Isteri Ketiga

| Tuesday, July 03, 2012 | |

Suami : Sayang, apa lagi yang tak cukup? Semuanya abang sudah sediakan. Banglo enam tingkat siap dengan dua tingkat basement parking dan kolam renang seluas padang ragi di lereng bukit. Empat buah kereta mewah yang salah satunya adalah edisi khas dan ada kurang sepuluh sahaja di dunia. Dua akaun luar negara atas nama sayang dengan deposit bulanan hampir suku juta setiap satu, dan sekarang abang sudah tak ingat berapa amaun semuanya. Rantai berlian dan gelang tangan rekaan daripada pereka terkenal dari kota London dan permata yang didatangkan dari Congo. Semuanya untuk sayang. Apa lagi yang tak cukup, beritahu abang...


Isteri Ketiga  : Abang silap, walau pun semuanya dah cukup pada perkiraan abang, tapi sayang masih ada satu lagi permintaan.


Suami: Ucapkanlah sayang, apa sahaja yang sayang impikan abang akan cuba tunaikan kecuali ketulan batu dari planet Marikh.


Isteri Ketiga  : Abang janji?


Suami : Ya sayang, abang janji dan sanggup melutut di hadapan ibu jari kaki sayang sekarang juga.


Isteri Ketiga : Sayang nak abang pergi dari hidup sayang sekarang. Tinggalkan sayang. Sayang dah jemu melihatkan seorang tua yang tak sedar diri macam abang ni. Boleh?


Suami : (segera mencapai telefon pintar untuk mendail ejen yang mengendalikan pakej umrah)

6 comments:

Lady Windsor Says:
July 3, 2012 at 8:11 PM

aku tak faham apa related abang kena pergi dari hidup sayang dengan mendail ejen pakej umrah..elaborate bleh tak?

Nizam.Ariff Says:
July 3, 2012 at 9:55 PM

berlian dari Congo?
blood diamond tu....


aku nak jadi bini no.4 lelaki tu boleh?

Telor Power Says:
July 4, 2012 at 1:26 AM

kehkehkeh hampeh punya bini.

SM Says:
July 4, 2012 at 12:23 PM

LW : aku malas nak explain.

Nizam : pergh, betul-betul jadi pujaan tu.

TP : laki dai pun sama hampeh jugak.

sepa Says:
July 4, 2012 at 6:05 PM

cabaran kehidupan seorang lelaki : harta dan wanita... wanita dan harta... hehehe...

kejap. aku nak teka endingnya...

isteri3 rasa dia dah cukup hartanya, tp kalau tak dak lelaki di belakangnya, kejap lg akan muflis jua.
suami pula sangat bersyukur kerana terlepas dari cengkaman wanita, tp tetap tak senang kalau tak dak wanita di sisi... maka isteri4 akan menjelma... melebihi yang isteri3...


eh. iyer ke.?!

SM Says:
July 5, 2012 at 2:07 PM

sepa : mak ai, kau punya ending melampaui aku punya jangkaan. best!