Suki

| Friday, July 06, 2012 | |

Mungkin ku tak bisa hidup tanpa kamu di sisiku.
Ku yakin bisa melewati, tapi berat…



(klik sini untuk versi kedai bunga)

Mula-mula aku tak percaya bila dj radio Suria fm bagitau yang lagu ini adalah nyanyian Suki. Merepek betul. Orang pekak boleh la korang tipu. Ini aku la. Kalau rabun tu memang ya, tapi pekak badak jauh sekali. Tuhan belum tarik lagi nikmat yang satu ni.


Tak puas hati, aku cari kat tiub awak dengan menggunakan tajuk lagu ni. Belum pun jari-jemari runcing aku habis mengetuk mata papan kekunci, dah berderet nama Suki keluar menandakan telahan aku bahawa dj Suria fm tu tersalah cakap adalah suatu silap besar. Aku mengaku kali ini sebab terlalu awal mengadili.


Sepanjang sejam ni, aku habiskan masa aku dengan mendengar lagu ini secara berulang-ulang sambil ditemani luncuran Milo O di kerongkong. Memang asyik. Memang sedap. Kena dengan gegendang telinga aku yang masih kenyal ni. Tambahan pulak, Milo O aku ni semakin cepat menyejuk akibat tindak balas kimia dengan udara sejuk dalam bilik berhawa dingin ni.


Apa pun, aku nak ucap tahniah pada pemenang One In A Million ni sebab dah berjaya menyekat pergerakan aku hari ni. Pada aku, kaedah pengucapan lirik yang berulang memang sering digunakan dalam lagu-lagu dari seberang tetapi berkesan mengelakkan kebosanan kerana susunan muzik yang kemas dan ringkas. Begitu pun, bonus untuk lagu susunan Ajai ini adalah kerana kebijaksanaannya mengeksploitasi vokal Suki yang `bersih' dan sedikit lembut tetapi kurang beralun.


Itu yang menjadi sebab utama lagu ini serta-merta menjadi simpanan dalam cakera keras aku.


Kalau la sepuluh tahun dulu lagu ni dah diterbitkan, mau aku menangis tiap lima belas minit sebab terlalu terbawa-bawa dengan lirik dan alunan muziknya.


Pada hemat aku, lirik lagu ni tak la terlalu menusuk atau puitis. Tapi itulah kuasa yang dipegang oleh muzik hingga mampu menjelmakan keajaiban kepada sesuatu yang nampak biasa-biasa. Nampak gayanya, aku pun kena la belajar menjadi lelaki sederhana yang mampu mengucapkan kata-kata biasa tetapi berbau romantis supaya aku tidak kecundang untuk kali ketiga. Kalau asyik nak memaki dan mencarut sepanjang masa pun tak syok jugak Adele kat sebelah aku ni dengar. Karang, tak pasal-pasal kena tinggal macam yang cikgu sekolah menengah dan teller bank tu buat kat aku dulu.


(Celaka, aku rasa macam nak muntah keluar serbuk Milo pulak dah! Maaf sayang, abang tidak dilahirkan sebagai lelaki romantik macam Mat Afrika)


Sekian entri romantis geli-geli petang Jumaat.

6 comments:

Akmal Hadi Says:
July 6, 2012 at 6:07 PM

Nak kena layan jugak ni...hehe

Anonymous Says:
July 6, 2012 at 7:26 PM

alahai aku ingat dia dah berkubur, timbul balik yek..


LWindsor

sisdee Says:
July 6, 2012 at 8:45 PM

1st time dgr lagu nie mmg tak sngka yg nyanyi bukan melayu..dan paling tak sngka si suki nie hehehehe..best mmg kan :)

salam kenal ;)

Telor Power Says:
July 7, 2012 at 12:49 AM

kalau dgr shaja tanpa melihat video tu aku pun tak sangka yg ini adalah nyanyian dari suki. tiada langsung pelat cina..

hebat ni.

Nizam.Ariff Says:
July 7, 2012 at 9:39 PM

errr.... atas tekanan kerja, gua dah 2 hari layan metal band "Destruction" terutamanya Sign of Fear dan Release From Agony... agak2 kena dgn jiwa aku...

nanti2 bila hati aku kembali pink, aku layan lagu cinta romantis...

SM Says:
July 8, 2012 at 8:06 AM

Akmal : kalau baru lepas frust tertonggeng, baik jangan bro!

LW : mungkin dia bergerak di kuar sedar kita.

sisde : salam kenal. memang kena dengan suaranya yang tak pelat. ada buat magic kot.

TP : ha, lu pun tak caya kan!

Nizam : lagu-lagu tu memang selera gua masa `muda' dulu. gua pun dengar selected lagu `pink' je.