Fesyen Terkini Musim Raya, Hanya Di Jusco!

| Wednesday, July 25, 2012 | |

Persimpangan lampu isyarat Jalan Putra Permai - Persiaran Equine Perdana, berhampiran AEON Tama Equine, Seri Kembangan. Nak belok ke kanan. Memandangkan lampu merah dah menyala, aku berhenti dulu di antara sebuah kancil putih dengan sebuah vanette buruk lagi kurang menyelerakan. Pemandu kancil putih, seorang wanita yang aku kurang pasti umurnya. Mungkin dalam lingkungan awal 30-an. Kerja gomen agaknya, sebab ada tag berlambang 1Malaysia kat papan pemuka. Beberapa saat sebelum lampu hijau menyala, sekilas dia menoleh ke arah aku sambil di dalam hatinya berkata, "Eh, kelakar la. Apa pesen la pakai macam tu. Hik hik hik...".


Lebih kurang 20 minit kemudian. Persimpangan lampu isyarat Persiaran Puncak Jalil - Jalan Kinrara 6F, terpaksa berhenti lagi. Lampu isyarat hijau untuk kenderaan yang terus menuju Bukit Jalil masih belum menyala. Hampir seminit, datang lagi sebuah motosikal yang berhenti di sebelah kiri. Kali ini, tidak berhenti antara dua kenderaan sebab aku orang pertama yang sampai. Seorang lelaki berbaju belang hijau hitam lengan panjang. Tidak diketahui jenamanya. Dia berniat melihat lampu isyarat untuk kenderaan dari sebelah kiri, tapi pandangannya terhenti kepada aku sambil terdetik dalam hatinya, "Pergh, sempoi ar brader ni. Stylo siot! Barang apa ni? KHI bukan, ARC pun bukan, Apollo jauh sekali. Ini betul-betul rare. Nanti nak cari la kat Jalan Klang Lama kalau ada design baru macam ni."


Sepanjang hampir 15 minit lagi menghabiskan perjalanan, beberapa pengguna jalan raya yang lain juga sempat menoleh ke arah aku. Tetapi aku gagal membaca bisikan hati mereka kerana kilasan masa yang terlalu pantas, kurang daripada dua saat. Ada anak-anak kecil di dalam kenderaan besar berwarna kuning, ada awek skuter pakai skirt paras lutut, kaki kepit rapat dan ada jugak makcik-makcik yang sedang bertenggek di atas bangku konkrit bus stop.


Sesampai di rumah, bunyi belalang tempur mengejutkan Uncle Danish yang kebetulan sedang menyusun pasu bunganya. Sebaik memandang aku yang melangkah ke arahnya, dia segera mendongak dan tersengih. "Wah, cantik helmet," tegurnya.


"Design baru, helmet kumbang tanduk namanya," jawab aku sambil tersengih juga...
Sekian entri barang uzur...

9 comments:

bukankosong Says:
July 25, 2012 at 11:56 AM

muahaha

tetiba buruk nama company aku

faraherda. razalan Says:
July 25, 2012 at 12:01 PM

Gile ko. Dah sumbing pun, pakai g? Belilah baru. Adeehhh!

SM Says:
July 25, 2012 at 12:22 PM

bukankosong : sorry, aku cuma tolong promote je. hahahaa!

MF : aku sayang la wei. lagi pun pakai visor gelap ni mata aku tak silau. dah singgah dua kedai, tapi takde.

sepa Says:
July 25, 2012 at 1:26 PM

hah ha ha...

lawak eh ko.!

Lady Windsor Says:
July 25, 2012 at 2:38 PM

Ahhh ko buat aku teringat helmet lama aku yg sentiasa naik harga...ramai nak beli lepas aku bersara jadi pembonceng tapi ia barang rare, so dok dalam store je...

Nizam.Ariff Says:
July 25, 2012 at 3:03 PM

elok gak tu...
nampak batang hidung... senang nak bernafas... hehehe

SM Says:
July 26, 2012 at 12:04 AM

sepa : ini bukan cobaan!

LW : dah jadi barang rare, sebab tu aku sayang.

Nizam : cerdik jugak idea tu. cuma masalahnya kalau hari hujan la. lubang hidung aku ni dah la kembang macam mangkuk tomyam!

Anonymous Says:
July 26, 2012 at 12:31 AM

mangkuk tomyam? wakakakakaka...


LW

SM Says:
July 26, 2012 at 12:34 AM

LW : sebab tu aku suka lepak bawah fly over kalau time hujan.