Aku Reda

| Tuesday, June 19, 2012 | |

Petang tadi sebelum berambus dari ofis, aku ada perasan satu tajuk depan Berita Hairan yang siap berserta gambar iaitu `Reda Tunang Hilang Kaki' (malas nak snap gambar, buang karan je). Sebenarnya pada aku laporan akhbar ni takde la menarik mana pun memandangkan banyak lagi benda dalam dunia ni yang aku nak kena fikir. Inflasi, harga minyak RON95, keputusan bekalan gula kat tempat aku dan macam-macam lagi la.


Cuma yang menyebabkan perhatian aku ditarik di sini adalah ejaan yang membuatkan aku sedikit keliru. Manakan tidak, kalau tak silap aku dulu pernah wujud perkataan `redha', tapi sekarang aku tak pernah lagi jumpa perkataan ni sebaliknya digantikan dengan ejaan yang baru iaitu `reda'.


Sebagai seorang pelajar berkeputusan pangkat satu dan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu serta berjaya ke menara gading tetapi sedikit bangang dalam hal bahasa, setahu aku perkataan `redha' ni membawa maksud `menerima' manakala `reda' pulak lebih kurang sama macam `berkurang'. Contoh ayat:


redha - Oi badigol, kau redha je la dengan keputusan Musalmah tu nak mintak putus tunang. Memandangkan muka kau yang tak hensem dah macam jamban pecah, tambahan pulak otak kau tu bebal sampai lima kali ambik UPSR tak lulus, memang patut pun tunang kau tu lari kahwin dengan anak ahli parlimen kita tu.


reda - Tak mungkin kemarahannya akan reda terhadap tindakan melampau anaknya sendiri yang berani berzina di siang hari, pada ketika dia berada di rumah secara curi-curi di bilik stor. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia tetak kepala anaknya dan budak lelaki celaka itu sampai mampus.


Pada aku lagi, perbezaan ketara antara kedua-dua perkataan ini selain maksudnya adalah ejaan asalnya sebelum ditukar kepada tulisan rumi iaitu tulisan jawi. Dalam tulisan jawi huruf `dh' dalam perkataan `redha' datangnya dari huruf ض, manakala huruf `d' dalam perkataan `reda' pula diwakili oleh huruf د. Kan ke jauh beza tu.


Jadi kenapa sekarang pengamal media sudah mentiadakan perkataan `redha' tu sendiri? Atau pun sejak beberapa tahun kebelakangan ni dah ada dikeluarkan satu fatwa baru oleh DBP tentang pembaharuan yang aku tak tau ni? Almaklum la, orang bangang pasal bahasa macam aku ni selalu tertinggal.


Jadi, kalau la kekeliruan yang aku ada sekarang ni dapat diselesaikan, takde la aku menyesal dan rasa tak puas hati sampai mati. Oleh itu, terimalah serangkap pantun daripada aku:


Buah cempedak di luar pagar
Gugur sebiji dijolok galah
Saya budak kurang ajar
Kalau silap maki ajelah


Sekian entri kekeliruan bahasa.

12 comments:

Telor Power Says:
June 20, 2012 at 1:19 AM

aku bab2 bahasa ni kurang fasih. tapi kalau bahasa pasar tu boleh aje

hihihii

SM Says:
June 20, 2012 at 1:23 AM

TP : sebab tu aku makin confuse. dah la tak reti pasal bahasa.

Telor Power Says:
June 20, 2012 at 2:14 AM

SM: tapi bahasa ;u lagi tinggi tahapnya berbanding gua, takpe kamus bergerakan ada....

tunggu saja dia komen tentang dua perkataan ni

Nizam.Ariff Says:
June 20, 2012 at 8:47 AM

aku sependapat dgn ko.
kalau itulah tajuknya, apa yg aku faham ialah: perasaan (cemas?marah?sedih?) tunang dah reda sedikit bila dah kena potong kakinya.


tapi itulah dia... even tulisan Jawi pun dah ditransformasikan ejaannya. banyak ejaan Jawi yang dulu2 aku belajar dah tak wujud... huhuhu

pok amai-amai Says:
June 20, 2012 at 9:28 AM

Tepuk tangan!

Kita sependapat. Aku ckp pantang org yg silap dlm penggunaan perkataan. Dan ejaan. Lelagi BM!

SM Says:
June 20, 2012 at 9:33 AM

TP : gua tak puas hati selagi tak dapat jawapan.

Nizam : tu la pasal, takut orang salah faham pulak dengan makna ayat tu.

MF : nanti jap, sebenarnya sekarang aku makin tak tau mana satu betul. REDA atau REDHA.

pok amai-amai Says:
June 20, 2012 at 12:05 PM

Mungkin REHDA? Hahahahahah!

Ok. Aku dah buat kajian menyeluruh (ceh).

Reda tu ada 2 makna. Maksud 1 - DENGAN IKHLAS. Maksud 2 - MULA BERKURANG.

Redha tu mcm org Malaysia mengeja BARU dengan BAHARU. Atau BHARU. Atau Bahru. Tapi maksudnya hanya terhad pd maksud 2 mcm kat atas.

Rujukan - DBP

=p

Anonymous Says:
June 20, 2012 at 6:41 PM

aku cadangkan korang telefon la editor berita hairan tanya nape depa cuai dengan penggunaan bahasa..03-22822323...minta operator sambung ke news editor berita hairan!



LWINDSOR

Telor Power Says:
June 21, 2012 at 12:38 AM

MF sudah berikan serba sedikit jawapan.

SM Says:
June 21, 2012 at 3:29 AM

MF : terima kasih atas perkongsian info.

LW : beb, aku tak tahu ini kes kecuaian dari pihak editor, cetakan atau ejaannya memang begitu. sebab aku pun tak tau yang mana satu betul. adakah huruf H itu memang telah ditiadakan?

TP : sama-sama la kita...

Anonymous Says:
June 21, 2012 at 8:42 AM

beb aku tak beli berita hairan, baca apatah lagi..aku cuma go thru sepintas laju jer..

Anonymous Says:
June 21, 2012 at 8:43 AM

beb aku tak beli berita hairan, baca apatah lagi..aku cuma go thru sepintas laju jer.

Lwindsor