So Fucking Pathetic!

| Tuesday, July 10, 2012 | |
Awal-awal pagi dah sampai, duduk depan pc sambil tunggu geng-geng yang lain. Matahari masih lagi cuba menongkatkan diri di pangkal hari. Pergi punch card beberapa minit kemudian bersama-sama dengan beberapa kad milik orang lain.


Tepat jam 8 pagi, ahli kumpulan dah cukup. Maka berduyun-duyun turun ke kafe. Pergi tapau sarapan pagi. Ada yang beli nasi lemak macam semalam, ada yang beli mihun campur nasi goreng campur kue teow macam semalam, ada jugak yang bungkus teh tarik je macam minggu lepas sebab dah bawak sandwich dari rumah. Naik semula ke ofis sambil berborak.


Mengilai sedikit, ketawa banyak, bising-bising lebih. Selesai makan secara berjemaah, kembali ke tempat duduk. Ada yang sambung lagi bergosip, ada yang baca majalah, ada yang bukak blog (macam aku) dan log in fuckbook (pun macam aku jugak)...


Esok pagi, rutin yang sama diulang lagi dan lagi dan lagi... Sepanjang minggu, sepanjang bulan, sepanjang tahun dan sepanjang hayat sampai pencen, mati atau yang mana lebih dahulu. Genap setahun, masing-masing sepakat mencongak berapa bonus yang bakal diperolehi atas kerja-kerja yang dibuat sepanjang tahun.


...so fucking pathetic!

7 comments:

Nizam.Ariff Says:
July 10, 2012 at 9:32 PM

huh.. boring giler rutin harian begitu... ek? ke seronok?

keh keh keh...

sepa Says:
July 10, 2012 at 10:18 PM

itu la rutin orangorang yg diarah... camner pulak yg dak pengarah agaknyer.?!

cer ko criter.! suka baca cara ko tulis. :)

SM Says:
July 11, 2012 at 1:22 AM

Nizam : aku yang tengok pun dah bosan. mujur rutin harian aku ada turun naik perbezaannya.

sepa : kalau aku, silap-silap sebelum pencen otak dah tepu. aduui...!

Telor Power Says:
July 11, 2012 at 11:33 AM

kalau gua layan saja janji dapat gaji utk meneruskan hidup ..kehkehkeh

SM Says:
July 11, 2012 at 12:49 PM

TP : dapat gaji bayar hutang. haha!

Telor Power Says:
July 11, 2012 at 8:40 PM

SM : semestinya tu....hidup tak berhutang ni mcm tak mencabar pulak.

Rai Says:
July 13, 2012 at 5:03 PM

ini dipanggil forty cube..40 kuasa tiga...

40 jam seminggu
40 minggu setahun
40 tahun

kerja....kerja..kerja....

well..aku bukan nak kutuk orang yg bekerja..sbb aku pun kerja makan gaji jugak..tapi kalau jenis tak berapa nak ada wawasan mcm biarlah yang penting hujung bulan dapat gaji..aku rasa cam sedih pulak..

maybe perasaan aku je kot...