Nasi Lemak Dato' Seri

| Thursday, July 19, 2012 | |

"Ok, dah siap?" Aku tanya pada ahli komplot yang duduk di sebelah kanan aku. Dia mengangkat sedikit keningnya dan menggerakkan kepala ke kanan seolah memberi isyarat `jom gerak' kepada aku. Kemudian, aku bingkas memisahkan permukaan bontot gebu aku daripada kerusi plastik berwarna merah dan berjalan ke arah bahagian dalam kedai makan yang aku kira tak sampai setahun digunakan. Kedai makan dengan nasi lemak sebagai menu utamanya dahulu bertempat di sebuah bangunan kayu beberapa puluh meter dari lokasi yang ada sekarang.


"Dik, kira semua." Arah aku pada mamat tukang ambil order a.k.a. tukang bancuh air a.k.a. cashier a.k.a. anak makcik tokey kedai a.k.a. bakal tokey tak lama lagi kot. Dia menganggukkan kepala namun tetap terus menghantar empat gelas minuman ke bahagian hadapan sebelum kembali mendapatkan aku yang berdiri di sebelah mesin daftar tunai.


"Nasi lemak enam, teh o suam dua." Kata aku manja kepadanya dengan harapan diberikan diskaun selari dengan taraf aku sebagai pelanggan tetap yang dua tahun sekali makan di situ.


Tap, tap, tap... Jejari runcingnya pantas menekan-nekan mata kekunci pada mesin daftar tunai. "Wah, sekarang dah pakai mesin pulak kedai ni. Dulu masa berniaga kat bangunan kayu sana tak silap aku kira manual je." Kata aku kepada diri sendiri.


"Enam ringgit empat puluh sen je." Kata mamat tu kepada aku.


Sebaik aku mengeluarkan wallet hitam pemberian Adele dari poket belakang Levi's pasar malam, lengan kanan aku tiba-tiba dicuit oleh seorang lelaki berkemeja putih yang datang entah dari mana. Raut wajahnya sederhana dan berkemungkinan sepuluh tahun lebih tua daripada aku.


Aku sedikit tercengang. Apahal pulak pagi-pagi main cuit tangan aku ni. Kalau ada pasang niat nak cabul aku, baik lupakan cepat sebab buruk padahnya. Silap-silap kepala otak tu aku boleh buat umpan ikan sepat kat tali air tepi jalan sana.


"Takpe, Dato' Seri bayar." Kata lelaki itu lembut kepada aku kemudian berpaling pula kepada mamat cashier tadi, "Dik, semua ni Dato' Seri bayarkan ye." Katanya lagi.


Eh, Dato' Seri mana pulak ni. Sepanjang jalan dari Kuala Selangor sampai la pekan Sekinchan sebelumnya takde pulak aku nampak tanda-tanda pelik kat langit mahu pun permukaan awan sebab hujan sentiasa renyai dan kadang-kala gerimis. Ah, pergi mati la Dato' Seri mana pun. Aku ada benda lain nak bikin. "Terima kasih encik..." Ikhlas aku ucapkan kata-kata terima kasih kepadanya walau pun aku tahu bukan duit dari wallet dia yang luak.


koma


Setelah sekian lama aku pendamkan hasrat untuk merasa nasi lemak paling power untuk ke sekian kalinya, pagi tadi akhirnya aku berkesempatan menjamah makanan yang aku idam-idamkan tu. Yang lebih menariknya, memang betul macam apa yang seorang Anonymous a.k.a. Anak Makcik Jual Nasi Lemak beritahu aku melalui komennya dalam dua entri sebelum ini (entri ini dan ini).


Premis yang sebelum ini hanya bertempat di sebuah bangunan kayu sekarang telah berpindah ke sebuah bangunan baru, bangunan konkrit sepenuhnya. Dengan dinding luar dan dalam bercat putih dan dihimpit oleh dua buah kedai runcit, nasi lemak ini masih lagi mengekalkan `keharuman aroma hati' yang sama macam dulu.


Aku sukakan sambal ikan bilis yang serba sederhana. Aku sukakan nasinya yang lembut dan panas serta comel di atas permukaan daun pisang. Aku sukakan daun pisang yang menjadi bahan pembungkusnya. Tapi malangnya, aku tak dapat merasai kopi tarik mamat ni pagi tadi sebab aku sedang mengalami sakit perut separa kronik sejak tengah malam sebelumnya. Mungkin angkara sambal belacan yang aku sebat kat food court Giant Bandar Kinrara. Cilakak betul!


Sedikit komen susulan :

  • Harga sebungkus nasi lemak yang meningkat daripada 60 sen kepada 80 sen sekarang telah aku maafkan kerana kuantiti dan kualiti masih kekal mengasyikkan macam dulu.
  • Simpati kepada mamat anak makcik jual nasi lemak ni yang menjawat pelbagai jawatan di sini. Terkejar-kejar ke sana-sini macam tikus mondok lagaknya. Makcik tak nak ambik pekerja ke? Tak pun anak-anak yang lain tak sudi ke menjerumuskan diri ke kancah perniagaan nasi lemak ni?
  • Tulisan jawi pada white board kecil yang tersandar pada stesen air iaitu
    ﺴﻠﻴﺮﺍ ﻤﻧﺠﺎﻣﻮ ﺴﻼﻣﺔ menarik perhatian aku. Sebijik macam tulisan aku masa sekolah dulu!
  • Aku sanggup tukarkan pakej penginapan sehari semalam di Hotel Hilton dengan nasi lemak makcik ni. 
  • Pagi ni pertama kali aku makan tiga bungkus nasi lemak dan pekena teh o suam yang Khir Toyo belanja!

Sekian...

9 comments:

Nizam.Ariff Says:
July 19, 2012 at 11:29 PM

apa pasal la ko tak bungkus barang 10-20 nasi lemak lagi...

SM Says:
July 19, 2012 at 11:40 PM

kalau aku tau dia yang duduk kat belakang aku tadi, memang aku tapau habis semua dengan warung seberang jalan sekali!

Telor Power Says:
July 20, 2012 at 2:01 AM

nanti aku dtg balik bro.
tenet mcm gampang habis

sepa Says:
July 20, 2012 at 12:21 PM

mamat yang jejari runcing, ko tak tanya ka namanyer...?!

blu4sky Says:
July 20, 2012 at 12:38 PM

salam SM,
huh dah lama tak singgah sini..
eii dato seri tu bukan makan tempe je ke mcm Cik NP kita..hehehhee...

anyway selamat mengerjakan ibadah puasa..

SM Says:
July 20, 2012 at 12:38 PM

TP : pakai la unify weh...

sepa : masa nak bangun rasa macam2 aku nak tanya, tapi bila kena cuit lengan, terus rasa syahdu...

Telor Power Says:
July 22, 2012 at 11:05 PM

SM : area sini unifi takde lagi

"selamat menjamu selera" tu sama dgn tulisan tangan ko? biar betul mesti anak makcik tu yg tulis kot

sedap sgt ker nasi lemak ni?

SM Says:
July 23, 2012 at 7:48 AM

TP : kebetulan je kot tulisan lebih kurang sama. pada aku inilah nasi lemak yang paling sedap.

SM Says:
July 23, 2012 at 7:49 AM

blu4sky : sori, tertinggal pulak kau punya komen. aku rasa dia bawak bekal tempe dari rumah kot. hahahaa!