Pilih Kubur

| Wednesday, July 04, 2012 | |
Yang sebelah sana, sibuk berjuang bermati-matian demi menegakkan kesucian dan keluruhan kaum yang diwakilinya, agar tiada siapa yang berani mencemarkannya. Sampaikan apa yang orang lain kata dan buat semuanya salah. Mereka sahaja yang betul memandangkan perjuangan yang mereka kibarkan tu.


Yang sebelah hujung tu pulak, terlalu taksub sangat dengan institusi yang kononnya telah memayungi mereka selama ratusan tahun. Pantang kalau pemegang daulat mereka itu ditegur atau dikritik, maka akan beramai-ramailah mereka melenting sembilan kaki ke udara macam monyet terpijak taik sendiri. Geli kononnya. Seolah `payung' mereka itu sudah disucikan luar dan dalam hingga bertaraf maksum.


Ada lagi satu pulak, entah berapa kali hilang arah. Tak tau apa yang mereka sanjung. Sendiri tak faham dengan apa yang mereka pegang. Tapi kerapkali jugak berlagak kononnya mereka juga layak digelar jaguh yang memperjuangkan manusia-manusia bawahan.


Pada aku, entah la... Mereka punya mata, mereka punya rasa, mereka juga punyai hati untuk mentafsir. Sokonglah apa yang mereka percaya, sanjunglah siapa yang mereka rasa layak dan berjuanglah mengikut apa yang mereka faham. Kerana akhirnya apabila tiba saat nak mampus esok, aku yakin mereka pasti tak akan teragak-agak memilih untuk ditanam antara Tanah Perkuburan Islam atau Tanah Perkuburan Melayu.


Eh, ada ke Tanah Perkuburan Melayu ni? Kalau ada, aku orang pertama yang geleng kepala...
Sekian carutan pening kepala.


-Malam ni ada beberapa rancangan istimewa di History Channel sempena 4 July. Tahun lepas, 4 July disambut dengan kehadiran filem Transformers.

10 comments:

Nizam.Ariff Says:
July 4, 2012 at 12:43 PM

Hepi Independence Day to you...

SM Says:
July 4, 2012 at 12:44 PM

hahaha! kepala hangguk la... haha!!!

Nizam.Ariff Says:
July 4, 2012 at 2:11 PM

keh keh keh....
lu hantar perutusan ucap tahniah kepada Obama la.. .lu ganti pak jib yg sibuk berkempen nih....

faraherda. razalan Says:
July 4, 2012 at 3:21 PM

Terima hakikat, kita mmg berbangsa melayu. Syukur sbb kite dilahirkan Islam.

Tak yah serabut pala otak dgn diorang seme tu.

Akmal Hadi Says:
July 4, 2012 at 4:26 PM

Sy berbangga dan bersyukur kerana dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang automatik beragama Islam.

sepa Says:
July 4, 2012 at 5:57 PM

melayu adalah bangsa constitutional... hehehe.

Telor Power Says:
July 4, 2012 at 10:04 PM

aku sokong dengan akmal hadi dan MF tu

SM Says:
July 5, 2012 at 2:06 PM

Nizam : gua pun tengah sibuk berkempen sekarang ni! haha!

MF : aku syukur sebab diahirkan islam, tapi sedikit kesal dilahirkan melayu. serius shit!

Akmal : dulu aku pun macam tu.

sepa : hahaaa! genius comment...

TP : aku juga.

faraherda. razalan Says:
July 5, 2012 at 4:27 PM

Jgn kesal2. Apa yg ada pd kite ni kan semenya dah dirancang oleh-Nya. Perkara ni bukan pilihan kita. Dlm duniawi, kita tetap diiktiraf bangsa Melayu. Bukan setakat di negara kita je. Tapi seluruh dunia. Allah yg jadikan kita dtgnya dari bangsa Melayu. Kan? Apa yg ptt kita kesalkan, manusia sesama manusia yg memburukkan sesama sendiri. Mcm yg ko highlight dlm entri ko ni.

Ada baiknya kita pertahankan hak kita. Tapi dlm pertahankan hak kita tu, ada baiknya kita lihat bwh juga. Sbb kite ni msh selesa. Yg di bawah sana? MAybe ayat aku ni stereotaip. Maybe ko bosan. Tapi itulah hakikatnya.

Khennn?

SM Says:
July 5, 2012 at 4:54 PM

MF : pertahan tu pertahan la jugak. silakan. tapi biar kena pada cara dan duduk aturannya. jangan pertahan pada perkara yang dah terang tak betul. bikin jelik pandangan orang je.