Usha Line Dulu

| Friday, June 15, 2012 | |
Berehat sebentar daripada mengadap kerja, aku jalan-jalan kat Google Map sekitar kawasan perumahan aku, ternampak pulak `sesuatu'. Dah lebih tiga tahun pindah sini, macamana aku boleh tak perasan ni? Takpe, hujung minggu ni aku nak pergi usha line dulu. Mana tau ada ikan raja tersesat kat dalam air tu. Layan jugak.

7 comments:

Telor Power Says:
June 15, 2012 at 12:42 AM

ikan raja...owh peacock best aku pernah tgk dan ikut layan member2 aku pancing kat lombong...warna hijau kuning2.

kuat gila ikan ni walaupun bersaiz sederhana. pada kaki pancing mmg syok ler....mcm aku layan tgk jer hahahha

SM Says:
June 15, 2012 at 12:46 AM

ni psesis ikan pendatang. kat sekitar perak memang ada banyak. saiz kecik, tapi ganas sebab dalam kategori pemangsa. tu yang layan kot.

Lady Windsor Says:
June 15, 2012 at 8:14 AM

Ikan raja ni jenis karbivor dan ia akan sebat apa saja yang melintas depan mata. kalau aku kaki pancing memang best layan ikan raja tapi ia tidak bagus untuk ekologi alam sekitar perairan Malaysia, aku pernah usha Kementerian terbabit pasal macam mana depa nak manage ikan pendatang ni dan bagaimana ikan ni boleh ada kat sini, depa tak mau layan...kalau ada ikan raja ni dalam sungai, habis ikan spesies lain pupus la bhaiii!

pok amai-amai Says:
June 15, 2012 at 10:04 AM

Ko duduk area Puchong kan? Ko beli umah situ ke? Bape rege umah tu sbb umah Puchong quite expensive gak. Aku tgh usha umah sbnrnye nie tp area Puchong mcm agak tak larat.

Nizam.Ariff Says:
June 15, 2012 at 10:46 AM

airnya biru+hijau tu...
ko tak makan ikan raja kalau dapat, kan?

Rai Says:
June 15, 2012 at 12:28 PM

fara, nak beli area rumah kami ni haa..bukit rimau..bulih jimba2 dengan kami..maap.. lari tajukk..

uihh..ijau airnya..

SM Says:
June 16, 2012 at 8:08 AM

LW : masalah ikan pendatang ni hampir semua negara hadapi. biasanya ikan ni datang dari sekitar amazon macam pacu pemakan buah (adik-beradik piranha) atau dari laut lepas macam jerung. pergh, jerung pun ada dalam sungai rupanya! kat malaysia, aku dengar pemerintah terengganu pernah offer hadiah pada siapa yang dapat tangkap araipama kat kenyir tu.

MF : tasik ni area kinrara puchong, tapi aku bukan tinggal situ. kawasan sebelah je. kat puchong harga rumah mahal nak mampus! jangan beli. tapi area equine park dan putra perdana dah mula naik harga.

Nizam : biasanya orang amalkan catch and releasa. tapi kalau aku dapat ikan ni, aku bela. *celaka, aku dah usha tempat ni petang semalam. cannot go la, diorang dah tambak keliling tasik tu. nak buat rumah la tu!

Rai : bukit rimau sesuai kot, tapi kalau tak silap harga pun boleh tahan jugak.