Dua Detik Gembira

| Wednesday, July 11, 2012 | |
"Sebagai seorang lelaki dewasa, kita sepatutnya melalui dua detik yang paling kita takkan lupakan sepanjang hayat, hinggalah sebelum detik nyawa kita dicabut dari tubuh. Sesungguhnya, amat bertuahlah lelaki-lelaki yang pernah melaluinya. Lebih bertuah lagi jika kedua-dua saat indah itu memang dinanti-nantikan dengan usaha yang pelbagai.


Tetapi, amat malanglah bagi mereka yang menolak atau enggan melalui detik kegemilangan itu kerana telah membiarkan satu jurang lopong dalam hidupnya selagi dia bergelar lelaki dewasa.


Pertama, saat diijabqabulkan dengan pasangannya.


Kedua, ketika pertama kali mencium pipi anak kecilnya yang ditatang sendiri sebaik dilahirkan."


(gambar hiasan yang dicuri)


Hm, aku mengangguk kecil tanda setuju yang teramat sangat. Sangat-sangat. Lagi pun, sebagai lelaki dewasa, aku tak kisah mati muda asalkan aku dah pernah melalui dua detik yang menggembirakan ni.


Memang bodoh la bagi seorang lelaki (atau wanita) yang berkemampuan untuk menolak memiliki anak kecil dengan pelbagai alasan bodoh. Apa, nak mati sendiri? (juga gambar hiasan yang dicuri)


Sekian entri penghargaan kecil untuk lelaki bergelar bapa.

8 comments:

Nizam.Ariff Says:
July 11, 2012 at 10:43 AM

selamat hari bapa se malaysia....

lupa nak ucap...

Telor Power Says:
July 11, 2012 at 11:30 AM

ya betul gua sokong lu. jika berkemampuan mestilah jangan dilepaskan peluang begini.

SM Says:
July 11, 2012 at 12:48 PM

Nizam : hari-hari hari bapa, hari ibu, anak-anak... haha!

TP : heran gua dengan orang yang tak nak anak ni.

sepa Says:
July 11, 2012 at 6:08 PM

memang benar...
aku pernah mengalaminya... :)

Telor Power Says:
July 11, 2012 at 9:18 PM

pengaruh cara hidup barat kot, urban life katanya...mungkin mereka kurang sedar bahawa anak itu adalah anugerah



setahu gua, zaman mak pak kita dulu adik beradik punya lah ramai.
(atau famili kerabat wa saja ni)

Lady Windsor Says:
July 11, 2012 at 9:42 PM

laaa hari bapa ke hari ni beb, aku tak tahu langsung! ehh aku rasa nak gigit2 saja kaki kecik tu, tapi kaki besar tu kalau dapat aku pijak...best! mwahahaha..

SM Says:
July 13, 2012 at 3:16 PM

sepa : tahniah bro, lu memang antara lelaki bertuah.

TP : gua kenal dorang uncle tu. rumah dia banyak bela anjing. tapi dia tak suka ada anak, bising katany. hmm, gua tak faham.

LW : untuk kau, aku, dia dan mereka... hari-hari adalah hari bapa. nak gigit kaki anak orang, dah mintak izin ke ni?

Rai Says:
July 13, 2012 at 5:01 PM

jangan mati muda beb..kesian anak bini ko..melainkan kalau ko dah tinggal harta setengah juta utk diorang teruskan hidup..takpe la kalau ko niat nak mati muda pun...