Pak Utih dalam Tonil Purbawara

| Saturday, June 16, 2012 | |
Kisahnya begini. Di satu tempat yang agak ke pedalaman sekitar negeri utara semenanjung sana, Pak Utih kini sedang giat menjalankan persiapan untuk keluarganya dalam satu misi yang agak mustahil. Ini kerana, dua perancangan sebelum ini terpaksa dibatalkan di saat akhir. Salah satunya berpunca daripada bisul di bontot anaknya yang tak pecah-pecah hingga ke hari sebelum mereka berangkat.


Bagi Pak Utih, ada tiga faktor yang amat penting dalam merapikan persiapannya sekeluarga kali ini. Faktor ketiga sudah tentunya kesihatan. Setiap kali waktu solat dia akan berdoa pada Tuhan agar keadaan kesihatan mereka sekeluarga kekal pada tahap optimum. Dia tidak mahu tragedi bisul dahulu berulang kembali.


Namun, ada satu faktor yang paling penting dan diletakkan di tempat teratas melebihi segala-galanya iaitu, pakaian. Busana untuk kesemua anak-anak dan bini awal-awal lagi sudah ditempah dengan menggunakan hasil mengerat tahun itu. Dia mahu orang-orang di bandar sana terjuih biji mata melihat kehebatan aneka pakaian anak-anaknya. Baju Melayu siap bersampin, dilengkapkan pula dengan songkok setinggi empat inci! Untuk bininya pulak, ditempahnya pula sepersalinan serba merah (kalau tak silap aku) dan berbunga-bunga.


Tetapi, untuk dirinya sendirinya pula cukuplah sekadar dengan apa yang ada. Sebelum berangkat ke bandar, Cikgu Hadi ada menasihatkannya agar berhati-hati ketika berbelanja kerana sikap cina-cina peniaga yang suka mencekik leher orang-orang kampung macam dia. Dia tahu itu. Dia tak kisah. Amaran yang lebih kurang sama juga diberikan oleh orang-orang besar yang kadang-kala datang menjenguk kampungnya.


Ah, bukannya selalu. Cuma setahun sekali. Lagipun, hasil mengeratnya tahun itu bukannya sedikit. Biarlah cin-cina di bandar tu nak pedajalkan dia pun, yang penting Pak Utih sekeluarga gembira...


***Dah, jom gerak!


Aku sedikit mengelabah sebaik suara yang aku kenal sangat tu mengetuk lapisan gegendang telinga aku. Naskhah antologi cerpen berkulit tebal yang aku tatap sejak lima minit lepas, aku masukkan balik ke dalam kotak. Entah bila masa orang tua buncit air ni sampai pun aku tak perasan, dek kerana lantai library yang masih belum digunakan itu dilapisi dengan kepingan-kepingan carpet tile corak jalur-jalur.


Dah lama aku tak baca antologi cerpen macam ni. Nama yang menyebabkan tangan aku lantas mengeluarkan naskhah ini dari celah-celah susunan buku di dalam kotak ini adalah, Shahnon Ahmad.


Tajuk tu wei, tajuk...
Aku suka tajuknya walaupun aku haram tak faham apa maksud perkataan `tonil' tu.
Nak tanya aku punya kamus bergerak, dia tengah sibuk pulak. 

Sebelum berambus keluar dari library membontoti bos aku, berundur beberapa tapak ke belakang dan snap beberapa keping gambar.

Ramainya pengarang, patut macam best.


Ya, Shahnon Ahmad. Antara sasterawan yang paling mendapat tempat dalam kepala otak aku sejak aku akil baligh. Mujur library ni belum beroperasi lagi, kalau tak memang dah lama aku nak pinjam. Takpe, next time kalau ada jodoh antara kita berdua, akan aku belai helaian-helaian lembut dada muka surat kau itu.


Sekian entri membaca curi-curi time kerja.

10 comments:

Telor Power Says:
June 18, 2012 at 8:41 PM

aku baru dgr perkataan tonil tu..

hahaha kaco daun betul org tua buncit air tu.

Telor Power Says:
June 18, 2012 at 8:41 PM

aku baru dgr perkataan tonil tu..

hahaha kaco daun betul org tua buncit air tu.

Telor Power Says:
June 18, 2012 at 8:42 PM

aku baru dgr perkataan tonil tu..

hahaha kaco daun betul org tua buncit air tu.

Telor Power Says:
June 18, 2012 at 8:42 PM

aku baru dgr perkataan tonil tu..

hahaha kaco daun betul org tua buncit air tu.

SM Says:
June 19, 2012 at 4:32 PM

mulanya aku ongat diorang silap cetak, nak cetak perkataan `tonik'.

pok amai-amai Says:
June 19, 2012 at 5:21 PM

TONIL - SANDIWARA

SANDIWARA BABAK PURBA

=D

SM Says:
June 19, 2012 at 10:03 PM

MF : terima kasih banyak-banyak. aku ingatkan persoalan aku ni kekal tergantung...

Telor Power Says:
June 19, 2012 at 11:38 PM

nokarom betel la....
tenet probleam smlm . hambik sampai 4 aku terkomen


TQ MF....pasal beritahu maksudnya.

SM Says:
June 20, 2012 at 1:24 AM

fuh, nasib baik...

pok amai-amai Says:
June 20, 2012 at 9:29 AM

Sama-sama kawan (SM & TP)!

=D