Berhati-hatilah...

| Monday, August 13, 2012 | |

Seminggu sebelum Hari Raya. Pagi tadi ada sedikit perubahan yang kalau diteliti bukan dengan batang hidung, sebaliknya gunakan mata dan kepala otak, dapat dikesan jumlah trafik yang makin berkurang. Mungkin sebab aku keluar rumah seawal jam 6:15 pagi, atau sememangnya warga Lembah Klang dah mulai meninggalkan `lopak panas' ni buat seketika untuk pulang ke kampung halaman sendiri atau kampung mertua.

Walau bagaimana pun ruang-ruang kosong yang mulai kelihatan ini pula sedikit sebanyak akan, sedang dan telah diisi oleh segelintir pemandu-pemandu bangsat yang berlagak hero macam orang lain ada sembilan nyawa. Diharap pengguna jalanraya terutamanya para penunggang motosikal yang mempunyai anak-bini untuk disuap nasi, mak-bapak yang perlu ditanggung sampai mati, hutang PTPTN yang masih tak pernah dibayar dan zakat fitrah yang belum ditunaikan, dapatlah kiranya melipatgandakan tahap berhati-hati semasa menggunakan jalan raya ketika ini. Kerana maut sukar dikenali sama ada datang dalam bentuk pemandu Proton Satria Neo R3, bas RapidKL no. U60 mahupun Honda EK warna pearl.

Jadi, berwaspadalah. Salam Aidilfitri.

Sekian entri saling mengingati...

5 comments:

ralphrazaq Says:
August 13, 2012 at 2:18 PM

pemandu bas metro SAMSENG!!! haktuiihhh

Nizam.Ariff Says:
August 13, 2012 at 2:45 PM

wuih... awal lagi dah lapang?

itu kalau naik motor bolehlah merewang ke kanan ke kiri jalan tanpa ada rasa segan dan silu tu..

sepa Says:
August 13, 2012 at 3:52 PM

cantik gambar.! ada kingkong tunjuk jari.


oya, terima kasih atas peringatan. :)

Lady Windsor Says:
August 13, 2012 at 10:48 PM

A ahlah aku nampak king kong...superimpose yg sgt berkaliber...!

smbotak Says:
August 14, 2012 at 8:26 AM

ralph : dia drive masa tengah tension kot.

Nizam : dah start lapang sikit. nak merewang kena toleh kiri kanan jugak, silap-silap kena sebat dari belakang.

sepa : hahahaa! itu orang utan yang silap makan ubat la. jadi oversized!

LW : dia tengah skodeng siapa2 yang suka potong barisan.