Terlarang

| Wednesday, July 18, 2012 | |
Biasanya, perkara yang menjadi larangan itulah yang suka sangat kita hentam sampai barai.


Dah bagitau kena sampai sebelum jam 8 pagi, tapi 15 minit lagi pukul 8 ada kat rumah lagi. Lepas tu bijak pulak mintak orang lain tolong ketukkan punch card. Haha, aku la tu...


Dah jelas tertulis kat pintu, tandas rosak. Tapi gatal jugak sistem perkumuhan tu nak selesaikan tugas kat situ jugak. Ha, kan dah terapung je kayu balak tu. Haha, bukan aku. Aku tak pernah buat kerja haram ni...


Dah terang-terang kita belajar dulu kalau lampu merah tu, tak payah la nak jalan. Tapi kaki tu macam dah berat sangat dengan cagu sampai tak perasan tekan pedal. Yang si bangang bawak moto pun sama je, pulas throttle ikut sedap. Karang dah bersepai atas jalan, dapat claim insurans berjuta pun tak guna. Yang ni aku jarang buat...


Tapi yang ni, aku memang tak tahan sangat-sangat. Nak pulak kalau `benda' tu galak sangat melompat-lompat depan mata aku. Bukan sekali dua, tapi banyak kali pulak tu. Berdebur sana, berdebur sini. Berkocak sana, berkocak sini. Jelas ketara depan batang hidung aku sampaikan aku boleh cam jantan betinanya. Mana boleh tahan ini macam! Takpe, lain kali kalau aku datang lagi, harus aku sediakan kelengkapan persenjataan yang akan mengajar `benda' tu betapa dalam atau ceteknya dasar tasik tu. Jangan dicabar orang yang sedang `kegersangan'!


Lokasi : Rahsia.


Sekian entri hujan renyai petang Rabu.

7 comments:

Rai Says:
July 18, 2012 at 5:46 PM

ahaha..ikan tu saja menari nari.. kasi panass..

aku pun hari2 sampai lewat..nasib baik bos jenis asal kerja siap.. tapi KPI hujung tahun aku tak tau la..mampusss...

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ Says:
July 18, 2012 at 7:18 PM

Balak??kah3..gua pnh tahan berak sbb xdan nak g toilet.skali g, mmg sedepa balak kuar.6x flush, series xtenggelam.kukuh, liat, berkualiti dan berwawasan.boleh jd balak 1 malaysia.sbb apa yg kene mgena ngn 1 malaysia sume berkualiti, bagus, kan?so gua namakan balak tu balak 1 malaysia..

Bro, kalau nk g mncing kt situ bwk life jacket..takut kalau kene tendang dek dekan lu timbul lg..

sepa Says:
July 18, 2012 at 7:53 PM

alangalang dah memancing, berenang terus jeh bang...!!! gaya kupukupu gitu... hehehe

Nizam.Ariff Says:
July 18, 2012 at 9:48 PM

ko nak nyorok-nyorok mancing ek?

atau ko buat helah yang masanya sudah sampai untuk membuat operasi tangkap-tag-lepas dalam timba?

SM Says:
July 19, 2012 at 11:12 PM

Rai : takpe, ada hari boleh balas...

kamen : mana da, lu lama hilang! ya, mungkin pemilik balak tu baru lepas pekena menu rakyat 1malaysia kot. hahahaa! nanti gua ajak dekan tu ngail sekali, baru selamat.

sepa : aku paling akrab dengan kuak terlangkup. mujur olimpik takde. kalau tak, aku la harapan emas malaysia.

Nizam : idea bernas. menyamar jadi pegawai situ.

Telor Power Says:
July 22, 2012 at 11:06 PM

dasar kaki pancing tegar

SM Says:
July 23, 2012 at 7:50 AM

TP : takde la tegar, tapi geram je...