Hanya Satu Ringgit

| Tuesday, June 19, 2012 | |

KL Sentral, lebih kurang jam 10 pagi tadi. Waktu belum melepasi tengahari tapi tekak aku dah terasa kering macam kena berbeku sepanjang hari. Menghampiri sebuah mesin vendor yang terletak berhampiran pintu utama bangunan ketibaan, tangan aku mengeluarkan wallet dari poket belakang. Selak sikit-sikit, jumpa not merah di antara celah-celah kertas tak berguna yang lain. Tanpa usul periksa aku terus cucuk ke dalam slot separas pinggang dengan tangan kanan.


Sreet... Macam tu lebih kurang bunyi not merah aku disedut masuk. Lampu kecil bertukar nyalaannya daripada warna hijau kepada warna merah. Setengah saat kemudian, not merah yang aku masukkan tadi terjulur dengan sendirinya di slot lagi satu di bahagian bawah.


"Abang, masuk satu ringgit saja..." tegur seorang bangla hensem yang sedang mengelap lantai beberapa langkah dari mesin vendor tu.


Tanpa putus asa, aku masukkan balik not merah tu ke tempat persemadiannya di dalam wallet aku. Aku cari lagi di antara celah-celah resit 99 Speedmart dan kupon top up terpakai. Tak jumpa. Tak puas hati, aku seluk kedua-dua poket aku perlahan-lahan sebab takut terceduk benda lain pulak, karang tak pasal-pasal senak kat situ jugak. Pun tak jumpa apa-apa kecuali kunci belalang tempur di poket kanan dan Nokia cabuk di dalam poket kiri.


Siot betul, mana pulak ni. Habis semua poket aku selongkar, aku bukak pulak semua zip (beg, bukan zip seluar!) di depan dan compartment utama. Yang ada cuma fon kepala, external hard disk dan beberapa keping kertas bersaiz A4 dan A3 yang bakal bertukar menjadi duit tak lama lagi. Pergh, takkan time macam ni langsung takde duit kecik kot??? Cilakak betul la!


Nampak gaya, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada air cincau yang berharga seringit tu. Selamat tinggal sayang, aku berambus dulu menikmati kedahagaan di bawah cuaca jerebu ni. Mungkin zaman gelap manusia sudah semakin hampir, di mana orang yang berduit juga tidak mampu menghilangkan rasa peritnya dahaga di tekak.


Sekian, entri hari jerebu.

10 comments:

Rai Says:
June 19, 2012 at 4:44 PM

hehe..aku benci betul dengan vending machine kat malaysia ni.. memilih duit..frust gila bila tak boleh nak beli sebab takde duit kecik..

Irfa Says:
June 19, 2012 at 4:50 PM

kdg2 bila nak mmg takde
sama jugak dgn duit 5sen.kalau ada pun sepah2 xde sapa nak kutip..tp ada ketika 5sen itu berguna

Nizam.Ariff Says:
June 19, 2012 at 5:09 PM

vending machine tu jenis yg tak pandang pangkat dan harta...
bagus sungguh peribadinya...

pok amai-amai Says:
June 19, 2012 at 5:17 PM

????

Vending machine ape tu? Tiket komuter ke? Ke mesin air? Nape ko tak beli air kat kedai je? Kan ade je jual? RM1 je ke air cincau dlm vending machine tu?

Heeee~

onlajer Says:
June 19, 2012 at 5:39 PM

Buat bisnes vending machine macam best je duit masuk barang tak keluar gerenti cepat kaya dan cepat lingkup

Lady Windsor Says:
June 19, 2012 at 7:11 PM

err apsal ko tak roger aku? aku ada berfoya-foya kat situ tadi..

bact. Says:
June 19, 2012 at 7:40 PM

ko ada marah mesin tu tak?
mungkin di merajuk kot

SM Says:
June 19, 2012 at 10:07 PM

Rai : menyesal pulak aku tadi jadi orang `berduit'. haha!

Irfa : macam cari benda hilang. bila taknak, bersepah depan mata.

Nizam : ya, patut disanjung dunia akhirat. haha!

MF : kedai lain takde jual air singgit. dan aku memang terliur dengan air cincau tu.

onlajer : ...sebab vending machine paling mudah jadi mangsa vandal kot.

LW : ada, kau kot yang tak perasan.

bact : kalau aku maki, takut dia buat hal kat orang lain pulak.

Telor Power Says:
June 19, 2012 at 11:35 PM

owh kat tempat aku takde....

jadi lagi senang layan beli dikedai2

SM Says:
June 20, 2012 at 1:24 AM

TP : kelebihan beli kat kedai, boleh layan amoi comel.