Pantun Nasihat Untuk Anak-anak

| Tuesday, June 05, 2012 | |
 
 


Naik lori tayarnya pancit
Ganti dengan tayar basikal
Banyak makan perut buncit
Banyak tidur pendek akal

Ponteng puasa makan roti
Cicah dengan choki-choki
Cantik sungguh budi pekerti
Jika tiada hasad dengki

Jatuh menungging di bawah buai
Kerana laju sukar berhenti
Jangan dilihat apa dipakai
Mesti selidik sampai sampai ke hati

Jika menunggang anak kuda
Jangan panjat dari kiri
Walau banyak ilmu di dada
Jangan sampai meninggi diri

Jangan suka korek hidung
Nanti tiada siapa yang dekat
Bulat air kerana dibendung
Bulat manusia kerana sepakat

Kalau berak di tepi lombong
Jangan cuba sambil berdiri
Kita hidup janganlah sombong
Kelak nanti mati sendiri

Dalam dapur tercekik halia
Sudahnya mati terbujur kaku
Kalau ingin dipandang mulia
Mesti selalu bersikap jujur

Jari putus tersepit pintu
Pintu kayu dimakan hama
Hdup berkawan mesti bersatu
Baru boleh ketawa bersama

Busuknya kaki tidak tertahan
Kuku di kaki penuh cagu
Jangan selalu lupakan Tuhan
Kerana Dia tempat mengadu

Tak faham? Aku peduli apa... Tak suka? Ingat aku kisah ke..! Hahahaaa...!!! Pergi jahanam....

14 comments:

Lady Windsor Says:
June 5, 2012 at 8:44 AM

1st!

Pagi-pagi minum air kelapa
ko tuju pantun ni pada sapa?

Kalu ta mo bitau tak apa
aku saja nak menyapa!


Ok la aku nak kuar sat gi
jom pekena roti bakar dan kopi.

Pok Amai-Amai Says:
June 5, 2012 at 9:39 AM

Entah apa2 ayat ko yg last tu. Tapi aku suke pantun ko. Heheheh...

SM Says:
June 5, 2012 at 10:53 AM

LW :

keluar pagi pulang senja
tuju kepada sesiapa saja

naik kolek mudik ke hulu
takpe kau jalan dulu

MF : pantun sesuka kepala aku. haha!

Rai Says:
June 5, 2012 at 11:11 AM

hish..da lama tak membaca jawi.. termerangkak jugak..

Pok Amai-Amai Says:
June 5, 2012 at 11:48 AM

Mmglah suke2 hati ko tp aku suke pantun ko.

Yg aku peliknye, np mst ade ayat defensif last sekali tu? Rilekslah beb. Ko ptt bangga dgn karya ko sendiri.

Lady Windsor Says:
June 5, 2012 at 1:14 PM

Ahh ko mesti ada nak tuju pada sapa sapa,
K la babai aku nak bertapa.

Telor Power Says:
June 5, 2012 at 11:15 PM

gila ah sesi berpantun lagi.....

jgn perang pantung sudah.

SM Says:
June 6, 2012 at 4:18 PM

Rai : aku pun ambik masa nak mengeja jawi. harap tolong betulkan kalau ada yang salah.

MF : defensive atau offensive?

LW : tuju kepada diri sendiri jugak. ingat nak buat pantun kanak2 tapi tak sesuai, pantun orang tua pun tak kena sebab aku terlalu muda lagi. bertapa ke mana tu kak non?

TP : war never end...

Lady Windsor Says:
June 6, 2012 at 5:41 PM

aku nak bertapa ke negeri cina dik non...bhahahaha!

Pok Amai-Amai Says:
June 7, 2012 at 8:13 AM

Defensif! Yg lain aku tatau lah. Ke atau ko mmg 24 hrs (klu boleh nak tmbh lagi 1 jam) utk sentiasa jdk sinis?

Kan?

ralphrazaq Says:
June 7, 2012 at 11:55 AM

aku nak ciplak pantun ko ni boleh??

SM Says:
June 7, 2012 at 12:08 PM

LW : silakan, jangan tak jumpa jalan balik sudah...

MF : boleh?

ralph : takdo hal. tiada hakcipta di sini.

ralphrazaq Says:
June 7, 2012 at 12:09 PM

sm - aku nak amik yg pantun cicah roti dengan choki choki lepas tu pantun jari putus..terima kasih ye

reen afny Says:
June 7, 2012 at 11:08 PM

makanan faveret aku pun masuk ek, choki2. nyam2.....

tapi yang tak boleh belah korek hidung ngan berak. haha

apa2 pun memang membawa maksud yang mendalam. peringatan untuk diri sendiri jugak ni ;)