Tema Macam Gampang

| Monday, July 23, 2012 | |

1976, tema Hari Kebangsaan pada tahun itu adalah `Ketahanan Rakyat' yang memaparkan logo berbentuk lima lembaga manusia dalam fromasi satu bulatan melingkungi perkataan 31 Ogos berwarna kuning, dengan dilatari warna biru. Logo seperti rebana ini sepenuhnya menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan, mencerminkan lima prinsip dalam Rukun Negara serta melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu untuk tujuan kemakmuran dan keselamatan negara.


Baiklah, aku lompat tiga tahun ke hadapan kerana logo Hari Kebangsaan pada tahun 1979 ini agak ringkas tetapi mempunyai unsur geometri yang sedikit kompleks, terutamanya kalau aku adalah pelajar darjah enam yang cuba menyertai pertandingan lukisan peringkat sekolah. Masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu perpaduan antara rakyat dalam mencapai misi memajukan negara selain unsur-unsur prinsip dalam Rukun Negara.


Dan dalam banyak-banyak tu, aku paling suka dan jatuh cinta pandang pertama secara paksa dengan logo untuk Hari Kebangsaan pada tahun 1995. Kenapa, sebab kelihatan lebih segar dan ringkas serta tidak bercelaru dengan bulatan-bulatan atau objek-objek berbentuk lembaga yang macam gampang. Dari situ, aku dapat agak kreativiti si pereka logo ini yang tersekat (mungkin?) berdasarkan bentuk bunga tetapi lebih berfigura seperti letusan bunga api yang cuba menjulang ke langit. Sesuatu yang ringkas itu adalah yang terbaik. Selain gabungan tiga warna primer yang mempunyai paksi simetri dalam susunannya, bentuk `bunga pancuran' ini juga aku boleh anggap sebagai sesuatu yang mempunyai seni simboliknya tersendiri.


Tema yang dibawakan iaitu `Jatidiri Penggerak Wawasan' juga masih mengekalkan keharmonian dengan logo iaitu perlambangan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara, nilai-nilai murni dan keberanian dalam menempuh cabaran oleh rakyat.


Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku sangat-sangat tak berkenan dengan tema Hari Kebangsaan. Macam siot pun ada. Dah la logo pun tak sekreatif mana, asyik recycle dari sumber-sumber sebelum, tema pun ada semacam rasa mintak tumbuk muka sendiri je. Terbaru, aku dengar tema Hari Kebangsaan tahun 2012 ni adalah `Janji Ditepati'.


Eh, ada semacam sesuatu yang tak kena je kat situ. Selama ni (sehingga tahun 2008) kesemua tema yang aku nampak lebih condong kepada rakyat. Unsur yang penting macam permuafakatan, kerjasama, toleransi, pengekalan budaya lokal atau pembentukan semangat sesama kita dah langsung ditiadakan. Apa yang ketara, tema untuk tahun ni lebih kepada nak berlagak. Ya, berlagak.


Tahun depan elok sangat kalau guna tema macam ni... `Janji Manisku'.


Sekian.


-ini bukan entri anti-pemerintah!
-sumber logo dan tema dari sini..

7 comments:

Rai Says:
July 23, 2012 at 12:54 PM

nasib baik dia tak buat tema janji palsu ku..hehehe...

selamat berpuasa~

ralphrazaq Says:
July 23, 2012 at 12:56 PM

tp dari segi penulisan ko mg ada ciri2 anti pemerintah pun

SM Says:
July 23, 2012 at 1:05 PM

Rai : hahaha! banyak blog yang bikin cerita pasal tema ni. ada yang lagi lawak tema cadangannya.

ralph : aku cuma anti dengan beberapa perkara yang pemerintah anjurkan. eh, aku tulis pasal seni dalam logo la. hahaha! tahun 1995 paling sempoi.

Nizam.Ariff Says:
July 23, 2012 at 2:07 PM

kalau betullah tema kali ni ' janji ditepati' memang dia orang dah melampau. Sikit-sikit dahlah...
propaganda lebih-lebih membuatkan aku meluat, menyampah... nampak sangat tak ada keikhlasan dalam pentadbiran. kalaulah berbuat amal, elok-elok dapat pahala sekali tak ikhlas, semuanya boleh jadi hancur luluh, kosong...

rupa-rupanya dia orang tak ikhlas... hmm...
macam telunjuk lurus, kelingking berkait...

SM Says:
July 23, 2012 at 2:13 PM

Nizam : nak kirakan, perangai diorang ni macam lawak pun ada jugak... `bijak' tak bertempat.

sepa Says:
July 23, 2012 at 2:17 PM

sejak tema bernombor 1 ada bendera malaysia melilit nombor itu, aku rasa benar pelik...!!!
tema ?!!!
atau slogan ?!!!

...Janji Ditepati adalah sangatsangat aku tak paham...!!! apa kaitan kibarkan bendera dan laungkan janji ditepati...?! biasanya sambutan hari kemerdekaan, simboliknya kibarkan bendera, samada sedang bergerak atau terpacak di bangunan...!!!


*bulih ko mintak tuan PieM ubah tema tak.?!

:)

SM Says:
July 23, 2012 at 2:20 PM

sepa : bro, patik ini pacal yang hina. hanya mampu berbunyi di sini. hahaa! sebenarnya aku rindu nak dengar ada pertandingan mencipta logo hari kebangsaan macam dulu-dulu.