Hadiah Untuknya

| Friday, June 29, 2012 | |
Pusing-pusing, kepala sedikit pening. Geleng-geleng, kepala agak mereng... Dua minggu lalu aku sedikit kebingungan dalam misi mencari hadiah yang sesuai untuk seorang insan istimewa kesayangan Tuhan sempena hari istimewanya.


Dalam usia yang masih lagi begitu muda, tak mungkin dia memahami apa itu yang dikatakan kehendak materialistik atau keperluan duniawi. Melihatkan insan lain yang sebaya dengannya dimewahkan dengan segala macam hadiah pemberian hingga ada yang mencecah ratusan ringgit (tak mustahil juga ada yang berharga beribu ringgit) atau pun barangan import daripada jenama terkenal, aku akan segera tertunduk ke lantai sebagai tanda aku mengakui bahawa aku bukanlah begitu sepadan dari kalangan mereka jika hendak dibandingkan dengan kemampuan memberikan hadiah.


Dalam usia yang begitu muda juga, tidak mungkin juga dia sudah mengerti apa itu yang dikatakan barangan berkualiti tinggi, rekaan edisi khas atau pun keluaran terhad oleh pereka terkenal dunia. Jauh sekali untuk menarik tangan kedua-dua orang tuanya untuk memasuki gedung-gedung yang hanya dilawati oleh mereka yang kononnya bercitarasa tinggi. Ah, mustahil aku akan memberikannya hadiah yang hanya boleh dipeluk ketika mahu memasuki alam tidur setiap malam berharga tiga angka tidak termasuk titik perpuluhannya.


Cuma, aku sedikit bertuah minggu lalu apabila secara kebetulan telah diperlihatkan dengan satu tempat himpunan yang tersembunyi sesuatu disitu. Akhirnya, aku dipertemukan juga dengan hadiah yang sangat sesuai untuk diberikan kepadanya. Maafkan aku kerana aku tidak terdaya untuk menemukan sesuatu yang bernilai lebih tinggi mengikut pada hitungan mereka.


Berharga RM12.90, sangat berbaloi pada aku kerana semua ada di sini.
Bukan hanya sekadar cerita kanak-kanak.

Aku beli kat Plaza PKNS, Shah Alam.
Tingkat bawah dekat-dekat dengan KFC mengadap arah keluar.


Sekian entri pagi Jumaat.

8 comments:

Lady Windsor Says:
June 29, 2012 at 8:27 AM

Ok, selamat hari lahir untuk penerima buku bertulisan jawi itu..

SM Says:
June 29, 2012 at 8:33 AM

dia ucap terima kasih, tapi kat aku la. hahahaa...

*beberapa jam kemudian, tiga atau empat helai dah kena conteng... sabar je la.

Kakzakie Says:
June 29, 2012 at 9:31 AM

Buku cerita ini penuh teladan macam cerita unta berkata-kata ini. Kalau dah Yahudi tu memang sampai sekarang pun sama. Dengki dgn org Islam nasib baik juga unta itu boeh bercakap. Bagus buku ini...

Telor Power Says:
June 29, 2012 at 9:35 AM

bagus mededahkan tulisan jawi ni di peringkat awal.

aku pun tak terfikir berbuat begitu. Tahniah der..idea lu mmg bagus

Nizam.Ariff Says:
June 29, 2012 at 9:43 AM

hadiah yang bagus.


aku hadiahkan anak aku benda2 yang membantu dia mengenali dunia pelajarannya.... ToysRUs saintifik. itu pun ok gak... tapi tgk umur juga la...

pok amai-amai Says:
June 29, 2012 at 9:59 AM

Dalam hat idie mst kata...TAPI...TAPI....SAYA NAK PS3.

Mmmmm...

=p

SM Says:
June 29, 2012 at 11:32 AM

Kakzakie : buku ni best sebab mudah budak-budak nak belajar. siap ada soalan pemahaman lagi.

TP : gua tak sengaja termasuk kedai buku ni, lepas tu terbeli pulak.

Nizam : mahal atau murah, branded atau cikai, tak jadi hal. yang penting boleh belajar. hadiah 10 batang pencungkil gigi pun kalau dia buat belajar tambah tolak pun dah kira bermakna.

MF : mak oi! mujur dia tak bersuara time aku bagi tu. haha!

Lady Windsor Says:
June 29, 2012 at 7:22 PM

hah dah kena koyak? wassalam la jawabnya...adehhh kalau dah namanya bukan dewasa..gitu la weii..ko sabar la beb..tugas ko beli, tugas dia koyak..