Ugutan dan Dorongan Untuk Si Kecil

| Tuesday, June 12, 2012 | |
Berehat seketika daripada membicarakan tentang objek sfera yang mudah dibuli di tengah padang iaitu bola, susulan kemenangan 2-0 Harimau Malaya ke atas pemuda-pemuda dari kepulauan Temasik sebentar tadi.


Baru-baru ini aku telah menerima tips yang baik dan aku kira elok untuk dipraktikkan dalam mendisplinkan anak kecil iaitu unsur ugutan dan unsur nasihat.


Hindarkan daripada meluahkan kata-kata berbau ugutan kepada si kecil dalam memberikan arahan seperti "kalau tak nak mandi, tak boleh tengok upin & ipin lagi lepas ni".


Sebaliknya rajin-rajinkan mulut membuahkan kata-kata manis berupa dorongan seperti "kalau tengok upin & ipin lepas mandi, nanti badan segar, baru la kita boleh lompat tinggi-tinggi".


Sekadar berkongsi, sekian...

14 comments:

Nizam.Ariff Says:
June 13, 2012 at 8:31 AM

gua respek lu punya idea dan buah fikiran....

SM Says:
June 13, 2012 at 9:58 AM

buah ni ada orang yang bagi, aku cuma tolong sebarkan je...

Rai Says:
June 13, 2012 at 10:44 AM

memang betul..tapi bila berlaku situasi sebenar susah nak praktik kan..sebab dah jadi habit mak bapak ugut anak..tapi kalau sungguh sungguh insya allah..

SM Says:
June 13, 2012 at 2:06 PM

Rai : teori nampak senang, tapi nak praktikkan masalah sikit la bagi yang kurang sabar.

Zul Fattah Says:
June 13, 2012 at 3:45 PM

betul tu.. ni syco namanye.. haha, cara yg terbaik dlm mndidik anak2..

pok amai-amai Says:
June 13, 2012 at 5:26 PM

TQ sbb share info ni. Aku pun mengamal ugut anak - Pergi jauh2. Jgn hug mommy.

=(

Aku berusaha utk improve pangai tak senonoh aku tu.

Telor Power Says:
June 14, 2012 at 2:06 AM

haaaaa.......

gua mampu tercenggan pikir idea lu ni

SM Says:
June 14, 2012 at 4:42 AM

Zul : ada banyak jgak cara, tapi kita je yang terbiasa ikut rentak anak ni.

MF : haha, ibu sadis!

TP : akan tiba masanya.

Lady Windsor Says:
June 14, 2012 at 7:46 AM

Bagus ayat tu...kadang-kadang dengan budak kecil ni kita kena guna reverse psikologi sket.
Aku selalu buat gempak dengan anak buah aku yang tak suka makan nasi, usia nak masuk tiga tahun..

"Sapa makan nasi yang mami suap, dia akan jadi cantik dan boleh dancing macam angelina ballerina..."

Anak buah aku pun gigih nak menghabiskan nasi tiga mulut...hahaha siann la weii kena tipu dengan maminya.

SM Says:
June 15, 2012 at 12:26 AM

LW : ha lagi satu, dengan budak kecik ni kalau dah janji kena tunaikan. kalau tak, memang dituntut sampai dapat. kalau tak dapat, boleh bawak mengigau tu.

Lady Windsor Says:
June 15, 2012 at 1:35 AM

Bhahaha...anak buah aku tu..cantik tak cantik, janji aku buat tocang kat kepala dia, cantik la dia rasa....

SM Says:
June 15, 2012 at 2:00 AM

LW : comel siot anak buah kau tu. hahaha! budak-budak ni banyak perkara yang boleh buat dia gembira. bukan pasal duit dan material semata-mata. yang penting kita pandai ambil hati dan tepati janji. beli belon 20sen pun dia akan ingat lama.

Lady Windsor Says:
June 15, 2012 at 8:16 AM

tok sah kata bagi dua posen, bagi cekelat sebiji pun dia dah ingat selam-lamanya..

SM Says:
June 16, 2012 at 8:09 AM

LW : budak-budak tu happy dapat barang (tak kira mahal atau murah), dan kita pun happy jugak tengok diorang happy. yang mana harganya amat tak ternilai.