Bukan Untuk Kita

| Thursday, June 21, 2012 | |
"Abah, nak tu. Nak belon Angry Bird marah tu..."


Dahi dia sedikit berkerut. Perhatian dia pada lelaki yang sedang menceduk kuah laksam terpesong ke arah lain. Segera dia berpaling ke arah si kecil yang kepalanya berada separas pinggang. Kemudiannya dihalakan pula ke arah yang ditunjukkan oleh jari telunjuk si kecil itu.


"Nak tu, nak tu. Abah, nak la..."


Si kecil mula menggoyang-goyangkan tangannya. Sekejap mendongak ke arahnya, sekejap melihat ke arah seorang lagi lelaki di hujung sana.


"Abah, nak la. Nak la..."


Kali ini si kecil mencondongkan badannya ke arah yang lebih jauh itu. Tangannya ditarik-tarik oleh si kecil yang memanggilnya abah. Dia risau. Kepalanya ligat membuat congakan ringkas. Ditangannya terjinjing sebungkus cendol. Hanya itu sahaja yang ada. Cendol.


Mengikut hitungannya, wang yang ada di dalam poket dan dompetnya berjumlah kurang dari RM10 jika ditambah. Itu sahaja yang tinggal sehingga esok. Dan lusa adalah hari gaji. Apa aku nak buat ni, fikirnya.


Setelah laksam yang dipesannya siap, segera tangannya menghulurkan tiga keping not RM1 yang di ambil dari poket.


"Abah, nak belon tu. Nak belon Angry Bird marah tu. Nak la..."


Suara manja si kecil bertukar menjadi rengekan merimaskan. Badan si kecil itu makin sukar dikawal olehnya. Sedikit demi sedikit dia seakan dipimpin oleh suara rengekan itu ke arah hujung sana. Seakan ada besi berani berlainan kutub antara mereka berdua dengan belon-belon di sana. Otaknya masih lagi menghitung. Sepanjang beberapa langkah itu, hasil hitungannya masih lagi sama.


Entah cukup, entah tidak apa yang ada di dalam dompetnya ketika itu. Poketnya telah kosong. Isinya telah digantikan dengan sebungkus cendol dan sebungkus laksam. Lusa gaji.


"Berapa?" soalnya.


"Lima ringgit!" jawab lelaki yang disoalnya.


"Bagi yang tu." tangannya menunjuk ke arah salah satu belon yang terapung-apung dan melambai-lambai ditiup angin serta tertambat antara satu sama lain. Setelah not RM5 dari dalam dompetnya bertukar tangan, segera si kecil itu menadahkan tangan untuk mengambil belon itu sambil tersenyum.


Lelaki itu memandang senyuman si kecil itu dengan sengihan... Sepanjang pulang ke motosikal, langkah mereka tidak seragam lagi dek kerana kaki si kecil itu seakan-akan melompat-lompat riang.


Di dalam hati lelaki itu, tidak mengapalah kalau aku tidak berduit langsung dalam tempoh dua hari itu pun. Lusa gaji. Dan duit gaji itu bukan untuk dirinya sahaja.


Sesuatu yang telah lama disedarinya sejak dipanggil abah oleh mulut si kecil itu adalah, hasil bagi setiap hari dia bekerja memerah otak dan keringat sebenarnya untuk orang lain, bukan dirinya. Dan senyuman riang si kecil itu sebenarnya ganjaran yang tak ternilai untuknya. Subhanallah, dia bersyukur...


Sekian entri bapa dan anak...


-entri ini bukan sempena hari bapa...

8 comments:

pok amai-amai Says:
June 21, 2012 at 8:11 AM

Bini die tak msk ke? Duit dah kering. Siap boleh nak beli makanan kat lua. Bape sgt portion?

Heheheh.

Dulu aku pnh ade situasi mcm bro kat bwh ni. Bile ujung bulan, mmg sesak nafas. So, takde istilah nak kua umah n beli makanan kat lua. Mmg akan tau jdk mcm ni, lauk mentah tu mmg siap2 beli. So, takde makne nak membeli kat luar.

Aku rs, bro tu klu die siap2 beli lauk mentah...takkan ade mslh mcm ni. Sbb kite ni even kononnya golongan sederhana kat KL, tp ade sesape ke nak amik peduli time kite putus duit? Nan hadooooooo! Oleh itu, pergunakan bantuan rakyat dkt2 election ni sebaik mgkn w'pun tak nak sokong dacing.

Amacam?

=p

Nizam.Ariff Says:
June 21, 2012 at 9:31 AM

kalau aku terputus bekalan hayat, aku makan nasi+kicap+telur goreng+ulam cabai burung... itu pun sudah aku rasa perghhh!!!

Dan... satu lagi ikan gelama kering dan setin sardin cap aya,. itu mesti sentiasa ada dalam rumah aku. kalau terguna, aku akan pastikan inventori penuh balik...

Dan... cuka.
kerana ada hadis yang lebih kurang mengatakan rumah yang ada cuka tidak akan terputus makanan... lebih kurang begitu lah maksudnya...

Rai Says:
June 21, 2012 at 11:48 AM

dah musim hujung bulan ni isteri kenalah rajin memasak kalau sesak.. lagi jimat..dan masih boleh makan sampai kenyang.. berbanding makan kat luar yang belum tentu sedap dan mengenyangkan..

pada aku..ada waktu anak anak kena faham kesusahan mak bapak. kalau yang dia mintak tu makanan memang aku akan usahakan untuk beli atau buat.. tapi kalau bendanya macam belon angry bird..aku rasa membazir je kot..

Lady Windsor Says:
June 21, 2012 at 9:12 PM

Au tak pernah terputus bekalan, sebab aku tak pernah ada talian@bekalan hayat...jatuh bangun, makan atau tidak...aku sendiri-sendiri, jadi lebih baik aku membiasakan diri dengan bekalan yang tidak pernah ada sebab aku kais pagi makan pagi kais petang makan petang, kalau aku malas kais...aku puasa...

Nizam Ariff, aku tak pernah dengar pasal cuka ni, something interesting to find out...thanks bro! Seb bek rumah aku ada sebotol cuka...

SM Says:
June 21, 2012 at 10:54 PM

MF : dia beli untuk bini dia yang tengah mengandung kat rumah, mengidam.

Nizam : pergh, banyak jugak tatacaranya. mungkn salah satu berkesan. lagi satu, sardin cap ayam adalah sardin paling power tapi aku akan pilih king cup atau bumble bee untuk jimat kos. rasa nombor dua.

Rai : bini dia alah dengan bau dapur masa mengandung. dan lagi, kat rumah sebutir beras pun dah takde.

LW : bro yang ni kais pagi sampai petang, makan untuk sepinggan je.

pok amai-amai Says:
June 22, 2012 at 10:20 AM

Eh, Ayam Brand tak syoklah. Aku tak bape suke. Aku suke King Cup. Sedap sket dr Ayam Brand. Heee~ Brand Botan pu nsedap. Tapi mhl! Set2 harga Ayam Brand gak.

=p

SM Says:
June 22, 2012 at 10:27 AM

MF : ya, kingkcup dan ayam brabd paling sedap. tapi bumble bee paling berbaloi untuk poket.

Telor Power Says:
June 27, 2012 at 12:12 PM

anak ko eh...jangan berkira sangat dgn anak ko bro..