Naskhah Agung

| Friday, June 01, 2012 | |
Diceritakan, sepasang pelancong Eropah telah datang ke negara ini dan menginap di sebuah hotel di Johor Bahru (kalau aku tak silap dengar). Sepanjang menginap di situ, mereka tidak menunjukkan sebarang perlakuan yang pelik apatah lagi menjengkelkan pada pandangan mata umum. Namun, pada suatu pagi mereka telah dilihat sedang bersarapan di tepi sebuah kolam renang sambil asyik membaca sesuatu. Lantas, seorang pengurus hotel yang memerhatikan ketekunan mereka membaca sejak awalnya, telah datang menghampiri.


Dengan kemahiran komunikasi yang baik, dia memulakan pertanyaan kepada pasangan tersebut tentang bahan yang mereka baca itu. Setelah meneliti dengan lebih dekat, barulah dia sedar bahawa bahan bacaan yang sedang pasangan tersebut telaah adalah senaskhah al-Quran!


Berdasarkan seperti apa yang dinyatakan oleh pasangan pelancong itu, mereka berdua begitu terpegun dengan isi kandungan al-Quran dalam bentuk terjemahan itu bermula dari ayat pertama lagi. Buat pertama kalinya, mereka membuka dan membaca naskhah ini yang memang sedia tersimpan di dalam laci bilik hotel. Surah pertama begitu menyentuh mereka dan begitu dikagumi sekali.



In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful (1)
Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds (2)
Most Gracious, Most Merciful (3)
Master of the Day of Judgment (4)
Thee do we worship, and Thine aid we seek (5)
Show us the straight way (6)
The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray (7)
-Abdullah Yusuf Ali translation



Begitu asyik hinggakan mereka berdua menghabiskan malam mereka dengan meneruskan bacaan ke surah al-Baqarah hingga jam 2 pagi. Dan disambung semula keesokan paginya... Demikianlah lebih kurang seperti apa yang aku dengar di Bernama Radio 24 pagi tadi dalam segmen khas untuk Saba Islamic Media sdn bhd ketika tubuh aku masih dimuatkan di dalam kereta buatan Malaysia sambil meluncur perlahan di Lebuhraya Pantai Baru keluar dari Kuala Lumpur. Trafik minggu ini agak lengang, menambahkan sayu dalam hati aku pagi tadi.


...macamana dengan aku? Dapatkah menandingi kekaguman yang dirasai oleh pasangan pelancong itu? Entah, aku tak pasti. Sebab dalam kesibukan mengejar arah putaran jam sehari-hari, boleh dihitung dengan jari berapa kali dalam sebulan aku sempat menatap naskhah agung ini.


Sekian entri sedar diri pagi Jumaat.


-kalau dah fanatik sangat dengan pemimpin, elok ikut je diorang tu masuk lubang kubur.

11 comments:

Fahmi Ismail Says:
June 1, 2012 at 12:58 PM

Tulisan hang yang ini memang terkesan sekali dalam jiwa aku...Kudos!

Rai Says:
June 1, 2012 at 2:18 PM

adeh..sesungguhnya dilahirkan sebagai muslim lebih menakutkan.. sbb kononnya kita dah biasa dengan persekitaran tu dan anggap kandungan alquran tu biasa biasa aje.. baca pun ramai tak terpegun.. berbanding mereka yang masuk islam setelah mendapat hidayah..

nice entry!

SM Says:
June 1, 2012 at 2:47 PM

FAHMI & RAI : sebak jugak dengar sambil memandu atas highway yang lengang...

Aku Says:
June 1, 2012 at 3:49 PM

salam jumaat...

Pok Amai-Amai Says:
June 1, 2012 at 4:13 PM

Sape lak yg fanatik dgn pemimpin tu eh? Manusia mmg bukan mcm tu ke? suke je nak fanatik mende yg bkn2? Wahahahahahah!

Oh, Jumaat tu mmg indah.

SM Says:
June 1, 2012 at 4:24 PM

AKU : salam jumaat hari mulia, hati tenang. azam nak tanamkan fikiran positif.

MF : fanatik membuta tuli, tu bukan manusia. sebab manusia ada otak.

Lady Windsor Says:
June 1, 2012 at 9:57 PM

Mereka tu insan terpilih aku kira..kalau Allah nak bagi petunjuk dan hidayah, sesat macam mana pun dia akan menemui cahaya dalam kehidupan...aku setuju kata Rai, kita yang dilahirkan sebagai muslim ini lebih mencabar..

cik dila Says:
June 3, 2012 at 9:39 AM

Allah..Allah...
gud posting....

SM Says:
June 4, 2012 at 11:51 PM

LW & dila : untuk aku jugak yang kuat mencarut dan memaki. hah!

Telor Power Says:
June 5, 2012 at 12:58 AM

ini sangat hebat bagi aku, kerana aku juga belum mampu menandingi rasa kagum pelancong tu....

SM Says:
June 5, 2012 at 10:54 AM

TP : touching bro, wa dengar ini cerita...