Apa Kata Anak Makcik Jual Nasi Lemak

| Tuesday, June 26, 2012 | |

Seperti biasa pagi tadi lebih kurang jam 7:20 pagi, antara perkara pertama yang aku akan buat selain masuk tandas, aku akan segera log in gmail dan jugak blogger.com sebelum aku melakukan perkara-perkara rutin yang lain seperti menghabiskan sarapan pagi berulamkan Winston Light. Tapi pagi ni aku rasa sedikit istimewa kerana aku telah didatangi dengan notification email berkaitan dengan entri aku bertajuk Deklarasi Nasi Lemak, entri yang aku naikkan lebih kurang setengah tahun yang lalu. Kehadiran email itu menunjukkan aku ada menerima komen terbaru daripada seorang Anonymous seperti di bawah:
Sejak aku memulakan blog ini secara aktif selepas bosan dengan blog peribadi setahun lalu, cuma beberapa kali aku ada ditegur oleh mereka yang tidak bernama. Kesemuanya memberikan komen yang membina seperti entri tulisan jawi dan pengalaman menghadapi pemandu di Pulau Mutiara tak lama dulu. Tetapi, komen yang terbaru daripada Anonymous ini sangat mencuit hati aku. Apakan tidak, aku mempunyai dua prasangka yang bertentangan terhadap si Anonymous ini.


Pertama : Mungkin dia adalah orang yang telah tersesat masuk ke dalam blog aku ketika hendak mencari maklumat-maklumat yang aku sendiri tak tahu, dan memandangkan waktu komen itu dihantar adalah hampir tengah malam, mungkin juga dia bertujuan hendak bergurau dengan aku. Takkan la di kalangan rakyat Malaysia yang lebih 20 juta orang ini, anak makcik penjual nasi lemak ni boleh tepat masuk dan membaca entri yang memang betul-betul ditujukan kepada nasi lemak emaknya. Agak mustahil. Ketika memikirkan kebarangkalian ini, aku tersengih sendiri.


Kedua : Keajaiban dunia maya yang sememangnya aku sendiri sukar jelaskan. Suatu perkara yang berlaku secara kebetulan kadangkala agak sukar untuk dijelaskan oleh pemikir bertaraf doktor falsafah, inikan pulak dengan akal kontot manusia macam aku ni. Aku agak, si Anonymous atau anak makcik penjual nasi lemak ni secara tidak sengaja telah menemui entri aku setelah menaip beberapa kata kunci yang berkaitan seperti pekan Pasir Panjang, nasi lemak atau daun pisang. Entah la, mungkin kot. Juga, aku tersengih sendiri apabila terkenangkan kebarangkalian yang kedua ni.


Apa pun, kalau betul la si Anonymous ni anak makcik jual nasi lemak tu, aku ucapkan berjuta terima kasih sebab tergamak singgah blog bau cagu aku ni dan jugak atas info yang dia bagi tu.


Sekian entri beruk terkejut.

12 comments:

Irfa Says:
June 26, 2012 at 1:03 PM

sebenarnya aku muskil..betul ker?
dah gi balik kedai nasi lemak tu..mmg dah pindah ke?

SM Says:
June 26, 2012 at 1:06 PM

tak jauh dari situ memang ada dibina satu deretan kedai baru. tapi tak pasti sama ada betul atau tidak dah pindah sebab aku dah lama tak lalu situ. minggu ni kalau berkesempatan, aku akan singgah dan tanya khabar sambil jawab salam makcik tu.

Rai Says:
June 26, 2012 at 1:35 PM

kemungkinan ketiga..dia saja nak promote kedai makan emak dia kat blog ko ni..hehehe..

Lady Windsor Says:
June 26, 2012 at 1:46 PM

Aaa mana komen aku aa? Aku cakap pasal pissau cincang tadi...

SM Says:
June 26, 2012 at 2:07 PM

Rai : aik, ada tiga kemungkinan?

LW : pisau cincang kau dalam entri sebelum ni la. adui, kantoi kau tak baca entri. hahahaa!!!

Lady Windsor Says:
June 26, 2012 at 3:18 PM

Aku rasa macam entry ni yg aku baca...apsal aku lupa eh?

pok amai-amai Says:
June 27, 2012 at 10:13 AM

Kau antara yg bertuah.

Telor Power Says:
June 27, 2012 at 11:44 AM

itu tandanya ko mula femes bro..

SM Says:
June 27, 2012 at 2:53 PM

LW : pergh, kau ni sibuk sangat kot. sampai dah jadi kelam kabut.

MF : kita semua bertuah.

TP : femes? jauh sekali.

Telor Power Says:
June 27, 2012 at 9:51 PM

kira femes juga la tu.

Anonymous Says:
June 30, 2012 at 7:22 PM

Anak Makcik Jual Nasi Lemak says:

Kepada tuan2 dan Puan, ye mmg benar ini anak Makcik Jual Nasi Lemak tue.. hahaha tp bukan yang pembancuh air tu ae....

Prasangka kedua lebih tepat.. mmg mencari entry berkenaan Nasi Lemak sbb nak wat banner "we are moved".. x sangka plak ade review ikhlas dr blogger.. mulenye xmau la nak perasaan,, tp entry tersebut menceritakan perihal nasi lemak tanpa timun, deretan kedai lame... menguatkan lagi berkenaan itu mmg kedai mak saye... hahaha

Ye kedai lame mmg da nak roboh (kalo lalu subuh2 nampak kedai lame tu masih lagi okeyh dan nampak masih bernyawa, sila baca ayatul-kursi!)... dan berpindah ke kedai batu yg baru...

tq to blogger yang review berkenaan nasi lemak mak saya.. dan jemput dtg lg ke kedai mak saya yang beroperasi setiap hari... bermula dr jam 6.00pg hingga 1 ptg (kdg2 lajak sampe kol 2 ptg).....

to all readers... jemput la ae :)

SM Says:
June 30, 2012 at 10:31 PM

To Anak Makcik Jual Nasi Lemak :
terima kasih. barang yang baik takkan dilupakan.