Black Sudah Berteman

| Thursday, June 28, 2012 | |
Lumrah


Setiap daripada kita memerlukan teman. Tak kira la sama ada teman hidup atau teman mati. Itu lumrah. Lagi pun memang Tuhan tempatkan kita di dunia ini sudah tersedia pasangannya. Terpulang pada kita untuk berikhtiar untuk mendapatkan teman yang sebaik-baiknya. Kalau yang dah tersilap pilih tu kira nasib malang la. Tapi takpe, yang penting jangan putus asa untuk terus mencari lagi dan lagi.


Itu pasal manusia. Pasal makanan pulak pun lebih kurang sama jugak kesnya. Aku kalau makan pisang goreng atau tempe/tauhu goreng mesti nak kena bagi benda tu berteman dalam mulut aku. Biar mereka sebati memadu kasih selumat-lumatnya ketika dikunyah. Kalau makan macam tu saja, memang payah sikit la nak habis kecuali tengah kebulur atau orang belanja. Peneman yang paling sesuai pada tekak aku tak lain dan tak bukan adalah sambal kicap. Almaklumlah, ada darah campuran Jawa-German la katakan. Sambal kicap memang tak lari punya. Nak pulak kalau ada perah air limau sikit.


Si Black Yang Sendirian


Di dalam ruang cubicle seluas lima kaki kali enam kaki kat ofis aku, telah dihuni `seseorang' selain daripada diri aku sendiri sejak beberapa minggu lalu. Kesian aku tengok dia tergantung tidak berteman. Dapat aku rasakan esak sendunya yang menahan seksa kesunyian. Lebih-lebih lagi kalau aku stay sampai malam. Maafkan aku, bukan niat aku untuk tidak mencarikan kau teman, tapi kau kena belajar untuk tergantung sendiri di dinding partition itu. Belajar sesuaikan diri, kerana bila kita di alam sana esok mungkin kita akan sendirian menanti hari penghakiman.


Kehadiran Smith


Dua hari lalu, aku telah didatangi oleh seorang sahabat yang kebetulan berada di kawasan berhampiran tempat aku mencari rezeki separa halal atas urusan kerja. Walau pun pertemuan kami pada waktu itu hanya sebentar (mungkin) disebabkan kesibukannya mengejar masa, dan dalam kelam kabut itu dia sempat menghulurkan beberapa cenderamata sebagai tanda... entah la tanda apa pun aku tak tau. Sebab barang kat rumah dia dah penuh kot. Hahahaa!!! Apa pun cenderamata yang dia hulurkan dari beg kertas tertulis Goat's Milk Soap jenama Saanen itu kemudiannya aku berikan pula kepada Black sebagai temannya. Aku harap Black dapat menerima kehadiran Smith yang diterbangkan dari jauh itu.
Black, lepas ni kau tak payah nak menangis tersedu-sedu tengah malam lagi dah.
Kacau je aku nak buat kerja haram kat ofis ni. Terganggu kau tau tak?


Sekian entri berteman.


-Terima kasih kepada sahabat aku tu sebab sudi luangkan masa dalam kesibukan dan ingat kat aku yang tak seberapa hensem ni.

11 comments:

ralphrazaq Says:
June 28, 2012 at 4:40 PM

asal partition kita sama kaler??

SM Says:
June 28, 2012 at 4:43 PM

ralph : id consultant yang sama la kot. tapi partition kau takde black dengan smith berdua ni. hahahaa!!!

Telor Power Says:
June 28, 2012 at 9:01 PM

black tu mcm seram jer. mujur dia berkilat..kalau dibuat dari kayu kompom bertambah seram

Lady Windsor Says:
June 28, 2012 at 9:08 PM

wahhh bertuah la black, dah ada teman kat sebelah...tapi dua-dua tergantung, apa sangat la depa buleh buat naaa...

tangan sapa yang dajal pi sumbat rokok tu eh!

SM Says:
June 29, 2012 at 12:01 AM

TP : yang raw finishing macam tu pun ada jugak kat pasar philippines (kota kinabalu) hari tu. tapi design tak banyak pilihan.

LW : aku tengok mata dia kuyu semacam je. mesti stim sebab lama tak pekena asap, tu yang aku sumbat tu.

Lady Windsor Says:
June 29, 2012 at 7:55 AM

ahh memandai je ko neh...

SM Says:
June 29, 2012 at 8:01 AM

aku belanja dia rokok sebatang la! kesian tergantung sekor-sekor...

Telor Power Says:
June 29, 2012 at 9:07 AM

SM : black ini buatan filipina rupanya.

SM Says:
June 29, 2012 at 11:33 AM

TP : alamak, buatan sana ke? aku tak tau. takpe, yang penting beli kat KK.

ralphrazaq Says:
July 3, 2012 at 3:01 PM

nak pinjam boomerang..

SM Says:
July 3, 2012 at 4:23 PM

Ralph : benda ni kalau tak biasa memang bahaya sikit. silap baling, boleh ikut balik rumah...