Berkenaan Lagu Raya

| Wednesday, August 15, 2012 | |

Seminggu dua ni gegendang telinga aku rasa macam perit sikit tiap kali aku drive atau duduk kat meja ofis ni. Bukan disebabkan oleh bunyi kenderaan road bastard di atas jalan, dan bukan jugak disebabkan oleh suara bebelan makcik-makcik separuh abad yang tunggu masa nak pencen kat ofis. Itu aku tak heran sangat, dah makin lali pun. Tapi ini disebabkan oleh perangai dj radio yang dah start putarkan lagu-lagu raya. Tiap kali masuk kereta, bila aku pilih frekuensi 93.9fm atau pun 96.7fm je, lepas tak lama dj radio ni bercakap mesti ada lagu raya pulak. Sakit telinga aku dengar lagu raya ni.

Bukannya aku ni jenis yang anti dengan lagu raya. Tapi ada sedikit rasa menyampah bila mengenangkan lagu-lagu raya ni, sejak dulu lagi. Tak kisah la lagu zaman P. Ramlee ke, zaman M. Nasir ke, tak pun zaman sekarang ni. Tahap menyampah aku ni sedikit meninggi terutama sekali bila berhadapan dengan lagu-lagu yang berentak rancak, yang menceritakan kemeriahan hari raya. Pada aku, apa yang lirik lagu-lagu ni ungkapkan kebanyakannya tipu belaka. Hipokrit. Bohong. Temberang, semata-mata nak menyedapkan hati kita dan menutup apa yang tidak kita perasan.

Ambil contoh mudah lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma. Lirik pada korus pertamanya tertulis `miskin kaya memakai baju baru warna-warni'. Bohong! Orang tak miskin macam aku ni pun tak pakai baju baru, baju lama pun takde yang warna warni. Ini kan pulak orang miskin. Dapat beli tiket bas balik kampung atau beli lauk berbuka pun dah kira bagus. Jangan harap la nak pakai baju baru yang berwarna-warni, kecuali ada mana-mana ADUN atau ahli parlimen yang bermurah hati nak bagi sumbangan raya depan kamera. Hahahaaa!

Satu lagi, lagu Seloka Hari Raya nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir. Antara liriknya pula ada tertulis `miskin dan kaya sama sahaja, hulurkan tangan berjabat mesra'. Mana ada sama bai. Dah banyak kali aku tengok. Tak payah tunggu raya, dalam bulan Ramadhan pun dah boleh nampak. Kita pergi je la mana-mana majlis walau pun tak semua yang dibuat semata-mata untuk meraikan golongan bernasib baik (contoh: anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin) kononnya sempena bulan yang mulia ni, pihak penganjur bermurah hati membantu golongan yang tak seberapa ni. Tapi berapa ramai yang sedar, air yang diminum oleh orang miskin dalam majlis tu dituang dalam cawan atau gelas yang berbeza dengan para tetamu VIP. Orang miskin minum atau makan pakai cawan dan pinggan kertas, tapi yang si bangsat-bangsat kaya berlagak guna duit orang lain ni sesedap rasa duduk atas kerusi empuk dengan meja yang cantik berhias bunga-bungaan. Silap hari bulan, orang-orang miskin yang dalam majlis tu makan mencangkung sebab tak cukup tempat pun diorang tak perasan!

Berbalik kepada lirik lagu, tahun ni aku meletakkan lagu Pulanglah (Aishah) dan Sepasang Kurung Biru (Khairil Johari Johar) sebagai pemenangnya. Pada aku, kedua-dua lagu ini ada kisahnya yang tersendiri. Bukan setakat bercerita pasal kuih-kuih yang tak abis atas meja, budak-budak main bunga api atau pun kisah anak perantau nak balik beraya.

Untuk lagu pertama, apa yang aku faham lagu ni menceritakaan penantian dan kerinduan seseorang terhadap orang yang dikasihinya. Secara generalnya mungkin lagu ini menggambarkan perasaan seorang ibu terhadap anaknya, antara dua orang sahabat, adik-beradik atau sepasang kekasih yang telah lama terputus hubungan disebabkan satu pertelingkahan. Pertelingkahan dan selisih faham yang seterusnya membuatkan salah seorang daripada mereka pergi membawa diri. Serius, memang sadis lirik lagu ni. Lebih-lebih lagi pada sesiapa yang benar-benar sedang atau telah melalui pengalaman pahit macam ni. Tak payah dengar lagu, cukup setakat menghayati liriknya yang mudah dan ringkas tu pun dah boleh buat kita sebak.

Lagu kedua bertajuk Sepasang Kurung Biru ni pun sama. Ringkas dan menyentuh perasaan kepada sesiapa yang pernah beraya dalam keadaan frust menonggeng. Tengok kuih bahulu teringat bibir si dia, kunyah dodol teringat lentiknya bulu mata si dia, anyam ketupat teringat juraian lembut rambut si dia, tolong pak su bakar lemang teringat pulak suara merdu dia yang memanggil `honey'. Pendek kata, apa je yang dibuat masa sambut raya tu serba tak kena la. Dan kepada mereka yang kecewa ni, aku ucapkan selamat merenung siling. Maafkanlah dia zahir dan batin.

Sekian entri mengutuk dan memuji lagu raya.

7 comments:

Rai Says:
August 15, 2012 at 2:14 PM

aku takde apa nak komplen sbb sepanjang ramadhan kali ni aku langsung tak bukak radio.. kat ofis pun takde lagu raya.. kalau pun terdengar sipi sipi kat tv.. pasaraya aku pegi beli groceries je.. takde maknanya nak sopping raya.. pakai baju apa yang ada.. so selamat telinga aku..mulut pun selamat nak mengkeji lagu raya..

Anonymous Says:
August 15, 2012 at 2:31 PM

aku tetap suka lagu raya yang ko tepek youtube kat entry blog ko tahun lalu...aku tunggu ko tepek tahun ni...mana? mana?


LWindsor

smbotak Says:
August 15, 2012 at 2:34 PM

Rai : hahahaa... selamat la kau tahun ni.

LW : tahun ni anugerah lagu terbaik aku bagi kat orang lain la. tapi aku rasa lagu yang aku pilih tahun lepas tu lebih kepada ramadhan, elok jugak kita panggil lagu puasa.

sepa Says:
August 16, 2012 at 12:16 AM

eh ko beli la Baju Melayu Biru bang.!

salam raya... :)

smbotak Says:
August 16, 2012 at 8:07 AM

sepa : niat hati nak pakai baju belang merah putih, baru dapat bezakan antara aku dengan rakyat asing bila dalam saf solat sunat aidilfitri esok. (aku raya kat KL) salam aidilfitri juga.

Lady Windsor Says:
August 16, 2012 at 11:40 AM

Ko raya kat KL eh? Meh raya rumah aku.

smbotak Says:
August 17, 2012 at 7:41 AM

ada buat ketupat peluk (adik ketupat dakap)?