Hamba Mesin

| Tuesday, June 26, 2012 | |
Hari tu aku dah try install, tapi tak boleh jugak. Sebelum tu aku buat kat tempat lain elok je takde masalah. Kat laptop yang ni je problem sikit. Authorization code tu tak boleh nak verify. Serupa macam demo mode je. Entah la apa ke jadahnya tak mau pulak.


Apasal macam tu?


Entah. Aku rasa mungkin dia punya barang dalam semua original kot, sebab tu dia detect kau punya software yang break dongle tu macam virus atau spam kot. Kalau macam tu kena masuk Sentinel jugak la. Tak boleh install break dongle punya. Sebelum tu dia terpaksa mintak programmer tolong install CAD, tu pun version 2010 punya. Macam bangang.


La, serupa tak payah. Laptop tu nak bawak pergi site. Tak guna la beli tapi tak boleh pakai. Haram jadah punya orang.


...kami diam sebelum memulakan tajuk perbualan yang lain.


*********************


Pada aku dalam dunia ni ada beberapa jenis hamba. Ada yang elok, ada yang bawa malapetaka. Antara kita, ramai yang suka dan sanggup jadi hamba cinta. Kalau cinta pada yang satu tu takpe la, sekurang-kurangnya boleh jugak back up kita kat sana walau pun tak berapa ikhlas. Tapi jenis yang jadi hamba cinta sesama manusia ni yang parah. Silap-silap ada harapan mati jatuh gaung.


Ada pulak yang suka dan tak kisah jadi hamba kepada ketua atau bos. Bermula dari bos yang paling kecil sampai la kepada bos yang paling atas dalam organisasi, semua dia main angguk kepala je bila kena suruh. Langsung tak reti melawan. Benda ni ada jugak faedahnya kalau dalam berpuluh tahun kerja dapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Kalau takde, sapu habuk je la jawabnya.


Hamba yang satu ni pun lebih kurang sama jugak musibahnya. Tak kira jantina, lelaki dengan perempuan sama je naiknya. Iaitu hamba duit. Kerja macam nak mampus semata-mata nak kejar duit yang belum tentu boleh tutup liang lahad esok. Anak-anak ke mana, bini entah tak diambil peduli langsung. Mak bapak jauh sekali dikisahkan. Karang bila dah arwah, bukannya duit tu boleh tolong sedekahkan al-Fatihah pun.


Sekadar sedikit contoh hamba-hamba yang biasa kita lihat dan tauladani sebab dah melata di sekeliling kita. Dan hamba yang satu ni baru aku sedar akan kewujudannya, hamba mesin! Orang zaman dahulu, peralatan direka semata-mata untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja bukannya nak menyusahkan. Apa guna kalau kita ada gadget yang paling canggih tapi langsung tak dapat membantu dalam menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya menjadi alternatif dalam mencari jawapan kepada permasalahan. Tapi apa yang aku perasan, ada jugak antara kita yang terikut-ikut dengan kerenah mesin-mesin yang manja ni semua. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau macam tu baik bela ayam serama je. Manja, comel dan maintenance tinggi sikit tapi bila dah besar dan tegap harga boleh cecah ribu-ribu ringgit!


Sekian entri pagi Selasa yang penuh kelesuan...

7 comments:

Lady Windsor Says:
June 26, 2012 at 9:12 AM

Ceittt aku baru perasan ada pisau pencincang kat bawah tu yek...agagaga!

Nizam.Ariff Says:
June 26, 2012 at 9:49 AM

jadikan mesin hamba kita...

kita hapuskan SkyNet!

Rai Says:
June 26, 2012 at 9:49 AM

masalahnya diorang tak sedar diorang tu hamba pun..sampai dah terlewat..dah arwah baru nak celik mata..

SM Says:
June 26, 2012 at 10:52 AM

LW : ha, baru nak takut?

NIZAM : skynet? ah, alang-alang hapuskan semua gadget yang menyusahkan.

Rai : aku harap aku takde kat situ bila arwah celik mata... :-)

Lady Windsor Says:
June 26, 2012 at 3:18 PM

Takut tak takut, Ada mak kesah dik non!

Telor Power Says:
June 27, 2012 at 11:51 AM

terfikir sekajap....apa yg ko sampaikan ni ada betulnya juga.

SM Says:
June 27, 2012 at 2:55 PM

LW : pergh, sombong kak non ni!

TP : berdasarkan kejadian sebenar.