Dowry

| Sunday, July 22, 2012 | |
"Zaman sekarang macamana dengan dowry, mahal tak?" aku soal.


"Tak tau la, itu ikut orang jugak. Tak semestinya kena ada." dia jawab.


"Habis, you punya dowry macamana?" aku soal lagi.


"Takde la bang. Rumah sudah ada, kereta ada, kerja pun ok. Apa nak mintak lagi. Lagi pun dia bukan orang kaya. Kita sama-sama dapat hidup, ok la," dia jawab lagi.


...itu lebih setahun dulu. Ya, perbualan setahun dulu beberapa hari sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan.


Aku tabik dengan pemikiran yang sebegitu rupa. Tidak mementingkan sangat soal material dan mengetepikan mana-mana adat yang menyusahkan serta tidak bersesuaian sama ada dari segi kemampuan atau aliran semasa. Tidak perlu menyewa dewan untuk majlis resepsi berharga ribuan ringgit semalam. Cukup dengan memasang tenda ringkas dengan dihadiri jemputan untuk acara makan malam. Hasilnya, mereka tetap dapat hidup normal macam orang lain. Tinggal di rumah teres setingkat, memandu kereta buatan Malaysia dan punyai pekerjaan yang biasa-biasa.


Kita? Ohya, aku dengar hantaran makin hari semakin tinggi sampaikan ada timbul cadangan supaya nilai hantaran tu digredkan mengikut taraf pelajaran calon pengantin perempuan. What the fuck? Fuck the duck...!


Oklah, aku nak ucapkan tahniah di atas kelahiran anak pertama mereka tiga minggu yang lalu. Bayi lelaki seberat 3.2 kg ketika dilahirkan yang diberi nama Rakesh. Aku lupa pulak nak tanya makna nama tu sebab asyik tengok baby tu kena sental dengan air mandian herba.


Adios kid!

11 comments:

Telor Power Says:
July 22, 2012 at 10:57 PM

bila difikirkan balik, ada baiknya juga

hanya hantaran dikalangan bangsa kita sahaja yg rasanya mcm "membunuh"

SM Says:
July 23, 2012 at 7:46 AM

TP : setahu aku, bangsa mereka kuat dengan pegangan adat. tapi rupanya golongan sekarang dah ramai yang cuba abaikan mana-mana yang menyusahkan. bangsa kita? masih ramai lagi yang berlumba-lumba nak menyusahkan orang.

Nizam.Ariff Says:
July 23, 2012 at 11:04 AM

segelintir menggunakannya untuk menunjuk-nunjuk... huh! mencik...

Ujie Says:
July 23, 2012 at 12:06 PM

Org slalu kata..hantaran kena tinggi sbb blnja knduri kawin mahal. Kalau gitu buatlah mjlis simple..atau knduri kesyukuran dgn hntaran rendah. Tp susah nk jumpa yg sanggup buat mjlis ringkas/kecil. Makanya hntaran tetap tinggi.

Tp saya bjaya lawan adat gitu..hntaran saya rendah dan mjlis ringkas..kalau boleh saya nk knduri kesyukuran je. Tp family tak bg la. (hehe..naik bakul angkat sndiri..).

SM Says:
July 23, 2012 at 12:49 PM

Nizam : ya, betul. macam nak berlumba-lumba pulak. dan kau punya `mencik' tu manja macam budak 15 tahun main fb. hahaha!

Ujie : yang penting buat (dan minta) la sekadar yang mampu. hidup berkeluarga ni bukan atas pelamin je, panjang lagi masa...

Nizam.Ariff Says:
July 23, 2012 at 2:08 PM

ye ke?
kadang2 aku memang muda-manja...

sepa Says:
July 23, 2012 at 2:09 PM

siapa itu yg perasan muda.?! uweeeks.

*hantaran penting... walau sikit walau banyak... :)

SM Says:
July 23, 2012 at 2:15 PM

Nizam : tolong hormati bulan ramadhan. hahahaa!

sepa : siapa lagi, kawan hang la.

reen afny Says:
July 23, 2012 at 9:58 PM

hmmm nak berapa ek untuk hantaran nanti. hahaha alaaa asalkan lepas kawen takde hutang sana sini sudah. buat simple2 sudah.. so hantaran pun nanti sikit la.

Telor Power Says:
July 24, 2012 at 12:13 AM

sokong kata2 ujie tu

SM Says:
July 24, 2012 at 10:08 AM

reen : kita yang muda ni (aku muda?) kebanyakannya memang tak kisah. cuma orang tua, saudara terdekat atau masyarakat setempat je akan bikin isu.

TP : aku sokong kau sebab kau sokong dia. hug2!