Sembilan Belas Kali

| Monday, July 23, 2012 | |

Kepada lelaki ini, kalau berpeluang aku nak tanya kepada dia secara berdepan dan aku pun nak dia jawab secara berdepan jugak. Adakah kau rasa bangga dengan jumlah kumulatif yang kau berjaya kumpul tu? Berkahwin itu bagus, tetapi adakah bercerai itu juga bagus? Ohya, kalau dia tidak memberikan jawapan yang membuatkan aku berpuas hati, aku sudah sediakan sepasang penumbuk buat santapan wajahnya hingga lebam!


Tolong jangan dihebohkan pasal perkahwinan dan perceraian kau yang berlipat kali ganda banyaknya berbanding lelaki normal yang lain. Aku tak suka. Aku tak suka kerana aku adalah seorang lelaki dewasa yang terhasil daripada ibu bapa yang bercerai sejak aku belum kenal dunia luar lagi. Kau takkan faham sangat betapa sakitnya menjadi anak yang mempunyai ibu tak bersuami atau bapa tak beristeri. Jadi, jumlah itu bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan sebaliknya menjadi bahan renungan kenapa Tuhan berikan kau ujian yang unik sebegitu.


Sekian salam ramadhan untuk lelaki yang suka kahwin cerai.


-sumber sini
-hati aku panas baca laporan macam ni, sial!
-aku tak suka dengan entri aku sendiri ni.

16 comments:

NenetPenne (NP) Says:
July 23, 2012 at 2:24 PM

dan mereka juga tak akan faham kenapa seorang suami tu harus menceraikan isteri demi betina lain..

at least madu2 boleh lagi get along compared to bini kepada exhubby aku...

ralphrazaq Says:
July 23, 2012 at 3:04 PM

hahahahaha....lawak2

Rai Says:
July 23, 2012 at 3:08 PM

congrats pada mak ko membesarkan ko walau pun dgn status ibu tunggal.. sorang member husband aku pun besar dengan mak je..bapak dia? bapak dia ikut tabligh..mana dia berenti, situ dia kahwin. Tah berapa kali cerai aku lupa nak tanya..tapi mak dia bini ke 3 atau ke 4..skang ni dah tua..dia still contact dgn org tua dia yg lelaki..tapi aku rasa org tua tu takde bagi sumbangan apa pun dalam tumbesaran dia.. mulanya aku risau sbb kawan baik aku nak kawin dengan lelaki ni..tapi skang aku syukur..sbb alhamdulillah dia seorang lelaki yg bertanggungjawab..bukan cam pak dia..

erkk..panjang lebar dan mungkin tak berapa nak kena mengena..

SM Says:
July 23, 2012 at 3:08 PM

NP : ha'ah.

ralph : aik, ini serius shit la. bukan cerita lawak. (hehee..)

SM Says:
July 23, 2012 at 3:10 PM

Rai : macam lirik lagu raihan, iman itu tak dapat diwarisi. begitu jugak dengan perilaku jelik orang tua. jadi, aku juga respek pada dia sebab kekal mengikut jalan terang walau pun ada sejarah hitam.

ralphrazaq Says:
July 23, 2012 at 3:25 PM

SM - aku tak rasa dia sengaja cari publisiti la beb. tapi dia boleh menolak untuk ditemuramah...hahaha

SM Says:
July 23, 2012 at 3:28 PM

ralph : jadi, dia patut menolak untuk mengelekkan persepsi negatif masyarakat. contohnya aku. pergh, tak pasal-pasal pahala aku dah slim hari ketiga ni.

ralphrazaq Says:
July 23, 2012 at 3:30 PM

SM - pada pendapat aku YA..tp hebat jugak dia dpt ngorat bekas2 bini dia tu..hehe alah sama jugak la yg kuar muka depan HM pasal nenek power tu..mereka boleh menolak untuk ditemuramah bagi mengelakkan pandangan negatif masyarakat setempat.

SM Says:
July 23, 2012 at 3:34 PM

ralph : tapi lagi hebat kalau dia dapat kekalkan rumahtangga tu sampai mati. maaf, aku langsung tak hormat dengan mereka yang galak menceritakan perihal sebegitu sama ada rela atau tidak.

ralphrazaq Says:
July 23, 2012 at 3:36 PM

SM - kau jugak kena paham yg tugas wartawan mengintepretasikan temuramah lisan dalam bentuk penulisan yg sedap dibaca.

SM Says:
July 23, 2012 at 3:46 PM

ralph : sedap dibaca. ya, itu yang aku nak tahu. apakah definisi `sedap dibaca' pada pemahaman mereka? sampaikan kita selalu sangat dijamu dengan berita `dalam kain' yang kita orang dewasa ni pun segan nak hadap. aku setuju kalau tujuan mereka nak memberi kesedaran kepada masyarakat (pengekalan keharmonian hubungan walaupun dah bercerai, sebagai contoh), tapi biarlah kena dengan cara dan nampak elok penyampaiannya.

sekali lagi, aku (dan mungkin juga orang lain) sangat tak suka dengan laporan akhbar ini atas sebab perkaitan sejarah peribadi.

ralphrazaq Says:
July 23, 2012 at 3:54 PM

SM - OK

Nizam.Ariff Says:
July 23, 2012 at 4:20 PM

serius shit, aku pun tak suka kawin-cerai-kawin cerai ni. bukan aku je tak suka, Arasy pun boleh gegar beb, jadi tak salah kalau kita pun tak suka.. mencik 3x.

sedar atau tak, if we read between the lines, dia nak kata dia dah merasa banyak butuh, itu yang dia banggakan? eh, bro.. kalau lu rasa komen gua keras, lu delete la ek...

SM Says:
July 23, 2012 at 4:22 PM

Nizam : gua takde hal bro. itu yang aku tak berkenan sangat pasal unsur membangga diri kat sini. apa yang kau nak banggakan? (gua pun ikut mencik ala manja jugak)

sepa Says:
July 24, 2012 at 10:03 PM

kalau dah sampai sembilan belas kali, yang bersamaan dengan dua tahun sekali, mamat nih dah kira gila isim agaknyer. apa2 hal gudlak la kt dia. :p

SM Says:
July 25, 2012 at 10:33 AM

sepa : good luck untuk cukupkan 20 ke? hahahaa!