Tuhan Maha Adil

| Thursday, July 05, 2012 | |
Berusia hampir 60 tahun. Cepat mengeluh atas semua perkara. Selalu tak puas hati dengan semua benda yang diberikan. Kesihatannya semakin hari makin terjejas. Dalam setiap butir bicaranya pasti akan diselitkan dengan kisah-kisah kesihatannya yang kini sedang diuji Tuhan. Pelupa. Ada kalanya terlupa nama orang yang selalui dijumpai hingga dua atau tiga kali sehari. Cepat melenting dan kadang-kala sedikit panas baran.


Lebih tiga puluh tahun lalu Tuhan telah menjodohkannya dengan...


Seorang yang merendah diri dan memandang semua perkara dengan positif. Penyabar dan juga seorang ibu dan isteri yang penyayang. Memahami sepenuhnya hati budi orang yang dikahwininya dan menerima dengan gembira. Tidak pernah cerewet atau mengeluh dengan hampir semua perkara atau masalah yang dihadapi sama ada berpunca daripada diri sendiri atau orang lain. Mudah tersenyum.


Hmmm, memang betul Tuhan itu Maha Adil. Dipasangkan dengan orang yang sebegitu rupa. Jadi, kalau sesekali aku rasa Tuhan itu tidak adil kerana menganugerahkan aku dengan masalah yang tidak terjangka jalan penyelesaiannya, aku mesti cepat-cepat mendalami diri sendiri. Kaji dulu apa kelakuan yang tak kena dengan aku ni. Mungkin bukan berpunca daripada orang lain lebih-lebih lagi pasangan yang Tuhan berikan sekarang, tapi datangnya dari diri aku kot.


Sekian entri slow-motion petang Khamis.


-Hari ni orang keja gomen pakai baju batik.

10 comments:

Telor Power Says:
July 5, 2012 at 4:29 PM

kalau si panas baran dijodohkan ddgn si kaki pukul sah jadi haru biru punya famili tu

faraherda. razalan Says:
July 5, 2012 at 4:31 PM

Ko pnh pertikaikan Tuhan tu tak adil ke? Demonstran betul. Hahahahaha...

Ok. Aku gurau je. Takut t ade yg bt modal dgn komen aku ni.

SM Says:
July 5, 2012 at 4:52 PM

TP : boleh tunggang terbalik itu rumah. tapi banyak jugak kes macam ni.

MF : pergh, apa gila. takkan nak jadi demonstran di depan tuhan? hehehee. sekadar mengingatkan diri...

Rai Says:
July 5, 2012 at 5:36 PM

bagus berfikiran positif macam tu.. ada orang..bila isteri yang baik dapat suami yang tak baik.. katanya tuhan tak adil..sbb wanita yg baik dapat lelaki yg baik..hehe..vice versa..

sepa Says:
July 5, 2012 at 5:37 PM

suka write-up nih... :)

Ujie Says:
July 5, 2012 at 6:56 PM

adil pd. mata manusia, blm tentu sama dgn adil di sisi Allah.

keja gomen ya? berbatik la arini..

SM Says:
July 6, 2012 at 1:28 AM

sepa : nak ingatkan diri sendiri, jangan mengada-ngada selalu.

Ujie : keja gomen? hahahahaa!!!

-gedek! Says:
July 6, 2012 at 1:55 AM

mendalami diri sendiri...?

huh! jarang orang nak buat ni....

Telor Power Says:
July 6, 2012 at 3:23 AM

kes begini biasanya kena byk sabar. cewah macam pakar r.tangga plak kehkehkeh

SM Says:
July 6, 2012 at 7:37 AM

gedek : selalu sangat buat salah, sesekali kena tegur diri sendiri.

TP : ini dah macam gaya pakar rukun tetangga dah! hahaha!