The First Grader

| Monday, July 30, 2012 | 5 comments |
Kita semua ada
...hak
...cita-cita
...semangat
...dan keinginan.


Dan ada satu sifat dalam diri kita yang tidak perlu ada, tetapi seringkali tersembunyi hingga kita sendiri tidak sedar akan kehadiranya. Perasaan ingin gagal. Tak perlu ada walau pun wujud dinding setinggi empat Gunung Kinabalu merentang di depan muka kita. Pasti kita boleh melangkahi dinding itu kalau kita sendiri tidak meletakkan had pada kemampuan dan betul-betul berkeinginan.


Lepas tengok trailer filem ni, aku yakin aku boleh letakkan filem The First Grader ni sebagai salah satu filem terbaik.




Sekian entri penuh kagum.


-Eh, kat Kenya ada polisi pendidikan percuma? Hebat. Sebab kat Malaysia sendiri nak hantar anak masuk taska pun dah beratus ringgit. Kimbet betul!

Analisis Faktor Utama Penceraian Bagi Pasangan Muda Di Malaysia Serta Cadangan Menyelesaikannya

| | 8 comments |
SATU


Nama aku, Nik Burhanuddin. Teman-teman aku ramai yang memanggil aku dengan nama Nik sahaja manakala pekerja-pekerja aku sudah semestinya memanggil aku dengan nama `bos' kerana aku yang membayar gaji mereka setiap bulan. Pagi ini aku perlu menghadirkan diri ke sebuah tapak projek untuk briefing berkenaan tender membina dewan sekolah di sebuah daerah di pekan Tanjung Karang. Jadi, aku telah keluar dari rumah seawal jam 7:00 pagi untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di sekitar Damansara dan Sungai Buloh dengan ditemani oleh pemandu aku, Sulaiman.


Perjalanan berjalan lancar walau pun cuaca agak kurang menyenangkan kerana hujan lebat yang turun sejak lewat malam tadi masih belum reda sepenuhnya. Sejam duduk di kusyen belakang Lexus GS350 iaitu kereta kedua aku tahun ini, badan aku mulai terasa sejuk membeku. Mujur trafik berjalan lancar dan tidak terganggu oleh hujan pagi ini. Tambahan pula, hampir tidak terdapat langsung penunggang motosikal yang biasanya mencelah antara kenderaan dan sekaligus mengganggu fokus pemanduan Sulaiman. Mungkin kerana hujan, jadi mereka selesa berteduh di bawah jejantas pejalan kaki dan kaki lima kedai yang masih belum memulakan perniagaan. Elok juga begitu.


Tengahari, aku sudah sedia sampai di pejabat aku yang terletak di sebuah bangunan baru empat tingkat di Kepong. Syarikat pembinaan yang aku miliki baru berpindah ke pejabat baru yang lebih selesa ini lebih kurang dua bulan lalu. Dengan kemudahan persekitaran yang lengkap seperti tempat letak kereta yang dikhaskan untuk aku, restoran francais di tingkat bawah serta stesen bas dan teksi berhampiran, memudahkan urusan pergi dan balik pekerja aku dari rumah ke pejabat. Hari masih lagi awal. Disebabkan sekarang adalah bulan Ramadhan, jadi tiadalah sesi makan-makan selepas selesai sesi briefing pagi tadi. Kalau tidak, mungkin agak lama juga aku, beberapa konsultan dan pegawai dari kementerian berborak. Jadi, kami masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja sebaik urusan dokumentasi selesai. Hari ini aku berhajat membenarkan para pekerja aku pulang lebih awal untuk memberi peluang kepada mereka berbuka bersama keluarga tanpa perlu tergesa-gesa menyiapkan hidangan atau mencari juadah di bazaar ramadhan.


Di rumah, isteriku seorang suri rumah sepenuh masa sudah siap menyediakan hidangan berbuka puasa dengan dibantu oleh orang gaji kami yang baru dari Indonesia. Mengikut perancangan, petang ini sesi berbuka puasa kami akan disertai oleh Dato' Jamil sekeluarga kerana kelmarin Dato' Jamil telah mempelawa kami berbuka bersama mereka di Le Meridien. Jadi sebagai balasannya, aku sengaja menjemput mereka sekeluarga merasa hidangan berbuka dari resepi istimewa isteriku. Sejak aku mengahwininya di Cannes lebih dua puluh tahun lalu, dia tetap seorang yang rajin memasak dan memang itulah obsesinya, makanan. Hingga kini dia telah menulis tiga buah buku koleksi masakan tempatan dan barat, tetapi hanya diterbitkan secara kecil-kecilan serta dijual secara dalam talian sahaja.


Jam baru menunjukkan pukul 7 petang. Ada lebih kurang setengah jam lagi sebelum masuknya waktu berbuka. Keluarga Dato' Jamil dijangka akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Setelah siap membersihkan diri, aku duduk di atas sofa berhadapan set teater rumah untuk menonton beberapa rancangan tv yang mungkin menarik. Di hujung sudut sana, anak bongsu aku Danish sedang asyik berkomunikasi dengan abangnya yakni anak sulungku yang kini berada di Nottingham melalui laman sosial. Biarkanlah, mereka pun sudah lama tidak berjumpa. Manakala anak kedua aku, Irma tiada di rumah kerana memenuhi jemputan berbuka puasa oleh fakulti pengajiannya.


Mujur juga rumah aku petang ini bakal dikunjungi oleh Dato' Jamil sekeluarga, kalau tidak pasti suasana agak sunyi berbanding biasa kerana banglo tiga tingkat di atas tanah seluas setengah ekar ini tidak mampu dipenuhi oleh suara kami.


Beberapa minit meneliti isi kandungan berita yang tersiar di saluran 107, mata aku terpaku melihat ribuan manusia yang sedang merayakan satu majlis anjuran satu parti politik utama negara. Dengan lautan manusia yang begitu meliputi dataran permukaan tanah, aku begitu kagum dengan keharmonian yang berjaya mereka tunjukkan. Langsung tiada keganasan yang dipaparkan. Semua orang bersama-sama menyanyikan lagu tema dengan wajah riang. Ada juga yang menari sambil berpelukan sesama pasangan. Perasaan aku bertambah tenang.


Lantas hati aku memanjatkan kesyukuran kerana keamanan yang aku nikmati di negara sendiri ini amatlah tiada tolok bandingnya.




DUA


Nama aku Fadil. Aku adalah seorang penjawat awam yang bertugas sebagai juruteknik berkuasa tempatan di Kuala Selangor. Telah lebih lima tahun aku bertugas di situ sejak ditukarkan dari Shah Alam. Hari ini, seperti hari-hari sebelumnya aku menunggang motosikal Honda EX5 model tahun 1998 pemberian arwah ayah aku dahulu. Walau pun hujan masih lagi renyai dan sukar untuk mengetahui bila akan berhenti kerana waktu masih lagi awal pagi, aku tetap juga meneruskan hajat untuk ke tempat kerja. Apa kan daya, aku perlu sampai tepat pada masanya ke pejabat untuk mengelakkan laporan punch card bulanan tertulis nama aku untuk bulan ini sebagai pekerja yang bermasalah.


Berbekalkan baju hujan jenama OUA yang dibeli dari supermarket berhampiran, aku meneruskan perjalanan ke tempat kerja sejauh 12 kilometer yang dirasakan semakin jauh. Ini kerana aku terpaksa menunggang dengan lebih berhati-hati memandangkan visor yang aku pakai telah pun kabur dan juga bagi mengelak kereta yang sesekali meluncur laju di sebelah aku. Aku tidak mahu terlibat di dalam kemalangan ngeri seperti yang berlaku betul-betul di hadapan mata aku petang semalam di mana seorang lelaki telah digilis oleh sebuah bas sekolah setelah bergesel dengan sebuah kereta. Aku kira, pemandu kereta itu tidak menyedari akan kemalangan itu kerana cuaca yang juga buruk seperti ini.


Di tempat kerja, walau pun aku berjawatan juruteknik, tetapi pendapatan bulanan aku adalah antara yang paling sedikit berbanding pekerja teknikal yang lain kerana aku hanya memiliki sijil dari sebuah politeknik. Oleh sebab itu, aku tidak pernah terfikir untuk memiliki kereta walau aku kini telah memiliki tiga orang anak berumur antara tiga hingga lapan tahun. Desakan demi desakan oleh isteri aku selama ini aku hanya buat tidak endah sahaja kerana dalam fikiran aku, ada perkara yang perlu aku bahagikan daripada gaji RM1268.55 yang aku terima seperti sewa bulanan berjumlah RM450, bil elektrik berjumlah RM50, hutang peti sejuk dan mesin basuh dari Court Mammoth berjumlah RM300, perbelanjaan persekolahan anak sulung aku, hutang PTPTN dan juga yang lebih penting duit untuk membuatkan dapur aku berasap. Mujur juga aku tidak perlu membayar bil air walau pun hanya beberapa ringgit.


Tambah malang lagi, isteri aku baru sahaja menjadi mangsa ragut minggu lalu ketika sedang menuju ke pasar pagi. Habis baki perbelanjaan dapur kami yang disimpan di dalam beg tangannya lesap. Itu bukan kali pertama kejadian tersebut menimpa isteri aku, malah sudah banyak juga kes yang sama berlaku di sekitar kediaman kami. Entah di mana silapnya, pondok polis yang tersergam di simpang jalan masuk ke rumah kami sering tidak berpenghuni. Jika tidak, pasti kejadian minggu lalu tidak berlaku kerana jarak kejadian itu dengan pondok polis hanya beberapa puluh meter sahaja. Kebetulan pula, malam sebelumnya rumah jiran aku yang terletak selang dua buah rumah telah dimasuki perompak. Habis semua barang berharga dan wang tunai dikebas. Namun, mujurlah mereka sekeluarga tidak diapa-apakan, hanya dikurung di bilik tidur hingga pagi.


Tidak ada apa-apa yang menarik berlaku sepanjang hari ini di tempat kerja melainkan aku telah disuruh oleh pegawai kanan aku untuk menggantikannya menghadiri sesi briefing di sebuah sekolah yang aku tidak tahu di mana. Tetapi arahan tersebut terpaksa aku ingkari kerana jarak perjalanan dari pejabat ke tapak projek itu pasti akan memakan lebih separuh isi di dalam tangki minyak motosikal aku. Aku tidak boleh membiarkan ini berlaku kerana kiraan matematik yang aku lakukan bagi perbelanjaan minyak petrol sudah cukup lengkap hingga tibanya hari gaji.


Petangnya, setibanya aku di rumah, segala keletihan saraf aku dapat dilegakan sebaik aku merebahkan tubuh ke atas tikar getah di tengah ruang tamu dengan kepala beralaskan bantal kekabu sambil menunggu waktu berbuka. Jari-jari tanganku masih terasa sejuk kerana kombinasi suhu sejuk janaan penghawa dingin di pejabat sepanjang hari dan hujan gerimis yang menemani aku sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Petang ini aku hanya mandi dengan ala kadar sahaja. Cukup untuk menyegarkan badan seadanya.


Anak bongsu aku Nurul Ain pula sedang asyik menconteng-conteng ke atas sekeping kertas bekas pembalut sayur sawi di sebelahku. Kasihan dia, dia adalah anak kecil yang amat suka melukis tetapi malangnya selalu menggunakan peralatan lukisan dan kertas lukisan terpakai milik kakaknya, Sara. Bukannya aku enggan membelikannya bahan yang baru, tetapi aku sering sahaja keputusan wang setiap kali dia membuka mulut untuk meminta aku membelikannya itu dan ini. Tidak mengapa, aku harap bonus pada tahun ini dapatlah aku membelikannya sesuatu. Itu pun jika masih berbaki setelah ditolak dengan baju raya mereka tiga beradik.


Ketika mata aku hampir terlelap, tiba-tiba lapisan kanta mata aku tertumpu pada visual segerombolan umat manusia yang berhimpit-himpit di kaca tv aku. Aku cuba menggosokkan mata aku agar pandangan aku lebih jelas, namun tindakan aku itu tidak mendatangkan banyak perbezaan. Kekaburan yang amat nyata itu berpunca daripada antena tv aku yang sudah senget di atas bumbung sana. Kata kawan aku, aku patut melanggan Asstro kerana siarannya lebih jelas walau pun dalam keadaan hujan gerimis seperti sekarang. Tetapi aku tetap juga enggan kerana bayaran bulanan paling rendah sebanyak RM37.95 adalah suatu yang mahal pada aku.


Setelah mata aku meneliti visual dan telinga aku mengamati audio yang kurang jelas, barulah aku sedar manusia-manusia di dalam kaca tv sana sedang berhimpun meraikan sesuatu acara yang aku sendiri kurang jelas akan tujuannya. Salah satu teks yang dapat mata aku tangkap di bahagian bawah skrin tv aku adalah `bukti keamanan' atau entah apa agaknya.


Oh, mungkin mereka sedang berpesta meraikan keamanan yang negara sedang kecapi sekarang. Ah, aku peduli apa. Yang penting sekarang, aku terlupa untuk bertanyakan kepada isteri aku di dapur tentang beras yang tinggal sedikit semalam.




Sekian...


-tajuk sebenar entri ini adalah `Menikmati Keamanan'.
-suka hati aku la nak bubuh tajuk apa pun, hahahaaa...!

Puzzle

| Friday, July 27, 2012 | 3 comments |
Sekarang ni bila kat ofis, aku jarang ada masa lapang yang betul-betul lapang macam hari ni. Kalau sekejap lapang, sekejap sibuk tu memang selalu la. Sekejap bangun, sekejap duduk, sekejap tidur.


Jadi, untuk mengisi masa lapang petang-petang Jumaat ni aku habiskan masa dengan merayau dalam internet dan secara tak sengaja telah jatuh cinta dengan satu web site. Web site yang membuatkan aku tersesat jauh. Makin lama aku redah, makin menarik pulak rasanya.


Ini adalah kesesatan yang aku sukai sebab aku tak perlu memaksa diri aku sendiri untuk mencari titik pulang. Biarkan. Aku suka hilang arah dalam dunia ni sebentar.


Jalan punya jalan, merayau punya merayau... Aku singgah sekejap kat satu section sebab rasa syok pulak menggentel benda ni. Boleh bikin ketagih. Lepas siap satu, aku buat yang lain pulak.
Keterangan gambar : This potrait was taken in Namecuna, a tiny village in a remote corner of northern Mozambique. I met this beautiful little girl as she was walking back home with her mother and baby brother. They'd spent the morning washing clothes in the nearby river. - Photo and caption by Lianna Scholes


Memang stim abis buat benda ni! Sekian...


-aku jumpa kat sini.

Bumi Berseni

| | 7 comments |
Aku selalu godek Google Map. Kebanyakannya adalah bertujuan nak cari laluan atau lokasi tempat-tempat yang aku tak pernah pergi atau tak familiar seperti tempat kenduri kahwin, port mancing, tempat menarik yang tak ramai orang tau dan jugak atas sebab kerja.


Satu perkara yang baru aku perasan adalah, sememangnya ciptaan Allah tu sangat-sangat cantik kalau kita pandai mencari sudut yang terbaik untuk menelitinya.


Ini buktinya... Keputusan undian dalam pemilihan yang dimuatkan dalam  laman web National Geographic sempena ulangtahun NASA yang ke-40.


Tempat ke-5, Lake Eyre.

Tempat ke-4, Algerian Abstract.

Tempat ke-3, Meandering Mississippi.

Tempat ke-2, Yukon Delta.

Tempat pertama, Van Gogh From Space.

Sekian.


-aku jumpa kat sini.

Kaki Kipas

| Thursday, July 26, 2012 | 9 comments |

Lekiu: Sultan Melaka menghidap penyakit angin pasang. Tiada angin dalam istana dan sentiasa panas keadaannya. Maka Tuah dipanggil kerana dia manusia perkasa seluruh Melaka.
Lekir: Tapi mengapa Tuah yang dipanggil olehnya?
Kasturi: Tidakkah adinda terfikir dengan kepantasannya itu, dia dapat mengipas Raja menggunakan tangannya sahaja! Menyebabkan seluruh istana berhawa dingin!
Lekir: Maka dipecatnya dayang yang selalu mengipas di singgahsana?
Kasturi: Benar, adinda.
Lekir: Barulah adinda mengerti. Ternyata Tuah bukanlah seorang yang adinda kagumi lagi!


-salah satu dialog dalam Teater Juta-Juta, sumber di sini


Baiklah, sejak aku kenal serba sedikit hidup dalam puluhan tahun ni, salah satu spesis yang mampu membuatkan urat menyampah aku mencanak naik adalah golongan `kaki kipas'. Dan aku ada menonton satu video mengarut dalam salah satu blog sinikal yang berkaitan secara langsung dengan mereka.




Hahahaaa....! Aku gelak je dalam hati tengok gelagat masing-masing. Macam gampang...


Sekian entri sampah-menyampah

Sesak

| | 15 comments |
.
Kalau bulan puasa je, mesti jalan sesak teruk. Eeeeiii, geram betul!
.
Yela, semua pakat balik awal. Keluar sekali serentak.
.
Tapi yang bukan puasa pun nak ikut berebut-rebut balik jugak. Sibuk betul.
.
Dah dapat peluang balik awal, diorang pun join la semangkuk.
.
Tak aci la macam tu. Bukannya diorang nak berbuka pun. Tu pun nak sibuk.
.
Kira aci la. Abis tu, kalau cuti raya diorang, kita pun sakan jugak sibuk-sibuk balik kampung. Sampai jem plaza tol.
.
Sudah lah!
.

Fesyen Terkini Musim Raya, Hanya Di Jusco!

| Wednesday, July 25, 2012 | 9 comments |

Persimpangan lampu isyarat Jalan Putra Permai - Persiaran Equine Perdana, berhampiran AEON Tama Equine, Seri Kembangan. Nak belok ke kanan. Memandangkan lampu merah dah menyala, aku berhenti dulu di antara sebuah kancil putih dengan sebuah vanette buruk lagi kurang menyelerakan. Pemandu kancil putih, seorang wanita yang aku kurang pasti umurnya. Mungkin dalam lingkungan awal 30-an. Kerja gomen agaknya, sebab ada tag berlambang 1Malaysia kat papan pemuka. Beberapa saat sebelum lampu hijau menyala, sekilas dia menoleh ke arah aku sambil di dalam hatinya berkata, "Eh, kelakar la. Apa pesen la pakai macam tu. Hik hik hik...".


Lebih kurang 20 minit kemudian. Persimpangan lampu isyarat Persiaran Puncak Jalil - Jalan Kinrara 6F, terpaksa berhenti lagi. Lampu isyarat hijau untuk kenderaan yang terus menuju Bukit Jalil masih belum menyala. Hampir seminit, datang lagi sebuah motosikal yang berhenti di sebelah kiri. Kali ini, tidak berhenti antara dua kenderaan sebab aku orang pertama yang sampai. Seorang lelaki berbaju belang hijau hitam lengan panjang. Tidak diketahui jenamanya. Dia berniat melihat lampu isyarat untuk kenderaan dari sebelah kiri, tapi pandangannya terhenti kepada aku sambil terdetik dalam hatinya, "Pergh, sempoi ar brader ni. Stylo siot! Barang apa ni? KHI bukan, ARC pun bukan, Apollo jauh sekali. Ini betul-betul rare. Nanti nak cari la kat Jalan Klang Lama kalau ada design baru macam ni."


Sepanjang hampir 15 minit lagi menghabiskan perjalanan, beberapa pengguna jalan raya yang lain juga sempat menoleh ke arah aku. Tetapi aku gagal membaca bisikan hati mereka kerana kilasan masa yang terlalu pantas, kurang daripada dua saat. Ada anak-anak kecil di dalam kenderaan besar berwarna kuning, ada awek skuter pakai skirt paras lutut, kaki kepit rapat dan ada jugak makcik-makcik yang sedang bertenggek di atas bangku konkrit bus stop.


Sesampai di rumah, bunyi belalang tempur mengejutkan Uncle Danish yang kebetulan sedang menyusun pasu bunganya. Sebaik memandang aku yang melangkah ke arahnya, dia segera mendongak dan tersengih. "Wah, cantik helmet," tegurnya.


"Design baru, helmet kumbang tanduk namanya," jawab aku sambil tersengih juga...
Sekian entri barang uzur...

ASS-tro

| Tuesday, July 24, 2012 | 11 comments |
RM0.00 Dari ASSTRO - Akaun anda telah tertunggak. Bayaran awal digalakkan untuk menikmati siaran program. T/Kasih jika bayaran telah dibuat.
From : 66300
Date : 24/07/2012
Time : 12:15 pm
Type : Text message


...gua dah bayar la cilake!

Talking Shit

| | 4 comments |
Walk the talk, please walk the talk... 
And do not talk while you are walking like a Gerak Khas fucking idiots! Hahahaa! 
Salam ramadhan untuk para penguasa yang sedang berpuasa. 
Sekian...

Bijak vs Pandai

| Monday, July 23, 2012 | 10 comments |

Pandai : Weh, dulu masa study lu berlagak sangat dengan gua kan sebab selalu dapat 4 flat.


Bijak : Ha, tau takpe. Gua lahir je memang dah cerdik.


Pandai : Ok, kalau macam tu lu jawab soalan geografi gua ni.


Bijak : Silakan, soalan sains darjah 6 pun gua tak heran.


Pandai : Katakanlah gua duduk kat apartment Seksyen 7, Shah Alam yang sebelah sekolah tu. Kalau gua nak pergi i-City ikut gate depan, ada berapa simpang gua kena tempuh kalau ikut laluan paling dekat?


Bijak : Lapan kot.


Pandai : Salah!


Bijak : Habis tu berapa?


Pandai : Sorry, gua tak biasa berkawan dengan orang bodoh yang mengaku pandai ni. Chow!

Bijak : Gampang...!

Sembilan Belas Kali

| | 16 comments |

Kepada lelaki ini, kalau berpeluang aku nak tanya kepada dia secara berdepan dan aku pun nak dia jawab secara berdepan jugak. Adakah kau rasa bangga dengan jumlah kumulatif yang kau berjaya kumpul tu? Berkahwin itu bagus, tetapi adakah bercerai itu juga bagus? Ohya, kalau dia tidak memberikan jawapan yang membuatkan aku berpuas hati, aku sudah sediakan sepasang penumbuk buat santapan wajahnya hingga lebam!


Tolong jangan dihebohkan pasal perkahwinan dan perceraian kau yang berlipat kali ganda banyaknya berbanding lelaki normal yang lain. Aku tak suka. Aku tak suka kerana aku adalah seorang lelaki dewasa yang terhasil daripada ibu bapa yang bercerai sejak aku belum kenal dunia luar lagi. Kau takkan faham sangat betapa sakitnya menjadi anak yang mempunyai ibu tak bersuami atau bapa tak beristeri. Jadi, jumlah itu bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan sebaliknya menjadi bahan renungan kenapa Tuhan berikan kau ujian yang unik sebegitu.


Sekian salam ramadhan untuk lelaki yang suka kahwin cerai.


-sumber sini
-hati aku panas baca laporan macam ni, sial!
-aku tak suka dengan entri aku sendiri ni.

Tema Macam Gampang

| | 7 comments |

1976, tema Hari Kebangsaan pada tahun itu adalah `Ketahanan Rakyat' yang memaparkan logo berbentuk lima lembaga manusia dalam fromasi satu bulatan melingkungi perkataan 31 Ogos berwarna kuning, dengan dilatari warna biru. Logo seperti rebana ini sepenuhnya menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan, mencerminkan lima prinsip dalam Rukun Negara serta melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu untuk tujuan kemakmuran dan keselamatan negara.


Baiklah, aku lompat tiga tahun ke hadapan kerana logo Hari Kebangsaan pada tahun 1979 ini agak ringkas tetapi mempunyai unsur geometri yang sedikit kompleks, terutamanya kalau aku adalah pelajar darjah enam yang cuba menyertai pertandingan lukisan peringkat sekolah. Masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu perpaduan antara rakyat dalam mencapai misi memajukan negara selain unsur-unsur prinsip dalam Rukun Negara.


Dan dalam banyak-banyak tu, aku paling suka dan jatuh cinta pandang pertama secara paksa dengan logo untuk Hari Kebangsaan pada tahun 1995. Kenapa, sebab kelihatan lebih segar dan ringkas serta tidak bercelaru dengan bulatan-bulatan atau objek-objek berbentuk lembaga yang macam gampang. Dari situ, aku dapat agak kreativiti si pereka logo ini yang tersekat (mungkin?) berdasarkan bentuk bunga tetapi lebih berfigura seperti letusan bunga api yang cuba menjulang ke langit. Sesuatu yang ringkas itu adalah yang terbaik. Selain gabungan tiga warna primer yang mempunyai paksi simetri dalam susunannya, bentuk `bunga pancuran' ini juga aku boleh anggap sebagai sesuatu yang mempunyai seni simboliknya tersendiri.


Tema yang dibawakan iaitu `Jatidiri Penggerak Wawasan' juga masih mengekalkan keharmonian dengan logo iaitu perlambangan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara, nilai-nilai murni dan keberanian dalam menempuh cabaran oleh rakyat.


Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku sangat-sangat tak berkenan dengan tema Hari Kebangsaan. Macam siot pun ada. Dah la logo pun tak sekreatif mana, asyik recycle dari sumber-sumber sebelum, tema pun ada semacam rasa mintak tumbuk muka sendiri je. Terbaru, aku dengar tema Hari Kebangsaan tahun 2012 ni adalah `Janji Ditepati'.


Eh, ada semacam sesuatu yang tak kena je kat situ. Selama ni (sehingga tahun 2008) kesemua tema yang aku nampak lebih condong kepada rakyat. Unsur yang penting macam permuafakatan, kerjasama, toleransi, pengekalan budaya lokal atau pembentukan semangat sesama kita dah langsung ditiadakan. Apa yang ketara, tema untuk tahun ni lebih kepada nak berlagak. Ya, berlagak.


Tahun depan elok sangat kalau guna tema macam ni... `Janji Manisku'.


Sekian.


-ini bukan entri anti-pemerintah!
-sumber logo dan tema dari sini..

Dowry

| Sunday, July 22, 2012 | 11 comments |
"Zaman sekarang macamana dengan dowry, mahal tak?" aku soal.


"Tak tau la, itu ikut orang jugak. Tak semestinya kena ada." dia jawab.


"Habis, you punya dowry macamana?" aku soal lagi.


"Takde la bang. Rumah sudah ada, kereta ada, kerja pun ok. Apa nak mintak lagi. Lagi pun dia bukan orang kaya. Kita sama-sama dapat hidup, ok la," dia jawab lagi.


...itu lebih setahun dulu. Ya, perbualan setahun dulu beberapa hari sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan.


Aku tabik dengan pemikiran yang sebegitu rupa. Tidak mementingkan sangat soal material dan mengetepikan mana-mana adat yang menyusahkan serta tidak bersesuaian sama ada dari segi kemampuan atau aliran semasa. Tidak perlu menyewa dewan untuk majlis resepsi berharga ribuan ringgit semalam. Cukup dengan memasang tenda ringkas dengan dihadiri jemputan untuk acara makan malam. Hasilnya, mereka tetap dapat hidup normal macam orang lain. Tinggal di rumah teres setingkat, memandu kereta buatan Malaysia dan punyai pekerjaan yang biasa-biasa.


Kita? Ohya, aku dengar hantaran makin hari semakin tinggi sampaikan ada timbul cadangan supaya nilai hantaran tu digredkan mengikut taraf pelajaran calon pengantin perempuan. What the fuck? Fuck the duck...!


Oklah, aku nak ucapkan tahniah di atas kelahiran anak pertama mereka tiga minggu yang lalu. Bayi lelaki seberat 3.2 kg ketika dilahirkan yang diberi nama Rakesh. Aku lupa pulak nak tanya makna nama tu sebab asyik tengok baby tu kena sental dengan air mandian herba.


Adios kid!

Soalan Panas

| | 8 comments |
Ada satu soalan:
Ustaz, batalkah puasa kita kalau anggota badan kita tertusuk sesuatu seperti pisau hingga berdarah?


Soalan lain pulak:
Apakah hukumnya kalau kita terminum air tanpa sengaja ketika sedang mengangkat wudhu'?


...aku rasa sedikit simpati kepada ustaz kat TV1 awal pagi tadi sebab terpaksa berhadapan dengan soalan-soalan taraf aku darjah dua dulu. Kemon la, korang dah dapat peluang nak ajukan soalan menerusi televisyen nasional kepada seorang ustaz yang pastinya bukan calang-calang, takkan nak bagi soalan yang imam kat surau aku pun boleh jawab sambil sengih je. Senak perut aku! Apa pun, menonton saluran RTM1 awal-awal pagi memang syok sebelum boleh sambung tidur.


Nasib baik takde soalan ni:
wassup ustaz, klu kte tkentut dlm air btl x pose kte?


Kepala bongok betul la.


Sekian entri pagi ramadhan...

Nasi Lemak Dato' Seri

| Thursday, July 19, 2012 | 9 comments |

"Ok, dah siap?" Aku tanya pada ahli komplot yang duduk di sebelah kanan aku. Dia mengangkat sedikit keningnya dan menggerakkan kepala ke kanan seolah memberi isyarat `jom gerak' kepada aku. Kemudian, aku bingkas memisahkan permukaan bontot gebu aku daripada kerusi plastik berwarna merah dan berjalan ke arah bahagian dalam kedai makan yang aku kira tak sampai setahun digunakan. Kedai makan dengan nasi lemak sebagai menu utamanya dahulu bertempat di sebuah bangunan kayu beberapa puluh meter dari lokasi yang ada sekarang.


"Dik, kira semua." Arah aku pada mamat tukang ambil order a.k.a. tukang bancuh air a.k.a. cashier a.k.a. anak makcik tokey kedai a.k.a. bakal tokey tak lama lagi kot. Dia menganggukkan kepala namun tetap terus menghantar empat gelas minuman ke bahagian hadapan sebelum kembali mendapatkan aku yang berdiri di sebelah mesin daftar tunai.


"Nasi lemak enam, teh o suam dua." Kata aku manja kepadanya dengan harapan diberikan diskaun selari dengan taraf aku sebagai pelanggan tetap yang dua tahun sekali makan di situ.


Tap, tap, tap... Jejari runcingnya pantas menekan-nekan mata kekunci pada mesin daftar tunai. "Wah, sekarang dah pakai mesin pulak kedai ni. Dulu masa berniaga kat bangunan kayu sana tak silap aku kira manual je." Kata aku kepada diri sendiri.


"Enam ringgit empat puluh sen je." Kata mamat tu kepada aku.


Sebaik aku mengeluarkan wallet hitam pemberian Adele dari poket belakang Levi's pasar malam, lengan kanan aku tiba-tiba dicuit oleh seorang lelaki berkemeja putih yang datang entah dari mana. Raut wajahnya sederhana dan berkemungkinan sepuluh tahun lebih tua daripada aku.


Aku sedikit tercengang. Apahal pulak pagi-pagi main cuit tangan aku ni. Kalau ada pasang niat nak cabul aku, baik lupakan cepat sebab buruk padahnya. Silap-silap kepala otak tu aku boleh buat umpan ikan sepat kat tali air tepi jalan sana.


"Takpe, Dato' Seri bayar." Kata lelaki itu lembut kepada aku kemudian berpaling pula kepada mamat cashier tadi, "Dik, semua ni Dato' Seri bayarkan ye." Katanya lagi.


Eh, Dato' Seri mana pulak ni. Sepanjang jalan dari Kuala Selangor sampai la pekan Sekinchan sebelumnya takde pulak aku nampak tanda-tanda pelik kat langit mahu pun permukaan awan sebab hujan sentiasa renyai dan kadang-kala gerimis. Ah, pergi mati la Dato' Seri mana pun. Aku ada benda lain nak bikin. "Terima kasih encik..." Ikhlas aku ucapkan kata-kata terima kasih kepadanya walau pun aku tahu bukan duit dari wallet dia yang luak.


koma


Setelah sekian lama aku pendamkan hasrat untuk merasa nasi lemak paling power untuk ke sekian kalinya, pagi tadi akhirnya aku berkesempatan menjamah makanan yang aku idam-idamkan tu. Yang lebih menariknya, memang betul macam apa yang seorang Anonymous a.k.a. Anak Makcik Jual Nasi Lemak beritahu aku melalui komennya dalam dua entri sebelum ini (entri ini dan ini).


Premis yang sebelum ini hanya bertempat di sebuah bangunan kayu sekarang telah berpindah ke sebuah bangunan baru, bangunan konkrit sepenuhnya. Dengan dinding luar dan dalam bercat putih dan dihimpit oleh dua buah kedai runcit, nasi lemak ini masih lagi mengekalkan `keharuman aroma hati' yang sama macam dulu.


Aku sukakan sambal ikan bilis yang serba sederhana. Aku sukakan nasinya yang lembut dan panas serta comel di atas permukaan daun pisang. Aku sukakan daun pisang yang menjadi bahan pembungkusnya. Tapi malangnya, aku tak dapat merasai kopi tarik mamat ni pagi tadi sebab aku sedang mengalami sakit perut separa kronik sejak tengah malam sebelumnya. Mungkin angkara sambal belacan yang aku sebat kat food court Giant Bandar Kinrara. Cilakak betul!


Sedikit komen susulan :

  • Harga sebungkus nasi lemak yang meningkat daripada 60 sen kepada 80 sen sekarang telah aku maafkan kerana kuantiti dan kualiti masih kekal mengasyikkan macam dulu.
  • Simpati kepada mamat anak makcik jual nasi lemak ni yang menjawat pelbagai jawatan di sini. Terkejar-kejar ke sana-sini macam tikus mondok lagaknya. Makcik tak nak ambik pekerja ke? Tak pun anak-anak yang lain tak sudi ke menjerumuskan diri ke kancah perniagaan nasi lemak ni?
  • Tulisan jawi pada white board kecil yang tersandar pada stesen air iaitu
    ﺴﻠﻴﺮﺍ ﻤﻧﺠﺎﻣﻮ ﺴﻼﻣﺔ menarik perhatian aku. Sebijik macam tulisan aku masa sekolah dulu!
  • Aku sanggup tukarkan pakej penginapan sehari semalam di Hotel Hilton dengan nasi lemak makcik ni. 
  • Pagi ni pertama kali aku makan tiga bungkus nasi lemak dan pekena teh o suam yang Khir Toyo belanja!

Sekian...

Terlarang

| Wednesday, July 18, 2012 | 7 comments |
Biasanya, perkara yang menjadi larangan itulah yang suka sangat kita hentam sampai barai.


Dah bagitau kena sampai sebelum jam 8 pagi, tapi 15 minit lagi pukul 8 ada kat rumah lagi. Lepas tu bijak pulak mintak orang lain tolong ketukkan punch card. Haha, aku la tu...


Dah jelas tertulis kat pintu, tandas rosak. Tapi gatal jugak sistem perkumuhan tu nak selesaikan tugas kat situ jugak. Ha, kan dah terapung je kayu balak tu. Haha, bukan aku. Aku tak pernah buat kerja haram ni...


Dah terang-terang kita belajar dulu kalau lampu merah tu, tak payah la nak jalan. Tapi kaki tu macam dah berat sangat dengan cagu sampai tak perasan tekan pedal. Yang si bangang bawak moto pun sama je, pulas throttle ikut sedap. Karang dah bersepai atas jalan, dapat claim insurans berjuta pun tak guna. Yang ni aku jarang buat...


Tapi yang ni, aku memang tak tahan sangat-sangat. Nak pulak kalau `benda' tu galak sangat melompat-lompat depan mata aku. Bukan sekali dua, tapi banyak kali pulak tu. Berdebur sana, berdebur sini. Berkocak sana, berkocak sini. Jelas ketara depan batang hidung aku sampaikan aku boleh cam jantan betinanya. Mana boleh tahan ini macam! Takpe, lain kali kalau aku datang lagi, harus aku sediakan kelengkapan persenjataan yang akan mengajar `benda' tu betapa dalam atau ceteknya dasar tasik tu. Jangan dicabar orang yang sedang `kegersangan'!


Lokasi : Rahsia.


Sekian entri hujan renyai petang Rabu.

Unite!

| | 4 comments |

Proud with our life
We will fight till the end
Proud with our life
Try to make them understand
Proud with our life
We dont care what you gonna say
Proud with our life
We won't change our way



Walking down the road looking for some bastards
The boys are planning for a riot
We will last, we will stay

And all the great things happens on Saturday...




Protest, we're the youth of the working class
Protest, nothing more and nothing less
Persecuted by many
Understood only by few
It's our right to choose how to live
We don't like being like you


Teringat dulu-dulu. Fucking miss you all...! Kat mana korang sekarang, ingat lagi tak kita pernah lepak kat Seget dulu? Kat Angsana? Sentosa? Pelangi? Pernah tidur kat dataran dengan nyamuk-nyamuk puaka?


-Orang lain semua sibuk up kata-kata UAI atau Ustaz Don, tak pun gambar-gambar penuh keinsafan sempena Ramadhan. Tapi apasal aku up kenangan geng-geng Oi pulak? Sebab aku bukan orang lain...

?

| Tuesday, July 17, 2012 | 16 comments |
Menyambut kehadiran bulan Ramadhan dengan mengadakan jamuan makan?


(aku sengih sepanjang hari)

Busuk

| Monday, July 16, 2012 | 9 comments |
Haruskah aku menggambarkan kau bagaikan bidadari
yang terbang melayang-layang di atas bumbung rumahku
untuk menaburkan benih-benih cinta saban malam?


Atau mestikah aku meletakkan engkau tinggi searas bintang
yang memanjangkan jalur cahaya biru untuk melingkari
segenap pekatnya gelap alam maya?


Atau perlukah aku menjadikan engkau seperti makhluk suci
yang tinggal di tempat paling dasar seperti mutiara hitam
untuk dikutip oleh hanya penyelam pakar?


Atau patutkah aku menyamakan kelunakan suara engkau
bagaikan getaran bunyi dari corong seruling buluh
yang tetap mampu menidurkan aku walau ditiup oleh si buta nota lagu?


Seakannya aku tak perlu mengejek engkau dengan perumpamaan
serba cantik tak terperi kerana kejadian engkau itu
pastinya tiada apa yang dapat disamakan.
Dan aku tak perlu juga tercari-cari tempat bertenggek di sebelah engkau
kerana aku tahu tiada kolong-kolong kosong
yang sesuai untuk menempatkan duduknya bontot aku.


Namun, cukup sekadar engkau menyedari yang aku hanyalah sekadar bau busuk
yang datang dari peluh di celah-celah jari kakimu.
Tidak diingini, tapi sentiasa ada...


Isnin
16 Julai 2012
1:33 petang
Petaling Jaya

Rempuh!

| Friday, July 13, 2012 | 4 comments |

Gedegang...! Bunyi dentuman yang puncanya datang betul-betul beberapa inci dari batang hidungnya telah membuatkan kepala si Bebal berdenyut tak henti-henti. Sesekali dia menggeleng-gelengkan kepalanya laju-laju macam ekor lembu mengibas lalat. Dan sesekali dia mengetuk perlahan buku limanya ke kepala. Bongok yang mencangkung di sebelahnya masih lagi tercungap-cungap mencari tuning pernafasan yang lebih seimbang. Amat payah, terkadang tinggi dan terkadang mandatar pitching nafasnya. Sejak menggugurkan dirinya dari alam persekolahan tahun lalu, tahap staminanya jatuh merudum sama sekali. Padahal, di sekolah dahulu dialah jaguh dalam segala acara sukan. Pecut 100m, bola sepak, ragbi, hoki dan panjat pagar sekolah adalah antara acara yang sering melihat dominasi namanya. Tetapi disebabkan kebenciannya kepada cikgu disiplin yang pernah menendang testisnya hingga senak di hadapan perhimpunan, minatnya untuk belajar terpadam sama sakali. Dia bersumpah setengah nyawa, dia tak akan jejakkan lagi ke sekolah itu kecuali dengan tujuan untuk memecahkan peti besi pengetua.


Si Bangang dan Bengap pula hanya duduk berhampiran mereka berdua sambil mengaduh manja. Luka-luka kecil yang terdapat di wajah Bangang masih lagi menjejeskan darah dan terdapat dua tiga kesan lebam yang mulai menunjukkan warna gelapnya.


"Sial, gua tak sangka boleh jadi macam ni. Apasal tak macam selalu ni. Siapa punya idea suruh belok kanan tadi?" Keluh Bongok. Sikunya pedih tersenggol tiang lampu, lututnya calar terhantuk kerb jalan tadi.


Senyap beberapa saat. Pertanyaan Bongok tidak berjawab. Kemudian, Bengap bingkas bangun dan membetulkan urat-urat sendinya dan kembali mencangkung menghadap mereka bertiga. Diantara Bengap dan Bangang dengan Bebal dan Bongok hanya dipisahkan dengan scupper drain kecil berlapis lumut nipis dan berbau hancing. "Tu la, kan gua dah cakap. Projek kali ni mesti kantoi punya. Kan hari tu gua dah ajak lu orang sebat gerai nasi lemak berlauk depan Petronas sana. Tapi lu orang degil, buat-buat pekak. Konon tak berapa nak masyuk. Ni masing-masing dah kena tibai separuh nak mampus baru nak bising-bising". Bebel si Bengap memecahkan suasana hening awal pagi.


"Eh, lancau la. Bila masa pulak gua bising. Gua rasa dulu lu jugak yang pernah sound nak kasi ajar drebar bas tu sebab dia nyaris nak langgar lu masa lu lari lepas pecah public phone depan sekolah. Lu apa hal?" Bentak Bebal tak puas hati dengan bebelan Bengap. Baginya suara Bengap betul-betul menambahkan lagi sakit kepalanya. Sudah la perancangan lima hari mereka gagal, seluarnya koyak, duit di bawah celah dashboard tadi pun tak sempat dia nak sauk. Celaka! Marahnya dalam hati.


"Babeng la lu ni Bebal. Hari tu lu jugak yang beria nak jadi pilot. Tapi baru malam tadi lu kata tak berani sebab lu cuma ada lesen moto je. Bawak van pun baru sekali, tu pun van Vannette buruk bapak lu tu je. Sial la lu ni!" Marah betul si Bengap pada Bebal. Amarahnya itu memang agak ada rasionalnya kerana kegagalan Bebal mengawal bas sekolah hingga merempuh tiang lampu. Harapkan muka je ganas penuh dengan parut chicken pox, tapi tak reti pegang stereng. "Bengang betul la gua tengok muka lu ni. Lain kali ada projek lu jangan ikut. Lu pergi ayat ustazah fardhu ain budak Kelantan tu lagi bagus". sambung Bengap lagi.


Belum sempat Bebal mencelah, Bongok terlebih dulu bersuara. "Dah tu, lu orang jangan nak memekak lagi. Gua sebagai ketua kumpulan nak isytiharkan yang projek kita kali ni totally gagal. Gua rasa mesti cerita bas sekolah ni masuk paper. Bongok, esok pagi-pagi buta lu pergi ambik the Sun, gua nak baca". Arah Bangang sambil menepuk bahu Bongok.


"Orait..." Balas Bongok perlahan.




Sekian.


-maksud tersirat entri ada dalam perenggan pertama...

Dua Detik Gembira

| Wednesday, July 11, 2012 | 8 comments |
"Sebagai seorang lelaki dewasa, kita sepatutnya melalui dua detik yang paling kita takkan lupakan sepanjang hayat, hinggalah sebelum detik nyawa kita dicabut dari tubuh. Sesungguhnya, amat bertuahlah lelaki-lelaki yang pernah melaluinya. Lebih bertuah lagi jika kedua-dua saat indah itu memang dinanti-nantikan dengan usaha yang pelbagai.


Tetapi, amat malanglah bagi mereka yang menolak atau enggan melalui detik kegemilangan itu kerana telah membiarkan satu jurang lopong dalam hidupnya selagi dia bergelar lelaki dewasa.


Pertama, saat diijabqabulkan dengan pasangannya.


Kedua, ketika pertama kali mencium pipi anak kecilnya yang ditatang sendiri sebaik dilahirkan."


(gambar hiasan yang dicuri)


Hm, aku mengangguk kecil tanda setuju yang teramat sangat. Sangat-sangat. Lagi pun, sebagai lelaki dewasa, aku tak kisah mati muda asalkan aku dah pernah melalui dua detik yang menggembirakan ni.


Memang bodoh la bagi seorang lelaki (atau wanita) yang berkemampuan untuk menolak memiliki anak kecil dengan pelbagai alasan bodoh. Apa, nak mati sendiri? (juga gambar hiasan yang dicuri)


Sekian entri penghargaan kecil untuk lelaki bergelar bapa.

So Fucking Pathetic!

| Tuesday, July 10, 2012 | 7 comments |
Awal-awal pagi dah sampai, duduk depan pc sambil tunggu geng-geng yang lain. Matahari masih lagi cuba menongkatkan diri di pangkal hari. Pergi punch card beberapa minit kemudian bersama-sama dengan beberapa kad milik orang lain.


Tepat jam 8 pagi, ahli kumpulan dah cukup. Maka berduyun-duyun turun ke kafe. Pergi tapau sarapan pagi. Ada yang beli nasi lemak macam semalam, ada yang beli mihun campur nasi goreng campur kue teow macam semalam, ada jugak yang bungkus teh tarik je macam minggu lepas sebab dah bawak sandwich dari rumah. Naik semula ke ofis sambil berborak.


Mengilai sedikit, ketawa banyak, bising-bising lebih. Selesai makan secara berjemaah, kembali ke tempat duduk. Ada yang sambung lagi bergosip, ada yang baca majalah, ada yang bukak blog (macam aku) dan log in fuckbook (pun macam aku jugak)...


Esok pagi, rutin yang sama diulang lagi dan lagi dan lagi... Sepanjang minggu, sepanjang bulan, sepanjang tahun dan sepanjang hayat sampai pencen, mati atau yang mana lebih dahulu. Genap setahun, masing-masing sepakat mencongak berapa bonus yang bakal diperolehi atas kerja-kerja yang dibuat sepanjang tahun.


...so fucking pathetic!

Pemenang Debate 2.0

| Monday, July 09, 2012 | 3 comments |
(ini gambar lama)


Aku ucapkan tahniah dan penghargaan yang tinggi kepada peserta Debate 2.0 iaitu Lim Guan Eng kerana telah menggunakan sebanyak antara 40%-50% Bahasa Melayu dalam hujahnya berbanding Chua Soi Lek yang hanya beberapa patah perkataan sahaja.


Dengan itu, aku isytiharkan Lim Guan Eng sebagai pemenang kerana pandai mengambil hati aku. Hahahahaaa!!!


Sekian!

Ramadhan

| Sunday, July 08, 2012 | 6 comments |

Comel dan Bangang

| | 5 comments |
Macam ni la lebih kurang stiker yang tertampal kat belakang sebuah Myvi hitam petang hari tu.


Dik oi, setakat comel je tak guna kalau bawak kereta terlalu bangang sampai ke tahap menyusahkan orang lain. Apa kata kau pergi ambik lesen lagi tujuh kali daripada berani buat loan kereta. Sebelum tu jangan lupa rehister masuk kelas pra-sekolah dan mintak cikgu tu ajar apa beza antara kanan dengan kiri. Ada faham?!


Sekian nasihat tak ikhlas untuk para pemandu bebal tak kira lelaki atau perempuan.

Suki

| Friday, July 06, 2012 | 6 comments |

Mungkin ku tak bisa hidup tanpa kamu di sisiku.
Ku yakin bisa melewati, tapi berat…



(klik sini untuk versi kedai bunga)

Mula-mula aku tak percaya bila dj radio Suria fm bagitau yang lagu ini adalah nyanyian Suki. Merepek betul. Orang pekak boleh la korang tipu. Ini aku la. Kalau rabun tu memang ya, tapi pekak badak jauh sekali. Tuhan belum tarik lagi nikmat yang satu ni.


Tak puas hati, aku cari kat tiub awak dengan menggunakan tajuk lagu ni. Belum pun jari-jemari runcing aku habis mengetuk mata papan kekunci, dah berderet nama Suki keluar menandakan telahan aku bahawa dj Suria fm tu tersalah cakap adalah suatu silap besar. Aku mengaku kali ini sebab terlalu awal mengadili.


Sepanjang sejam ni, aku habiskan masa aku dengan mendengar lagu ini secara berulang-ulang sambil ditemani luncuran Milo O di kerongkong. Memang asyik. Memang sedap. Kena dengan gegendang telinga aku yang masih kenyal ni. Tambahan pulak, Milo O aku ni semakin cepat menyejuk akibat tindak balas kimia dengan udara sejuk dalam bilik berhawa dingin ni.


Apa pun, aku nak ucap tahniah pada pemenang One In A Million ni sebab dah berjaya menyekat pergerakan aku hari ni. Pada aku, kaedah pengucapan lirik yang berulang memang sering digunakan dalam lagu-lagu dari seberang tetapi berkesan mengelakkan kebosanan kerana susunan muzik yang kemas dan ringkas. Begitu pun, bonus untuk lagu susunan Ajai ini adalah kerana kebijaksanaannya mengeksploitasi vokal Suki yang `bersih' dan sedikit lembut tetapi kurang beralun.


Itu yang menjadi sebab utama lagu ini serta-merta menjadi simpanan dalam cakera keras aku.


Kalau la sepuluh tahun dulu lagu ni dah diterbitkan, mau aku menangis tiap lima belas minit sebab terlalu terbawa-bawa dengan lirik dan alunan muziknya.


Pada hemat aku, lirik lagu ni tak la terlalu menusuk atau puitis. Tapi itulah kuasa yang dipegang oleh muzik hingga mampu menjelmakan keajaiban kepada sesuatu yang nampak biasa-biasa. Nampak gayanya, aku pun kena la belajar menjadi lelaki sederhana yang mampu mengucapkan kata-kata biasa tetapi berbau romantis supaya aku tidak kecundang untuk kali ketiga. Kalau asyik nak memaki dan mencarut sepanjang masa pun tak syok jugak Adele kat sebelah aku ni dengar. Karang, tak pasal-pasal kena tinggal macam yang cikgu sekolah menengah dan teller bank tu buat kat aku dulu.


(Celaka, aku rasa macam nak muntah keluar serbuk Milo pulak dah! Maaf sayang, abang tidak dilahirkan sebagai lelaki romantik macam Mat Afrika)


Sekian entri romantis geli-geli petang Jumaat.

Di Bawah LED

| | 10 comments |
Kepada encik guppy bertiga, harapnya dapatlah kamu hidup dengan rukun dan sentosa di bawah pancaran LED selama 24 jam tanpa henti. Jangan berani-berani nak ikut jejak langkah si Plecostomus tu pulak, sebab dunia luar sini yang kamu lihat dari dalam sana tidak seindah yang disangka. Percayalah!


Sekian entri ingatan untuk `haiwan ternakan'.


-pagi ini sejuk...