukan sebab diorang malas.tapi diorang tak diberi peluang dan tak jumpa peluang utk cari duit..

smbotak Says:
August 13, 2012 at 1:39 PM

Rai : lebih kurang sama la jugak macam kes ikan dan pancing. orang `terdesak' ni perlukan peluang dan ruang, bukan bantuan membabi-buta.

sepa Says:
August 13, 2012 at 3:28 PM

video tak boleh main la bos.!


kenaikkan harga barang2 pengguna sangat mengecewakan...!!!
memang salah dak gomen tak ambik hirau.


smbotak Says:
August 14, 2012 at 8:28 AM

sepa : alamak, sori. ni lagu punk.