Nasi Lemak Misai

| Friday, June 22, 2012 | |


"Botak, jom pekena nasi lemak malam nanti," suara Misai tiba-tiba mencelah antara dominasi bunyi dari kotak tv dan kenderaan dari luar. Aku yang terlentang di depan tv sambil melayan sitkom OB yang disiarkan dari saluran tv negara seberang Selat Melaka.


"Lu belanja, kat mana tu chol?" aku bertanya tanpa melarikan mata dari muka skrin tv.


"Kat Dedap. Malam-malam baru bukak. Sedap jugak hari tu gua try." jawab Misai yakin.


"Jalan Dedap, mana ada jual nasi lemak? Mamak ada la. Gua tak heran la nasi lemak mamak ni." aku mula rasa curiga dengan pelawaan Misai. Setahu aku, kawasan sekitar Jalan Dedap di Taman Johor Jaya dipenuhi dengan restoran cina dan beberapa buah restoran mamak je. Waktu malam pulak lebih happening, satu kawasan parkir di belakang deretan kedai akan dijadikan medan makan secara terbuka.


"Ala, ada. Kat food court tu la. Mana lagi." jawab Misai selamba. Sambil itu asap Dunhill berkepul-kepul keluar dari lubang hidungnya yang terkeluar bulu.


Aku bingkas bangun. Apa yang terpapar di skrin tv tidak lagi menarik minat aku. "Kepala hotak lu! Tu semua kedai makan cina la mangkuk. Apa jadah ada jual nasi lemak pulak? Kalau ada pun gua tak hingin, lu ingat halal ke?" aku kehairanan.

Misai tersengih memandang aku. "Takde hal punya la. Yang masak situ indon, mesti la halal."


"Bongok la lu ni. Memang la yang masak indon. Tapi kat sebelah dia tu apa benda? Daging rusa sembelih? Lu pergi la makan sorang." aku kembali berbaring. Ibu jari kaki aku dihulurkan ke punat di tv untuk meningkatkan lagi kelantangan bunyi. Malas aku nak layan budak Simpang Renggam ni.


Aku tak faham, apa pengertian halal dan suci dalam kepala kawan aku yang sorang ni. Gila apa ajak aku makan kat tempat macam tu. Akai ada ka?
Setiap kali ternampak restoran tak halal yang menyediakan menu nasi lemak, aku mesti teringat pelawaan si Misai ni ketika kami menetap di Johor Jaya beberapa tahun dahulu.


Sekian entri kemusykilan makanan halal.


-Kepada Misai, raya tahun ni nak mengail kat mana? Dah lama lu janji nak bawak gua port udang galah besar peha gajah.

15 comments:

Lady Windsor Says:
June 22, 2012 at 8:53 AM

Kes ko ni sama macam kes aku..ada satu penjual nasi padang kat depan Sogo, tapi kedainya kecil saja, attach dalam kedai cina yang jual minuman saja. Aku masuk beli nasi padang tu sebab aku yakin ia halal. Lagipun dia hanya menumpang dan bayar sewa space kat situ...cuma kes ko ni musykil juga kan bila tengok kedai gitu...aku style kalu rasa confident aku beli, kalau teragak-agak dan dah baca ayat fatihah tiga kali pun rasa hati tak sedap..aku blah..

Lady Windsor Says:
June 22, 2012 at 8:53 AM

ehh aku 1st!

SM Says:
June 22, 2012 at 9:14 AM

aku dah kabor, mu nih memang first sokmo dalam hati. haha!

masa ke sabah atas urusan kerja, aku biasa makan kat restoran cina yang tertulis `serve no pork'. aku yakin kat situ halal, dan ramai lagi pak haji yang makan sama. tapi kes si misai ni, memang aku tak yakin lanngsung.

Lady Windsor Says:
June 22, 2012 at 9:21 AM

hahaha ada hadiah tak untuk 1st! ceittt


pokok pangkalnya kalau hati rasa konfiden, layan je la bhai..

SM Says:
June 22, 2012 at 9:24 AM

hadiah gapo dio? mu dah dok nombor satu, kiro hadiah la tuh. bereh?

yakin tanpa ragu-ragu.

Lady Windsor Says:
June 22, 2012 at 9:28 AM

bluerkkk..
no satu la sangat..

ya, mesti yakin. aku cakap ko, nasi padang tu sedap siot!

SM Says:
June 22, 2012 at 9:30 AM

pagi semalam aku jumpa satu nasi lemak yang sedap kat kompleks pkns shah alam. aras bawah berhampiran kfc dan sebuah kedai buku. kafe kecil ala old school.

eh?

Lady Windsor Says:
June 22, 2012 at 9:41 AM

jadinya bila ko nak belanja aku dan NP sapedek nasi lemak tu? jangan nak bagi alasan aa bhai..

SM Says:
June 22, 2012 at 9:49 AM

LW : aku takde hal, kadang-kadang aku ke sana dengan belalang tempur aku je. cuma kau tu yang selalu menyibukkan diri dan bagi alasan yang pelbagai. haaa....

pok amai-amai Says:
June 22, 2012 at 10:16 AM

Aku mgkn 1Malaysia. Pnh mkn nasi ayam kat restoran orang Cina. Tapi free pork. Eh, kat JB ade satu kedai makan India. Aku lupa la kat ne tp dkt2 dgn Mahmoodiah. Mmg sedap betul kari pakkoda dia. Yummeh!

=D

SM Says:
June 22, 2012 at 10:26 AM

MF : kat corner baring belakang hospital tu ke?

L Says:
June 22, 2012 at 3:32 PM

haha. mmg xp la kalau ada makann halal sekali pun...

jom baca kejap..=D
http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/still-jahat-walaupun-dah-solat.html

pok amai-amai Says:
June 22, 2012 at 3:49 PM

Aku lupe la tp aku rs bukan kot? Eh? Entahlah tp kaw tu mcm byk umah2 org kaya....ishh, dah lama aku tak blk JB....tp klu aku drive ke sane, insya-allah aku boleh igt jln tu cume aku lupe ape landmark dkt2 situ....

SM Says:
June 25, 2012 at 3:02 PM

L : yakin halal dan suci, baru makan.

MF : kalau balik, jangan lupa update.

Telor Power Says:
June 27, 2012 at 12:00 PM

sedap beb nasi lemak ni ahahahaha

jahanam betul la budak simpang renggam tu. takkan makan pun dia main sebat jer.