Di Bawah LED

| Friday, July 06, 2012 | |
Kepada encik guppy bertiga, harapnya dapatlah kamu hidup dengan rukun dan sentosa di bawah pancaran LED selama 24 jam tanpa henti. Jangan berani-berani nak ikut jejak langkah si Plecostomus tu pulak, sebab dunia luar sini yang kamu lihat dari dalam sana tidak seindah yang disangka. Percayalah!


Sekian entri ingatan untuk `haiwan ternakan'.


-pagi ini sejuk...

10 comments:

ஜ miss klanika ஜ Says:
July 6, 2012 at 10:04 AM

ikan guppy nie dulu penah jugak pelihara .

Rai Says:
July 6, 2012 at 10:34 AM

cantiknya bekas dia tu.. buat sendiri ke? teringin nak bela ikan kat rumah tapi takut bebudak tu terkam..kang niaya kat binatang..

Telor Power Says:
July 6, 2012 at 10:56 AM

lu macam nak pergi jauh jer....
siap pesan kat ternakan peliharaan lu lagi tu

Nizam.Ariff Says:
July 6, 2012 at 11:08 AM

bila besar sikit lagi bolehlah dibuat ganti ikan bilis...


keh keh keh

sepa Says:
July 6, 2012 at 12:15 PM

ingatkan akuarium nih besar. bila tengok mouse duk sebelah... kecik rupernya...

sinikal eh gambar nih.!
akuarium bertiang biru, ikan 3ekor, dlm ruang sempit, di bawah cahaya LED... dan berusaha hidup bersamasama... hehehe.

sepa Says:
July 6, 2012 at 12:16 PM

tengok gambar nih, teringat lakaranlakaran kartunis LAT. :)

SM Says:
July 6, 2012 at 12:44 PM

klanika : aku harap ikan ni sihat sebab kawan aku kata manja sikit nak bela.

Rai : beli kat kedai, dapat harga murah sebab kedai tu baru bukak. aku pun bela ikan kat rumah tapi pancing sendiri je kat longkang seksyen 7 shah alam, iak talapia. tahan lama.

TP : biasa la, nak cuti hujung minggu ni. kalau tak pesan karang takut pagi isni tengok dah dok dalam lubang jamban pulak.

Nizam : aku nak tunggu besar banyak, tu pun kalau sempat la.

sepa : kat ofis aku semua benda besar, mouse ni besar kucing, felas tu besar baldi, makcik sebelah ni pun mulut besar bas (banyak cakap!). ikan ni takde beza dengan kita jugak. weh, lat artis (artis sebenar, bukan artis nyanyi sumbang) idola aku tu.

Akmal Hadi Says:
July 6, 2012 at 4:15 PM

Bak mai sekoq bro..hehe

Anonymous Says:
July 6, 2012 at 6:17 PM

Akmal : sori, mereka tak dapat dipisahkan. dah janji sehidup semati.
-SM

Anonymous Says:
July 6, 2012 at 7:25 PM

guppy ni bukan manja sikit, manja over. lepas beranak je terus harakiri. silap gaya ngap anak yang kecik2 tu sama. aku bela 10 ekor, kuar anak berderu-deru tapi yang besar2 semua bunuh diri, habis tu sapa nak bela yg kecik..tak koser aku..aku nak bela piranha, tahu tak kat mana ada jual ikan ni?


LWindsor (gua malas nak login, nanti bos detect!)