Mengkhianati Kepercayaan

| Tuesday, June 12, 2012 | |
Pagi minggu lepas, lebih kurang jam 9 adalah waktu puncak pasar pagi yang terletak beberapa ratus meter dari kediaman aku. Apam balik, keropok lekor, nasi lemak seringgit, laksam, lontong atau jagung bakar; sekadar menyebut sebahagian kecil jenis makanan. Dan tak lupa juga pucuk paku, pucuk ubi, ulam-ulaman dan rebung sebagai bakal pelengkap hidangan tengahari.


Ada lagi yang menarik perhatian aku iaitu kehadiran ikan darat yang agak jarang dijual di situ; lampam, toman, kelah dan belida. Mujur kedatangan aku pagi semalam hanya untuk mencari apa yang menarik buat sarapan.


Tapi sebelum melangkah pergi meninggalkan arena sepanjang beberapa puluh meter itu sambil menjinjing beg plastik di tangan kiri, mata aku terpaku pada sekeping objek yang memberahikan.
Maafkan aku, Adele sayang. Aku tanpa sengaja telah mengkhianati kepercayaan kau dengan membeli dvd cetak rompak ini!


Sekian entri barang ciplak.

9 comments:

pok amai-amai Says:
June 12, 2012 at 3:13 PM

Sampai hati ko bt aku kecewa mcm ni? Sudahlah! Kita putus!

Err...bukan aku yg ckp tp Adele.

Rai Says:
June 12, 2012 at 5:07 PM

kesian adele..ko curang ni.. eh betul ke? haha

SM Says:
June 12, 2012 at 11:03 PM

MF : tidak....! aku tidak sengaja. kebetulan poket aku masih berisi sekeping not merah.

Rai : maaf, maaf...

perempuan Says:
June 13, 2012 at 5:09 PM

mesti best! sedap tak walau cetak rompak? saya pun sedang cari juga ni. yang cetak rompak juga. haha

Telor Power Says:
June 14, 2012 at 2:10 AM

jimat dan murah serta mudah. pi mampos sama yang original. takde masa nak aku bazirkan duit banyak2hanya sekeping dvd original.

ops ter emo plak

SM Says:
June 14, 2012 at 4:44 AM

perempuan : pasar malam baru keluar, tapi ni kat pasar pagi. puas hati.

TP : tapi rasa bersalah jugak bro kat awek aku ni. barang lain takpe.

Lady Windsor Says:
June 14, 2012 at 7:47 AM

Cheittt..Adele sayang konon, memberahikan pula tu...kalau Adele tahu pasti dia kecewa sejuta tahun sebab ko beli cd pirate..apadaaaa!

Telor Power Says:
June 14, 2012 at 9:13 AM

SM : fuh awek lu pasti bangga sebenarnya...kerana adanya cetak rompak ini lah dia dikenali oleh org2 yg kurang berkemampuan utk membeli cakera yang tulen.
Secara langsung menaikan taraf porpularitinya sekaligus

SM Says:
June 15, 2012 at 12:28 AM

LW : cinta kami tiada tanda harga. haha!

TP : yang ni aku sokong sangat! membantu populariti. kalau takde barang pirate ni, orang miskin macam aku ni mana nak kenal adele.