Rempuh!

| Friday, July 13, 2012 | |

Gedegang...! Bunyi dentuman yang puncanya datang betul-betul beberapa inci dari batang hidungnya telah membuatkan kepala si Bebal berdenyut tak henti-henti. Sesekali dia menggeleng-gelengkan kepalanya laju-laju macam ekor lembu mengibas lalat. Dan sesekali dia mengetuk perlahan buku limanya ke kepala. Bongok yang mencangkung di sebelahnya masih lagi tercungap-cungap mencari tuning pernafasan yang lebih seimbang. Amat payah, terkadang tinggi dan terkadang mandatar pitching nafasnya. Sejak menggugurkan dirinya dari alam persekolahan tahun lalu, tahap staminanya jatuh merudum sama sekali. Padahal, di sekolah dahulu dialah jaguh dalam segala acara sukan. Pecut 100m, bola sepak, ragbi, hoki dan panjat pagar sekolah adalah antara acara yang sering melihat dominasi namanya. Tetapi disebabkan kebenciannya kepada cikgu disiplin yang pernah menendang testisnya hingga senak di hadapan perhimpunan, minatnya untuk belajar terpadam sama sakali. Dia bersumpah setengah nyawa, dia tak akan jejakkan lagi ke sekolah itu kecuali dengan tujuan untuk memecahkan peti besi pengetua.


Si Bangang dan Bengap pula hanya duduk berhampiran mereka berdua sambil mengaduh manja. Luka-luka kecil yang terdapat di wajah Bangang masih lagi menjejeskan darah dan terdapat dua tiga kesan lebam yang mulai menunjukkan warna gelapnya.


"Sial, gua tak sangka boleh jadi macam ni. Apasal tak macam selalu ni. Siapa punya idea suruh belok kanan tadi?" Keluh Bongok. Sikunya pedih tersenggol tiang lampu, lututnya calar terhantuk kerb jalan tadi.


Senyap beberapa saat. Pertanyaan Bongok tidak berjawab. Kemudian, Bengap bingkas bangun dan membetulkan urat-urat sendinya dan kembali mencangkung menghadap mereka bertiga. Diantara Bengap dan Bangang dengan Bebal dan Bongok hanya dipisahkan dengan scupper drain kecil berlapis lumut nipis dan berbau hancing. "Tu la, kan gua dah cakap. Projek kali ni mesti kantoi punya. Kan hari tu gua dah ajak lu orang sebat gerai nasi lemak berlauk depan Petronas sana. Tapi lu orang degil, buat-buat pekak. Konon tak berapa nak masyuk. Ni masing-masing dah kena tibai separuh nak mampus baru nak bising-bising". Bebel si Bengap memecahkan suasana hening awal pagi.


"Eh, lancau la. Bila masa pulak gua bising. Gua rasa dulu lu jugak yang pernah sound nak kasi ajar drebar bas tu sebab dia nyaris nak langgar lu masa lu lari lepas pecah public phone depan sekolah. Lu apa hal?" Bentak Bebal tak puas hati dengan bebelan Bengap. Baginya suara Bengap betul-betul menambahkan lagi sakit kepalanya. Sudah la perancangan lima hari mereka gagal, seluarnya koyak, duit di bawah celah dashboard tadi pun tak sempat dia nak sauk. Celaka! Marahnya dalam hati.


"Babeng la lu ni Bebal. Hari tu lu jugak yang beria nak jadi pilot. Tapi baru malam tadi lu kata tak berani sebab lu cuma ada lesen moto je. Bawak van pun baru sekali, tu pun van Vannette buruk bapak lu tu je. Sial la lu ni!" Marah betul si Bengap pada Bebal. Amarahnya itu memang agak ada rasionalnya kerana kegagalan Bebal mengawal bas sekolah hingga merempuh tiang lampu. Harapkan muka je ganas penuh dengan parut chicken pox, tapi tak reti pegang stereng. "Bengang betul la gua tengok muka lu ni. Lain kali ada projek lu jangan ikut. Lu pergi ayat ustazah fardhu ain budak Kelantan tu lagi bagus". sambung Bengap lagi.


Belum sempat Bebal mencelah, Bongok terlebih dulu bersuara. "Dah tu, lu orang jangan nak memekak lagi. Gua sebagai ketua kumpulan nak isytiharkan yang projek kita kali ni totally gagal. Gua rasa mesti cerita bas sekolah ni masuk paper. Bongok, esok pagi-pagi buta lu pergi ambik the Sun, gua nak baca". Arah Bangang sambil menepuk bahu Bongok.


"Orait..." Balas Bongok perlahan.




Sekian.


-maksud tersirat entri ada dalam perenggan pertama...

4 comments:

Rai Says:
July 13, 2012 at 4:59 PM

haha..nice..ko kenal ke geng hijackers ni...

dasar bengap..! tapi bengap2 pun baca the sun weh..tak habis sekolah tapi tere baca paper omputeh..mcm bapak seseorang yg aku nampak gambar dia baca paper the star..hahaha...

Telor Power Says:
July 14, 2012 at 1:40 AM

aku masih tak faham apa motif mereka

SM Says:
July 14, 2012 at 7:03 PM

Rai : jangan main, diorang ni memang bengap bab hijack, tapi dulu kat sekolah pernah jadi star!

TP : budak-budak, biasa la...

faraherda. razalan Says:
July 16, 2012 at 3:06 PM

...selalu bdk star la jdk pojaan dak2 pompuan w'pun bengap.

=p