Patriotik Gila Babi

| Friday, August 31, 2012 | 9 comments |
(gambar curi)

Tahap patriotisme seseorang itu bukan diukur pada berapa banyak bendera yang dipasang atau sebesar mana sticker gambar pemimpin yang ditepek pada badan kereta. Bukan juga selama mana kita sanggup berdiri di tengah kepikukan orang ramai yang menjerit `Merdeka!' pada waktu tengah malam buta.
(gambar curi jugak)

Kalau lu kata gua langsung tak patriotik sebab tak ada satu pun bendera yang gua pamerkan, gua rasa lebih baik lu bawak je lu punya rasa patriotik tu ke lubang kubur. Mana tau esok lusa malaikat akan suruh lu nyanyi lagu Janji Ditepati kuat-kuat.

Lancau la...!

2+2=5

| Thursday, August 30, 2012 | 7 comments |
(sila tonton sampai habis)

Kenapa keldai dianggap antara binatang paling bebal? Walau pun binatang ni tak la sekeji babi, tapi kita tetap akan meradang kalau dipanggil `woi, keldai' di tengah khalayak ramai.

Sebab keldai itu akan tetap mengikut ke mana sahaja arah yang akan ditarik. Ditarik ke kiri, dia menurut. Ditolak ke belakang, pun dia menurut jugak. Dan tetap juga ikut melompat ke dalam gaung apabila disuruh begitu!

Jadi, sebenarnya ada sikap `keldai' dalam diri kita yang kita sendiri tak sedar. Sekian.

Kampungku

| Wednesday, August 29, 2012 | 10 comments |
Hari minggu lepas, aku balik ke kampung aku kat Johor yang tak berapa nak kampung sebenarnya, setelah hampir 12 bulan tak balik. Selama tiga hari dua malam menumpang kat situ, aku dapat rasakan satu aura yang membanggakan mulai bertapak. Ini adalah kerana beberapa faktor iaitu:
  • Kampungku sudah dilimpahi dengan arus kemodenan sebab kini terdapat premis 7eleven.
  • Kampungku penduduknya sudah berjaya sebab anak cina traktor kat simpang empat sana dah pakai Proton Inspira.
  • Kampungku masih mengekalkan tradisinya sebab anak-anak muda akan melepak kat tembok culvert depan surau sampai subuh sambil main mercun bila tiba musim-musim perayaan.
  • Kampungku indah permai dan penuh dengan ketenangan sebab air parit depan sekolah agama tempat aku mengail haruan dulu semakin perlahan arusnya.
  • Kampungku semakin meriah dengan populasinya apabila bilangan penduduk melebihi 50 tahun umurnya makin bertambah.
  • Kampungku mempunyai ciri-ciri islamik yang jitu kerana masih mengekalkan bilal yang sama sejak lebih 20 tahun lalu, bilal itu kini sudah bertongkat.
  • Kampungku amat menghargai pemimpin kerana rumah banglo tiga tingkat sebelah Petronas milik exco kerajaan negeri (sekarang tak pasti adakah masih lagi menyandang jawatan tu) adalah binaan kediaman yang paling besar dalam radius 20km.
Sekian entri kampung kesayanganku.

Kena Rogol

| Tuesday, August 28, 2012 | 5 comments |
Nak berhimpun sambil janji nak membersihkan? Nak sambut ramai-ramai kat dalam stadium sambil nyanyi lagu janji palsu? Lepas tu awal pagi baru nak bersurai. Tak payah la. Nanti karang ada je anak dara orang yang kena rogol sama ada secara paksa atau rela. Duduk rumah makan kerepek pisang lagi selamat dunia akhirat. Sekian, salam kemerdekaan untuk semua.

Ngeteh Di Putrajaya

| Friday, August 24, 2012 | 6 comments |
Sepanjang pagi di Putrajaya.
Aliran trafik pada waktu puncak tidak menunjukkan keadaan yang sepatutnya.
Mungkin masih ramai penjawat awam yang masih beraya walau pun puasa belum tentu cukup sebulan (bagi lelaki).
Sesuatu yang sangat membosankan.
Situasi yang hampir sama seperti di sekitar Petaling Jaya petang sebelumnya.
Bosan...
Pergi mengail pun elok jugak ni!
Tiga buah meja dibentang di atas siarkaki, antara dua bangunan di Presint 9.
Terbaik dowh roti telur mamak ni!

sms

| Thursday, August 23, 2012 | 6 comments |
RM0. SKMM: Anda dijemput ke Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 @Stadium Nasional Bkt Jalil, 31 Ogos 2012 pd jam 8 mlm. 
Type: Text message
From: 62002
Received: 10:06AM, 23 Aug

Ada mkn free x?
Type: Text message
To: 62002
Sent: 10:30AM, 23 Aug 2012
Delivery report: Not requested

Perempuan Botak

| Wednesday, August 22, 2012 | 6 comments |
Hek eleh, berlagak gila perempuan tu. Duduk pun tegak je, takut nak bersandar kat kerusi ke apa. Mentang-mentang la kusyen lama. Warna pun dah pudar.

Oh, yeke...

Yela bai. Masuk rumah gua terus tengok keliling. Muka pun lain macam je keras. Macam masuk rumah kongsi. Makanan langsung tak sentuh. Buat penat je bini gua hidang. Gua tau la rumah gua ni buruk. Tak padan dengan gaya dia yang pakai baju mahal tu.

Yang mana? Gua tengok semua pakai mahal.

Tu la, yang hairless duduk kiri sekali tu.

Hairless? ........ Free hair la bongok!!!

Sekadar Perlambangan

| | 2 comments |
Pada pendapat aku, hudud itu boleh digambarkan seperti para sahabat rasulullah yang siap mengenakan perisai perang dan menghunus pedang tajam, tatkala melangkah ke medan peperangan. Dengan mempunyai reputasi tinggi yang menggerunkan di kalangan para panglima perang, mereka ini mampu menggentarkan seteru-seteru sebelum bertemu muka lagi.

Dari kejauhan sana, titik-titik halus yang bergerak menghampiri para musuh semakin tersebar merata. Mengepalai tentera dari syurga, bayangan dan gerakan para sahabat ini memacu kuda dengan pantas ke arah musuh pasti mampu menitiskan peluh di hujung dagu para musuh ini.

Begitulah hebat dan agungnya hudud ini. Tidak perlu bertentang empat mata, hanya dengan mendengarkan namanya sahaja sudah mampu menggegarkan pantas pesalah.

Jadi, apa yang kau perlu takutkan? Adakah engkau telah terpelantik di kalangan penjenayah hingga bermati-matian memerangi bala tentera tuhan ini?

Sekian entri semasa...

Good vs Evil

| | 7 comments |
Orang kaya pegang duit, orang miskin makin tersepit.
Orang kaya makan nasik, orang miskin makan taik.
Orang kaya beraya sakan, orang miskin tak cukup makan.
Orang kaya ketawa riang, orang miskin sedihnya tak hilang.
Orang kaya melantak kuih, orang miskin mulut terjuih.

Masuk bulan puasa masing-masing sibuk berlakon depan Tuhan, mencari keinsafan, menghayati erti kesusahan. Tapi kurang seminggu sebelum masuknya Syawal, masing-masing pakat dah lupa dah. Dalam kepala dah fikir pagi raya nak pakaikan anak-anak dengan baju warna apa, biar sedondon dengan satu keluarga.

Bermula hari raya pertama, membawa la sampai ke hujung Syawal. Kalau tak cerita pasal rumah terbuka, cerita betapa meriahnya beraya kat kampung. Habis lupa semua kesedaran yang dibuat-buat sepanjang Ramadhan. Puuiii...!

.
.
.
.
.
.
.
Tapi sebenarnya TAK SEMUA macam tu. Masih ada ramai lagi orang kaya yang hidupnya sentiasa tertunduk `menghitung rumput di kaki' berbanding yang lebih gemar terdongak `menyusun bintang di langit'. Bak kata mak Rizu, manusia ni bukannya dibezakan dengan warna kulit, asal keturunan atau kekayaan, tapi dibezakan dengan perbuatannya. Ada dua sahaja jenis manusia kat dunia ni iaitu ORANG JAHAT dan ORANG BAIK.

Sekian.

-My Name Is Khan filem hindi kedua aku tonton sampai habis selain 3 Idiots.
-Shah Rukh Khan memang pelakon yang baik.
-Tapi kesilapan terbesar filem ini adalah meletakkan Shah Rukh Khan sebagai pelakon utama disebabkan dia masih lagi mempunyai rupa kacak.
-Lu orang nak cakap gua berlagak poyo sebab bikin entri ni? Boleh pergi mati berkali-kali. Hahahahaa!!!

Entri Khas Raya

| Sunday, August 19, 2012 | 3 comments |
Dalam banyak-banyak perayaan kat Malaysia ni, perayaan apa yang paling meriah? Bukan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina atau Deepavali pun bukan. Hari Krismas jauh sekali. Meriah maksud aku bukan terletak pada jumlah orang yang mati atas jalan sebab kemalangan, bukan juga berapa kerap berita tv laporkan orang yang putus tangan dan tengkuk sebab tak reti main mercun dengan selamat.

Meriah yang aku maksudkan adalah sambutan perayaan itu dirayakan oleh semua orang. Tak kira sama ada korang ni cina, melayu atau india. Tua atau muda. Lelaki, perempuan atau bapuk terlaknat. Ustaz berwajah suci atau ketua balai kaki rasuah.
Aku harap masih sempat lagi aku nak tukar pusat mengundi. Sebab tak patut rasanya kalau aku memangkah kat kawasan yang bukan menjadi tempat pemastautinan aku.

Sekian entri hari raya paling meriah.

Lekeh

| Saturday, August 18, 2012 | 3 comments |
Setakat mempersendakan hukum Tuhan, tutup aurat main-main dan macam-macam lagi la... Dah jadi perkara biasa sekarang ni. Apa pun, brader baju merah ni patut belajar bertenang. Takkan ustaz ni nak sentuh isu politik kat masjid sikit pun dah sakit bontot... Hahahaaa!!! Sekian...

-sumber: majalah Gen-Q, isu 12.
-best jugak baca majalah ni, awek-awek dalam ni bikin sejuk mata memandang.

Jemaah Muslimat

| Friday, August 17, 2012 | 12 comments |
Dulu Priya pernah bertanyakan satu soalan kepada aku yang lebih kurang macam ni bunyinya. "Orang perempuan tak boleh pergi sembahyang Jumaat ke?"

Aku yang baru sampai ke ofis selepas solat kat masjid Bandar Kinrara petang tu pura-pura buat muka steady. Sambil pegang The Sun, aku jawab. "Kat sini orang perempuan memang tak pergi sembahyang Jumaat".

"Tu la, tak adil kan. Orang perempuan banyak tak boleh buat." Jawab dia spontan. Ada sedikit nada kecewa dan protes di situ.

Alamak, mampus aku. Aku silap bagi jawapan ke? Atau pun dia yang salah faham dengan maksud aku tu.

"Sebenarnya bukan tak dibenarkan, tapi kewajipan tunaikan solat Jumaat tu lebih kepada lelaki. Itu persoalan pokoknya. Tambahan pulak, kat Malaysia ni ada sedikit isu keterbatasan ruang untuk jemaah perempuan yang nak datang sembahyang." Jawab aku dengan berhati-hati. Takut dia tersilap tafsir pulak, karang naya je aku terpaksa sms mintak tolong cikgu sekolah agama dulu.

"Ruang? Tak faham." Dia masih bertanya.

"Macam ni, kalau kita tengok binaan masjid kat Malaysia ni kebanyakannya mengabaikan sedikit faktor keutamaan ruang untuk jemaah perempuan bersolat. Masa solat tu, lelaki dengan perempuan tak boleh campur. Kena asingkan. Tapi bila tiba waktu solat Jumaat, ruang tak cukup sebab jemaah lelaki pun dah ramai. Sampaikan ada yang solat kat luar. Tadi pun aku solat atas apron sebelah longkang je. Cuba bayangkan kalau jemaah perempuan datang sekali. Kan diorang dah rasa tak selesa kat situ." Mendayu dan bertajwid aku menjawab soalan si Priya ni. Kalau tutup mata, mesti mati-mati ingat Ustaz Ismail Kamus yang bagi jawapan.

Semoga dia faham dengan penerangan ringkas aku. Dan lagi, aku harap jawapan yang aku bagi tu betul la hendaknya. Atau pun ada lagi jawapan yang lebih baik? Mohon pencerahan...

Sekian entri kekeliruan.

Rahsia di celah lutut

| Thursday, August 16, 2012 | 5 comments |

Sempena tibanya Aidilfitri ni, kepada orang lelaki yang gemar menggayakan pelbagai cara pemakaian terutamanya pada pagi hari raya, terimalah nasihat ikhlas ini:

Adat memakai samping
kok sudah beranak bini
atau orang yang patut-patut
kain samping bawah lutut
sama setentang paras betis
ikat bergulung lurus lurus
jika ikat atas lutut
itu tanda nak cari lagi
harus tahu keadaan ini
-Mohd Rosli Saludin
-sumber curi dari sini.

Ingat tu, orang Melayu memang kaya dengan adat dan budayanya sama ada yang terang-terangan atau yang penuh tersembunyi maksud di celah-celahnya. Jadi, janganlah berbuat sebarang laku. Selidik dulu asal usul duduk berdirinya satu perkara tu. Kalau malas, jadi macam aku, buat bodoh sudah... Hahahaa!
Ini pulak style aku kalau lengkap berbaju melayu, dan perangai ni akan aku buat kalau ada majlis rasmi contohnya majlis persandingan dari kalangan ahli keluarga terdekat atau kalau aku dijemput untuk ambil pingat kebesaran daripada mana-mana sultan. Bila aku bikin betul-betul paras lutut ni, macamana nak kira?

Sekian entri busana Melayu, salam Ramadhan untuk semua.

-ok la, gua nak ponteng lagi petang ni, cari barang baik kat Puchong.

Seorang Pekak, Seorang Buta

| Wednesday, August 15, 2012 | 4 comments |
Sempena hari raya tahun ni, mungkin ramai antara kita yang dah tonton iklan Bernas ni kat tv. Kata kawan aku, iklan ni selalu jugak tubik tv terutamanya waktu malam. Aku tak pernah tengok lagi kat tv, tapi baru sekali tengok kat tiub awak. Menonton iklan ni, mengingatkan aku kepada entri aku yang dulu ni.

Hubungan `kimia' yang dijalin oleh dua watak utama penghuni rumah anak yatim iaitu seorang buta dan seorang pekak memang menjadi. Ketepikan dulu kekakuan dua pelakon kecil ini memainkan wataknya, apa yang penting mesej yang ada terselit di celah-celah kegilaan manusia ni dapat kita amati. Bukan hanya ketamakan brader teksi pukimak, sikap tak peduli orang ramai kat stesen keretapi yang cuma pandai memandang tanpa menghulurkan bantuan, atau pun kasih sayang seorang anak yang langsung tak tapat digambarkan secara zahir. Malah lebih daripada itu.

Saat yang boleh buat pankreas aku sebak adalah ketika visual yang menunjukkan tangan salah seorang anak kecil ini memegang sekeping gambar lama dan jugak imbasan semula seorang ibu yang membelai anaknya dengan penuh kasih sayang. Walau pun cuma beberapa saat, tapi memang betul-betul masuk.

Oh ya, pendekatan tema dan pembikinan watak bagi iklan ni kalau tak silap aku lebih kurang sama macam filem See No Evil, Hear No Evil (1989). Yang berbeza, filem ini adalah sebuah filem komedi aksi yang menceritakan suatu salah faham telah membuatkan seorang pekak dan seorang buta menjadi buruan, dan juga macamana usaha kedua-dua mereka menyelamatkan diri sambil mencari pesalah sebenar. Boleh tahan jugak lawaknya filem ni.
Sebagai penutup entri, aku harap Petronas dapat merampas kembali tahta sebagai syarikat korporat yang mempunyai iklan raya terbaik. Jangan malas dan kedekut taik hidung pahit!

Sekian iklan raya.

Berkenaan Lagu Raya

| | 7 comments |

Seminggu dua ni gegendang telinga aku rasa macam perit sikit tiap kali aku drive atau duduk kat meja ofis ni. Bukan disebabkan oleh bunyi kenderaan road bastard di atas jalan, dan bukan jugak disebabkan oleh suara bebelan makcik-makcik separuh abad yang tunggu masa nak pencen kat ofis. Itu aku tak heran sangat, dah makin lali pun. Tapi ini disebabkan oleh perangai dj radio yang dah start putarkan lagu-lagu raya. Tiap kali masuk kereta, bila aku pilih frekuensi 93.9fm atau pun 96.7fm je, lepas tak lama dj radio ni bercakap mesti ada lagu raya pulak. Sakit telinga aku dengar lagu raya ni.

Bukannya aku ni jenis yang anti dengan lagu raya. Tapi ada sedikit rasa menyampah bila mengenangkan lagu-lagu raya ni, sejak dulu lagi. Tak kisah la lagu zaman P. Ramlee ke, zaman M. Nasir ke, tak pun zaman sekarang ni. Tahap menyampah aku ni sedikit meninggi terutama sekali bila berhadapan dengan lagu-lagu yang berentak rancak, yang menceritakan kemeriahan hari raya. Pada aku, apa yang lirik lagu-lagu ni ungkapkan kebanyakannya tipu belaka. Hipokrit. Bohong. Temberang, semata-mata nak menyedapkan hati kita dan menutup apa yang tidak kita perasan.

Ambil contoh mudah lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma. Lirik pada korus pertamanya tertulis `miskin kaya memakai baju baru warna-warni'. Bohong! Orang tak miskin macam aku ni pun tak pakai baju baru, baju lama pun takde yang warna warni. Ini kan pulak orang miskin. Dapat beli tiket bas balik kampung atau beli lauk berbuka pun dah kira bagus. Jangan harap la nak pakai baju baru yang berwarna-warni, kecuali ada mana-mana ADUN atau ahli parlimen yang bermurah hati nak bagi sumbangan raya depan kamera. Hahahaaa!

Satu lagi, lagu Seloka Hari Raya nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir. Antara liriknya pula ada tertulis `miskin dan kaya sama sahaja, hulurkan tangan berjabat mesra'. Mana ada sama bai. Dah banyak kali aku tengok. Tak payah tunggu raya, dalam bulan Ramadhan pun dah boleh nampak. Kita pergi je la mana-mana majlis walau pun tak semua yang dibuat semata-mata untuk meraikan golongan bernasib baik (contoh: anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin) kononnya sempena bulan yang mulia ni, pihak penganjur bermurah hati membantu golongan yang tak seberapa ni. Tapi berapa ramai yang sedar, air yang diminum oleh orang miskin dalam majlis tu dituang dalam cawan atau gelas yang berbeza dengan para tetamu VIP. Orang miskin minum atau makan pakai cawan dan pinggan kertas, tapi yang si bangsat-bangsat kaya berlagak guna duit orang lain ni sesedap rasa duduk atas kerusi empuk dengan meja yang cantik berhias bunga-bungaan. Silap hari bulan, orang-orang miskin yang dalam majlis tu makan mencangkung sebab tak cukup tempat pun diorang tak perasan!

Berbalik kepada lirik lagu, tahun ni aku meletakkan lagu Pulanglah (Aishah) dan Sepasang Kurung Biru (Khairil Johari Johar) sebagai pemenangnya. Pada aku, kedua-dua lagu ini ada kisahnya yang tersendiri. Bukan setakat bercerita pasal kuih-kuih yang tak abis atas meja, budak-budak main bunga api atau pun kisah anak perantau nak balik beraya.

Untuk lagu pertama, apa yang aku faham lagu ni menceritakaan penantian dan kerinduan seseorang terhadap orang yang dikasihinya. Secara generalnya mungkin lagu ini menggambarkan perasaan seorang ibu terhadap anaknya, antara dua orang sahabat, adik-beradik atau sepasang kekasih yang telah lama terputus hubungan disebabkan satu pertelingkahan. Pertelingkahan dan selisih faham yang seterusnya membuatkan salah seorang daripada mereka pergi membawa diri. Serius, memang sadis lirik lagu ni. Lebih-lebih lagi pada sesiapa yang benar-benar sedang atau telah melalui pengalaman pahit macam ni. Tak payah dengar lagu, cukup setakat menghayati liriknya yang mudah dan ringkas tu pun dah boleh buat kita sebak.

Lagu kedua bertajuk Sepasang Kurung Biru ni pun sama. Ringkas dan menyentuh perasaan kepada sesiapa yang pernah beraya dalam keadaan frust menonggeng. Tengok kuih bahulu teringat bibir si dia, kunyah dodol teringat lentiknya bulu mata si dia, anyam ketupat teringat juraian lembut rambut si dia, tolong pak su bakar lemang teringat pulak suara merdu dia yang memanggil `honey'. Pendek kata, apa je yang dibuat masa sambut raya tu serba tak kena la. Dan kepada mereka yang kecewa ni, aku ucapkan selamat merenung siling. Maafkanlah dia zahir dan batin.

Sekian entri mengutuk dan memuji lagu raya.

114A

| Tuesday, August 14, 2012 | 6 comments |
Fuck the government!
So high...

Berhati-hatilah...

| Monday, August 13, 2012 | 5 comments |

Seminggu sebelum Hari Raya. Pagi tadi ada sedikit perubahan yang kalau diteliti bukan dengan batang hidung, sebaliknya gunakan mata dan kepala otak, dapat dikesan jumlah trafik yang makin berkurang. Mungkin sebab aku keluar rumah seawal jam 6:15 pagi, atau sememangnya warga Lembah Klang dah mulai meninggalkan `lopak panas' ni buat seketika untuk pulang ke kampung halaman sendiri atau kampung mertua.

Walau bagaimana pun ruang-ruang kosong yang mulai kelihatan ini pula sedikit sebanyak akan, sedang dan telah diisi oleh segelintir pemandu-pemandu bangsat yang berlagak hero macam orang lain ada sembilan nyawa. Diharap pengguna jalanraya terutamanya para penunggang motosikal yang mempunyai anak-bini untuk disuap nasi, mak-bapak yang perlu ditanggung sampai mati, hutang PTPTN yang masih tak pernah dibayar dan zakat fitrah yang belum ditunaikan, dapatlah kiranya melipatgandakan tahap berhati-hati semasa menggunakan jalan raya ketika ini. Kerana maut sukar dikenali sama ada datang dalam bentuk pemandu Proton Satria Neo R3, bas RapidKL no. U60 mahupun Honda EK warna pearl.

Jadi, berwaspadalah. Salam Aidilfitri.

Sekian entri saling mengingati...

Tom Tom Bak

| | 7 comments |
Rancangan kanak-kanak yang bernama Tom Tom Bak ini aku anggap antara rancangan yang paling tak sesuai untuk menjadi tontonan rutin oleh anak-anak. Melainkan ibu-bapa semua memang berhajat dan bercita-cita menjadikan anak-anak mereka seorang manusia yang cintakan budaya hedonisme melampau atau lebih mudah disebut sebagai `boneka pentas'. Tak puas hati dengan pendapat aku? Aku tiada peduli. Ini cuma pendapat peribadi. Sekian...

Dum Dum Tak

| | 4 comments |
Penafian : Entri ini agak keras sedikit. Sesiapa yang merasakan dirinya berjiwa suci dan berhati lembut, lebih baik cepat berambus. Aku tak bertanggungjawab bagi mana-mana bontot yang terluka...

Pernahkah kita mengalami situasi jahanam di mana kita amat-amat memerlukan sesuatu perkara itu tetapi kemampuan yang kita miliki pada ketika itu sangat terbatas? Keterbatasan itu bukan disebabkan oleh kelemahan yang kita ada, bukan disebabkan faktor persekitaran sepenuhnya, dan juga bukan disebabkan oleh satu kebetulan. Contohnya...

Suatu petang bukan bulan Ramadhan yang amat panas berdenting walau pun jam dah menunjukkan hampir pukul lima petang. Isi perut rasa macam digaul-gaul dengan segenggam jarum peniti. Tekak pulak terasa perit macam baru dikesat dengan batang keladi. Gatal yang lebih kepada pedih, pahit, kering. Kali terakhir menjamah makanan adalah malam sebelumnya di rumah. Itu pun cuma empat keping biskut dicicah dengan teh o nipis. Cuma itu yang tinggal di dapur. Apa yang terlintas dalam kepala adalah seketul karipap dan sebungkus air sirap bandung. Berdasarkan pengalaman lalu, harga kedua-dua karipap dan air sirap itu hanyalah RM1.40 sahaja. Tapi malangnya, setelah diseluk poket kanan, kiri dan belakang, apa yang dipunyai ketika itu cumalah beberapa keping duit syiling berjumlah 65 sen!

Sesiapa yang cuma menjalani hidup serba sederhana dengan tubuhnya dibaluti pakaian berjenama dan ketiaknya disembur wangian berharga ratusan ringgit sebotol pada setiap pagi, pasti tidak akan memahami apa yang aku maksudkan. Jangan tipu dengan mengatakan, `aku cukup simpati dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memahami penderitaan mereka'. Itu bullshit namanya! Dengan kemampuan untuk merasa makanan di restoran francais sekurang-kurang McDonald's dengan kerap, korang takkan tahu apa yang dikatakan dengan `hidup terdesak'.

Terdesak bukan disebabkan oleh kemalasan mereka untuk meningkatkan taraf hidup atau menambah sumber kewangan. Bukan juga disebabkan oleh kebodohan mereka mencari ikhtiar sepadan walaupun mempunyai otot-otot yang sangat rajin. Serta bukan juga disebabkan oleh nasib yang sering tidak menyebelahi mereka.

Aku pernah melalui zaman `terdesak' yang sebegitu. Pada ketika itu, aku tidak menyalahkan diri sendiri, tidak menyalahkan faktor sekeliling, atau menyalahkan tuhan atas jentikan nikmat yang diberikanNya. Tapi pihak yang aku tudingkan jari adalah mereka yang jarang sekali kita terfikir untuk dipersalahkan iaitu, pemerintah!

Baiklah, kalian semakin tak faham... Jadi, dengar je lagu ni. Lagu yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan mereka yang `hidup terdesak' ini. Sila jangan sentap atau sakit bontot dengan liriknya.
video
Pendek kata, pada pendapat aku antara punca kepada kejahatan yang berlaku di dalam satu negara itu adalah disebabkan oleh kegagalan orang-orang yang di atas itu menjalankan tugas mereka dengan baik.

(sekadar gambarhiasan)

Sekian.

Iftar?

| Friday, August 10, 2012 | 9 comments |
...oh, baru gua tau benda ni sama je maksudnya dengan berbuka puasa. Punya la jahil gua ni. Tu la, lain kali bersosial la sikit. Hahahahaa...!

Ulasan Pengulas

| | 8 comments |
Aku dah lama perasan terdapatnya satu perbezaan ketara antara pengulas sukan zaman dulu (tak la dulu sangat macam zaman Allahyarham Mokhtar Dahari tu) dengan zaman sekarang. Antara perbezaan yang ketara pada pemerhatian aku adalah cara penyampaian mereka yang terpisah antara realiti dengan imaginasi. Pengulas dahulu lebih banyak mengulas sesuatu acara sukan itu secara lebih teknikal dan apa yang disampaikan itu adalah `real time'.

Maksudnya, kita tidak memerlukan tv untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di atas gelanggang. Cukup sekadar dengan satu corong radio kat sebelah telinga je, kita dah dapat gambarkan strategi yang diamalkan, kebolehan atau prestasi semasa pemain, taktik berbalas serangan dan jugak sepantas mana bola itu berlegar-legar di atas padang. Seolah-olah kita sendiri yang berada di tempat duduk stadium menyaksikan perlawanan langsung, asalkan kita dapat pastikan gelombang frekuensi radio tak terganggu sepanjang perlawanan.

Tapi, pengulas zaman sekarang lebih banyak merapunya menceritakan gossip luar padang berbanding apa yang berlaku di atas padang. Kalau kita alihkan pandangan mata dari skrin tv barang beberapa saat pun, alamatnya kita akan tertinggal dengan apa yang berlaku tanpa sedar. Tak boleh nak harapkan sangat dengan kata-kata pengulas tu. Berminit-minit merapu, tiba-tiba dah gol... Celaka betul!



9:32 malam
13 Mei 1971
Stadium Merdeka
Kelayakan Olimpik Zon Asia

Dapat dilihat di sini jurulatih Hassan Sani telah memperkuatkan barisan pertahanan dengan mengarahkan seorang pemain tengah turun ke bawah silih berganti sebaik bola terlepas ke kaki pemain lawan. Barisan pertahanan yang diperkuat oleh Jailani Misman, Kadir Buyong, Lau Swee Seng dan Sivaratnam selaku penjaga gawang setakat ini telah berjaya menahan asakan bertali arus pihak lawan dengan sekali-sekali dibantu oleh kapten pasukan Syed Osman Alhabshi.

Bola keluar di sebelah kiri padang hasil tampanan pemain sayap pasukan Korea. Diambil oleh Syed Osman untuk lontaran ke dalam. Terus dihantar kepada Beng Hoe yang sedia menunggu berhampiran kawasan penalti sana. Cuba dirampas oleh pemain berjersi nombor 16, Soo Young. Digelecek dengan baik oleh Beng Hoe meninggalkan seorang lagi pemain pertahanan Korea, Dan Ki Mon yang kini bermain untuk kelab di German. Sekarang membuat larian solo ke kiri padang. Mendahului serangan. Diikuti oleh Razak Shukor di belakang. Cuba mencari ruang di hadapan pintu gol Korea. Nampaknya dua pemain Malaysia sudah berjaya melepaskan diri ke kawasan bahaya iaitu Razak Shukor dan ketua pasukan Syed Osman.

Beng Hoe memperlahankan lariannya sambil menunggu seorang pemain Korea datang mencabarnya. Berjaya di situ! Berjaya melepaskan diri dari bentesan pemain Korea. Larian kencang dimulakan. Sentuhan kiri-kanan ditunjukkan di situ. Semakin menghampiri dengan Syed Osman mengambil tempat tanpa dicabar. Tendangan silang dengan kaki kiri terus kepada Syed Osman. Dan terus... Gollllll......!

Satu gerakan yang cantik di situ. Dimulakan oleh Beng Hoe yang membuka ruang sebentar tadi. Oh, inilah dia gol yang kita harap-harapkan. Seluruh stadium bergema dengan sorakan rakyat Malaysia meraikan jaringan pertama kita setakat ini. Nampaknya ini adalah kali pertama penjaga gol Korea, Park Jeong ditewaskan dalam tiga perlawanan terakhir. Dengan gol ini, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 secara agregat.



5:11 petang (waktu tempatan)
9 Ogos 2012
Stadium Kasansay
Perlawanan persahabatan pemanas bontot

Lima minit selepas separuh masa kedua. Nampaknya kedua-dua pasukan masih bermain secara berhati-hati. Tiada gerakan-gerakan yang boleh dianggap berbahaya ditunjukkan. Cuma sekali-sekala bola ditendang tinggi melepasi bangunan tiga tingkat tanpa arah. Adzizul Khamis dipertanggungjawabkan menggalas tugas sebagai kapten pasukan petang ini menggantikan Kamalanathan yang dikatakan tertinggal penerbangan kelihatan masih buntu memimpin anak buahnya dalam menjelmakan gol. Manakala dua lagi pemain utama iaitu Razif Sulaiman dan Hanafi Sarip pula tidak menunjukkan tahap kecergasan yang diharapkan.

Dua hari sebelum pemain pasukan kita bertolak, lebih separuh daripada mereka terpaksa dikejarkan ke unit pesakit luar Hospital Sungai Buloh kerana disyaki keracunan makanan. Berkemungkinan berpunca daripada makan yang diambil ketika menghadiri satu majlis berbuka puasa di Mentakab, Pahang.

Bola keluar. Penjaga garisan menghadiahkan lontaran ke dalam kepada Malaysia. Maafkan saya, kepada pasukan Uzbekistan. Lontaran lambung ke arah tengah padang. Ditendang keluar oleh Azizi Karim. Azizi adalah pemain yang kini sedang beraksi untuk kelab Hacettepe di Turki sebagai pemain simpanan setakat ini. Namun begitu, kebolehannya tidak boleh dipertikaikan lagi kerana pernah menerima anugerah Kasut Emas ketika beliau mewakili pasukan PDRM di dalam Liga Suffer. Dan dengan bakatnya itulah, anak muda kelahiran Gopeng berusia 22 tahun ini berjaya memikat kelab dari Turki itu untuk mendapatkan khidmatnya.

Nampaknya, Nantha Kumar berjaya menangkap kemas bola hasil rembatan penyerang Uzbekistan sebentar tadi (entah bila bola tu sampai). Ternyata, penjaga gol kedua ini sudah mula menunjukkan kematangannya dalam tugas menjaga gawang setelah beberapa kali diberikan kepercayaan oleh jurulatih, Ahmad Subki. Diharap, kepercayaan itu dibalas dengan persembahan cemerlang petang ini biar pun ini hanyalah perlawanan persahabatan sebelum kempen Piala Asia bermula bulan hadapan.

Sekali lagi bola keluar. Kali ini, lontaran diberikan kepada Malaysia. Terus dihantar ke tengah padang kepada Ahmad Masalan oleh Azizi. Bola kembali kepada Azizi. Ditanduk kemas pula kepada Azizi untuk dikembalikan semula kepasa Ahmad Masalan. Tidak dikawal di situ. Ahmad Masalan melarikan bola. Cukup pantas lariannya di situ. Si lipas kudung. Itulah gelaran yang diberikan kepada pemain sayap berumur 19 tahun ini. Biar pun ini adalah kali pertama beliau mewakili... Golll!!!!

Itulah dia keampuhan yang dimiliki oleh jentera serangan yang dimiliki Ahmad Subki...



Sekian entri merepek, meleret-leret...

Alif Tendang Wau

| Thursday, August 09, 2012 | 10 comments |
Aku harap raya tahun ni RTM akan siarkan semula rancangan sarkis macam dulu-dulu berbanding filem-filem genius Razak Mohaiden. Sekian...

Syaitan Memakai Prada

| Wednesday, August 08, 2012 | 12 comments |
Eeeiii... You ni teruk la!

Kenapa pulak, apa lagi yang tak kena ni?

Teruk! Kenapa you berhenti kat sini? Tak nampak ke?

Eh, ok je tempat ni. Memang tempat parking. Tak ada salahnya pun.

Tengok la ni, banyak pasir la! Habis kotor kasut I ni tau. Tak nak la tempat ni. You reverse la kereta ni. Pergi tempat lain.

Ala kotor sikit je. Balik nanti boleh bersihkan.

Eh, you ingat kasut I ni macam alas meja kat kedai makan tempat kegemaran you tu ke? Boleh main cuci macam tu je. Ini Prada tau! Bukan selipar Fipper macam you tu. Selekeh..

Hmm, tu la... Dari dulu lagi saya dah pesan. Kasut awak ni mahal sangat. Tak elok pakai kat kaki. Baik awak letak kat atas kepala je. Sesuai dengan kemuliaan harga tu. Baru la tak kotor kena pasir ke, tanah ke, lumpur ke... Ada reti?

Made In China

| Monday, August 06, 2012 | 10 comments |
Selalunya kalau ada salesman atau salesgirl approach kita dengan barangan buatan China, cepat-cepat kita akan cebikkan bibir. Cebikan menghina, merendah-rendahkan. Sebab dah sebati dalam kepala hotak kita yang semua barang buatan China sangat-sangat rendah kualitinya.


Itu memang la aku tak nafikan disebabkan dasar-dasar perindustrian yang mereka amalkan iaitu kuantiti yang melebihi kualiti. Bila kuantiti dah melampau-lampau jumlahnya, harga pulak diturunkan dan secara tak langsung kualiti barang-barang tu diturunkan sampai ke tahap bawah tapak kaki.


Sebut apa je, semua kita tau kualiti barang tu. DVD player, tv, mesin basuh, kasut, baju, jam, kereta atau pun China doll. Eh, bukan... China doll tu barang baik!


Selain amoi-amoi genit ni, ada satu lagi barang baik yang susah sangat barangan Buatan Malaysia nak lawan iaitu... Lin Dan!
(gambar curi tanpa izin)


Sekian entri pagi Isnin.


-Elok jugak Chong Wei kalah, kalau tak mesti beratur je orang-orang besar posing sama-sama dengan pingat tu. Konon-konon diorang la yang kerja kuat sampai berak berdarah!
-Lepas ni ada jawatan kosong sebagai pemain badminton untuk sebelas tahun akan datang...

Kesayangan, Kebanggaan...

| Friday, August 03, 2012 | 14 comments |

Isha melabuhkan punggungnya di atas sofa, bersebelahan dengan bapanya. Bapanya yang sedang tersandar pada kerusi malas sejak tadi seakan hampir terlelap, segera membuka mata melihat ke arah Isha, puteri sulungnya. Gerak laku anaknya itu sedikit mengejutkannya daripada lamunan.


"Kenapa abah sering membeza-bezakan antara kami dua beradik. Abah kerap kali memuji kebaikan Khalish di hadapan orang lain, di hadapan saudara-mara, di hadapan para tetamu rumah ini. Tetapi abah tidak pernah sekali pun memuji apa pun kebaikan Isha," rungut Isha pada bapanya dengan tiba-tiba.


"Abah juga ada memuji kamu, mungkin kamu yang tidak perasan. Atau abah hanya memperkatakan tentang kebaikan kamu ketika kamu tiada. Maaf, kalau abah membuatkan kamu berkecil hati," jawabnya.


"Ah, abah memang macam tu. Sejak Khalish lahir lagi, abah dan ibu selalu melebihkan dia daripada Isha. Dia selalu mendapat barang permainan yang dia mahukan, tetapi Isha hanya diberikan permainan yang tidak lagi dia mahukan. Abah dan ibu kerap bingkas bangun dengan segera tiap kali mendengar dia menangis tak tira pada waktu apa sekali pun, tetapi Isha sering dibiarkan menangis sendiri hingga bengkak mata dan serak suara. Dahulu walau pun keputusan peperiksaan Khalish tidaklah seberapa, tetapi abah tetap memuji keputusannya seolah-olah dia telah menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya. Ketika di asrama, abah dan ibu kerap mengunjunginya walau pun asrama Isha lebih dekat berbanding asramanya. Serta sering juga dibekalkan dengan makanan dan pakaian hingga tak habis digunakan. Ketika menghantarnya ke lapangan terbang sebelum dia berangkat melanjutkan pelajaran, Isha lihat abah tak henti-henti mengalirkan air mata. Kesihatan abah terganggu dan melarat hingga beberapa kemudiannya. Apakah abah lebihkan sayangkan Khalish berbanding Isha? Apa kurangnya Isha sebagai anak abah dan ibu? Walau pun Isha tak mampu menjawat jawatan tinggi seperti Khalish kerana pendidikan Isha yang tak memuaskan seperti abah dan ibu harapkan, tetapi Isha tak pernah mengingkari setiap permintaan abah. Segala makan minum, keperluan harian, pakaian dan tempat tinggal telah Isha perkemaskan untuk abah dan ibu bersesuaian dengan kemampuan kewangan yang Isha ada sekarang. Apakah itu juga gagal melekatkan kasih sayang abah kepada Isha?" soal Isha panjang tanpa memberikan peluang untuk bapanya menjawab satu persatu soalannya itu.


Bapanya hanya menghembuskan nafas panjang dan dalam, membiarkan anaknya itu menanti dalam suasana hening petang Ramadhan.


"Abah..." panggil Isha seakan mendesak soalannya dijawab.


Panggilan dan desakan Isha tidak dijawab. Abahnya hanya mampu merenung anak-anak jiran mereka leka bermain di luar pagar sana. Suasana antara mereka semakin sunyi.


Beberapa tahun berselang.


Masih di rumah yang sama dan ruangan yang sama. Isha datang perlahan-lahan mendapatkan abahnya dengan tangannya menatang secawan air minuman. Air kosong. Hanya itu yang dipinta oleh abahnya sebentar tadi.


"Abah, ini airnya," kata Isha sambil meletakkan minuman itu di hadapan abahnya. 


"Isha, duduk sekejap," sebaik berpaling untuk masuk ke dalam rumah, dia dipanggil oleh bapanya membuatkan langkahnya terganggu.


"Ya, abah..." balasnya sambil duduk perlahan di sebelah abahnya. Juga masih dalam kedudukan yang sama.


"Lebih dua puluh tahun dulu, abah pernah merasa bahawa abah adalah lelaki yang paling bertuah. Paling disayangi tuhan kerana Dia telah meminjamkan abah sesuatu yang abah tak dapat cari di mana-mana tempat lain dalam dunia ni," abahnya memulakan bicara tanpa sebarang tanda pengenalan.


"Abah telah mendirikan perkahwinan selama lebih tujuh tahun dengan ibu kamu. Selama itu, rumah ini, hidup kami hanya dihuni oleh kami berdua. Tiada orang lain untuk mengisi ruang-ruang kosong antara dinding-dinding rumah ni. Tapi pada suatu hari, abah bagaikan mahu melompat kegilaan bila ibu kamu menyampaikan satu berita gembira yang abah tunggu-tunggu. Berita yang abah jangka takkan abag terima lagi memandangkan usia perkahwinan kami sudah begitu lama.


Sembilan bulan kemudian, satu seksaan yang amat pedih telah abah lalui buat pertama kalinya dalam hidup abah. Jiwa abah telah diseksa dan disakiti dengan satu dugaan yang maha berat walau pun abah masih lagi belum bergelar bapa. Ketika itu, 48 jam ibu kamu berada di dalam wad kecemasan kerana dia menghadapi masalah untuk melahirkan anak sulung kami. Waktu itu, abah tidak pandai mengalirkan air mata kerana terlalu sibuk mencari-cari jalan penyelesaian kepada masalah kewangan supaya dapat menampung perbelanjaan pembedahan ibu kamu yang pasti memakan ribuan ringgit. Selama dua malam berturut-turut, abah hanya lena seketika di atas lantai hospital dan langsung tidak menjamah sebarang makanan. Cuma tegukan air paip ketika wudhu' yang mampu melegakan keperitan tekak abah. Abah tahu, ketika itu terdapat dua nyawa yang amat memerlukan perhatian abah, sebagaimana abah amat memerlukan mereka terus selamat dan kembali ke dalam dakapan abah.


Syukur alhamdulillah, dugaan itu abah rasakan cuma berlalu sebentar bila abah melihat ibu kamu diusung keluar dari dewan bedah dengan sesusuk tubuh comel dalam dakapannya. Waktu itulah, abah mulai menangis buat pertama kalinya. Abah rasakan, semua objek yang ada di sekeliling abah pudar dengan tiba-tiba. Semakin lama semakin sayup meninggalkan abah. Cuma yang abah nampak di depan mata adalah seorang bayi yang sangat comel. Demi tuhan, kuasa Allah memang tak dapat abah bayangkan bentuknya bila melihat bayi itu tersenyum tanpa diusik walau pun matanya terpejam rapat. Mungkin dia sedang mengucapkan salam rindu kepada orang yang tidak pernah dia jumpa tetapi selalu dekat dengannya.


Pertama kali abah menyentuh kulit bayi itu, segala keegoan abah sebagai seorang lelaki tiba-tiba lumpuh dan mencair seolah kelembutan pipi, dada, lengan dan kaki bayi itu mempunyai satu kuasa magis. Amat dahsyat hingga mampu mematahkan kekentalan hati lelaki abah. Sekali lagi abah menangis. Dalam tangisan itu, abah telah menanamkan satu janji supaya abah sanggup meletakkan segalanya di hadapan termasuk nyawa abah sendiri semata-mata mahu melihat bayi itu membesar dengan sihat dan selamat.


Sesampainya di rumah, perkara pertama yang abah lakukan selain mengemaskan tempat tidur untuk si kecil itu adalah mencukur misai dan janggut dengan selicinnya. Ibu kamu hanya mampu tertawa kecil melihatkan perlakuan pelik abah. Abah tak kisah, apa yang abah tahu abah takkan sesekali menyakiti kulit lembut bayi itu dengan cucukan pedih daripada misai dan janggut tatkala abah mencium pipinya."


Mata Isha terpaku memandang riak-riak air kosong di dalam cawan abahnya sambil telinganya terus dilekapkan pada butir-butir perkataan yang keluar dari mulut abahnya.


"Malam itu, abah langsung tak tidur kerana abah amat mengagumi pinjaman tuhan yang satu ni. Abah rasakan, abah perlu mulai menerima kenyataan bahawa orang yang abah tunggu sekian lama telah benar-benar wujud di depan mata abah buat abah dukung, timang, cucikan najisnya, dan ajarkannya bertatih kelak.


Masih teringat lagi bagaimana jari-jari kaki bayi itu yang secantik butir-butir manik kristal memijak kedua-dua kaki abah sambil jejari comelnya menggenggam ibu jari abah pada suatu petang. Itulah kali pertama bayi itu belajar berjalan. Kali pertama tapak kakinya mula melangkah. Demi tuhan, abah takkan menukarkan saat-saat manis itu dengan apa pun di dalam dunia ini jika ditawarkan. Bagi abah, saat itu terlalu bermakna dan tidak ternilai harganya untuk ditukarganti.


Enam tahun kemudiannya, sekali lagi abah tak dapat melelapkan mata pada suatu malam. Abah sangat bimbang apa yang anak itu bakal tempuhi keesokan harinya apabila kali pertama dia melangkah ke sekolah. Adakah dia mampu duduk bersama anak-anak lain yang tidak dia kenali. Adakah dia tidak menangis apabila tidak melihat abah di sisinya. Mampukah dia bermain bersama anak-anak yang lain tanpa abah menemani. Adakah dia pandai beratur di kantin untuk membeli makanan sambil berebut-rebut dengan anak-anak lain tanpa abah mendukungnya. Adakah dia bakal tenggelam di dunia luar rumah. Sesunggunya, abah tak akan sanggup melihat dia duduk ketakutan sendiri. Hingga pagi abah tak mampu melelapkan mata."


"Isha..." mata Isha melirik ke arah wajah orang yang memanggil namanya. Genangan air mata sudah semakin jelas berkaca di kelopak matanya. Terkebil-kebil dia menahan agar tidak jatuh berjurai.


"Petang esok, kamu bakal dinikahkan dengan lelaki yang kamu pilih. Lelaki yang abah yakin mampu menggantikan diri abah sebagai pelindung kamu, sebagai peneman kamu. Bukan hanya menemani kamu bermain atau ke sekolah ketika kecil, tetapi juga orang yang dapat meminpin tangan kamu ke pintu syurga. Ketahuilah bahawa, kamu adalah anak kesayangan abah sejak kali pertama abah melihat kamu tersenyum ketika kulit kamu masih merah di dalam dakapan ibu kamu lebih dua puluh tahun lalu. Tiada apa pun yang dapat menandingi rasa bangga abah kerana memiliki kamu sebagai anak abah. Biar pun kamu tidak mampu mengejar cita-cita menjadi orang besar, biarkan kamu hanya dapat menyediakan kehidupan serba sederhana buat abah dan ibu sebagai balasan, biar pun abah selalu gagal memenuhi kemahuan kamu sejak kamu pandai bercakap, tapi percayalah... Kamu adalah kesayangan abah sampai bila-bila.


Kesayangan dan kebanggan abah..." perlahan abahnya menamatkan bicara.


"Abah!" Isha bingkas menerpa ke arah abahnya dan memeluk lutut lelaki tua itu sekuat-hatinya sambil menangis teresak-esak...


-ini adalah kisah rekaan hari Jumaat.
-petang ni aku nak ponteng la, cari kerja kat luar.

Kesal

| | 12 comments |
...aku curi dari sini


Aku rasa ini adalah tahun kedua aku bergelar lelaki power sebab dapat meneruskan peperangan menentang pasar ramadhan. Memandangkan kerenah tak tentu hala peniaga tamak gila babi zaman sekarang (contoh, kat tempat aku air tebu satu jug RM3.50 pada tahun sebelumnya atau hari biasa tapi harga tu dah mengereksikan diri menjadi RM5.00 satu jug. Tak ke dayus dan gampang namanya tu?), berkemungkinan aku akan meneruskan perang ini selagi pesta-makan-sampai-mampus-setahun-sekali ni wujud dalam masyarakat Malaysia.


Tak pun, selagi tegaknya hotel-hotel atau restoran-restoran puaka yang tak sesedap mana tapi caj satu kepala sampai berpuluh-puluh ringgit. Kepala nenek dia la, ingat boleh duduk situ mengadap makanan sampai waktu sahur ke?

Kecuali la, ada orang belanja. Itu memang wajib aku sebat...! Hahahaa... Bak kata orang, tak elok mencari musuh dan tak elok menjauhi rezeki.


Satu soalan untuk Dr. Ma'amor ni, kalau kami beli kat luar lepas tu makan kat rumah, agak-agak dia rasa kesal tak?


Sekian entri mengantuk, wajah ayu mata kuyu...

Mata Degil

| Wednesday, August 01, 2012 | 8 comments |
Jam menunjukkan pukul 7:41 pagi. Aku yang baru tak sampai 20 minit duduk atas kerusi empuk ni dah rasa semacam. Air-con pulak dia punya hembusan dah macam nak bagi semua lelaki dalam bangunan ni punya telur kecut je. Rasa sedikit gelisah, badan macam sengal-sengal. Sendi lenguh. Kepala berat, otak lembik berkarat. Mandom gila.


Apa punya binawe, baru je selak dua, tiga helai mata aku dah start mengantuk. Garisan-garisan dengan teks depan mata aku ni kabur semacam. Ternyata, mesin blue print zaman sekarang dah makin kurang kualiti dalam memproses campuran ammonia.
Atau pun hari ni mata aku dah jadi satu-satunya anggota badan yang bersikap degil, enggan menurut perintah otak. Woi, pagi masih awal lagi la! Wake the fuck up!


-this is what I do for living...