ADIDAS Kesayangan

| Thursday, June 14, 2012 | |

Tak ingat bila, tapi rasanya dah sepuluh tahun benda ni jadi milik aku. Tapi aku langsung tak kenal siapa pemilik yang asal sebab benda ni aku beli kat bundle. Seingat aku, dulu ada dua bundle yang top iaitu Osama Bundle (Taman Seri Gombak, Batu Caves) dan satu lagi Buntil (Puduraya).


Dengan bermodalkan RM60 yang dikira agak mahal pada aku ketika itu, aku memberanikan diri melangkah masuk ke dalam premis bundle ni buat kali kedua. Kemasukan aku ke situ beberapa minggu sebelumnya telah membuatkan mata aku terpaku seterusnya melekatkan diri aku selama setengah jam, semata-mata mahu membelek sepasang sweater Adidas warna krim berjalur merah. Memang ngam dengan taste aku.


Sebenarnya, zaman tu aku lebih suka membeli pakaian bundle di Jalan Chow Kit atau sekitar Keramat dalam lingkungan harga RM5 hingga RM20 sama ada t-shirt tanpa tulang yang menjadi trend ketika itu, atau seluar jeans/khakis. Sambil-sambil dapat jugak belek-belek poster band-band yang aku minat (sekarang, setakat pasar malam je la). Tabiat ni mambawak sampai sekarang, di mana pakaian (walau pun baru) yang harganya melebihi RM50 adalah mahal pada aku. Beli kat Giant pun orait apa.


Tapi, disebabkan minat jugak la telah membuatkan RM60 aku melayang petang tu.


Hingga kini, sweater ini telah banyak berjasa kepada aku dengan membaluti tubuh aku tatkala aku menjelajah serata Malaysia sama ada atas faktor kerja atau berjoli bersama-sama kekasih terang. Sangat berbaloi rasanya.
Satu yang aku perasan (harap sebenarnya), sweater aku ni mungkin pernah dipakai oleh salah seorang ahli pasukan bolasepak Malaysia ke Olimpik Munich tahun 1972! Kalau betul, maka ada potensi aku nak jual barang ni dengan harga RM1000 sepuluh tahun akan datang...
Sekian entri kenangan bundle.

10 comments:

Lady Windsor Says:
June 14, 2012 at 7:43 AM

pasar malam, shopping, gudang, tepi jalan...aku tetap akan beli barang yang dijual di lokasi itu kalau aku suka dan berkenan...dan adidas adalah antara jenama kesukaan aku selain nike kalau untuk sport item..

Telor Power Says:
June 14, 2012 at 9:58 AM

ko juga layan bundle...tahniah. mmg style la.

kalau tak silap aku ini sweater adidas JAPAN kan. kalau ye owh mmg barang rare.

Nizam.Ariff Says:
June 14, 2012 at 5:08 PM

aku beli T-shirt kat giant je...
setahun sekali baru beli Tshirt tebal sikit kat Jusco untuk beraya...

SM Says:
June 15, 2012 at 12:25 AM

LW : aku tiada jenama kegemaran. janji murah.

TP : selain dah jadi rare, ni barang paling aku sayang.

Nizam : kadang-kadang kat jusco gua tak boleh blah, ramai orang. serabut kepala.

Telor Power Says:
June 15, 2012 at 12:44 AM

kalau begitu kena frame kan ni hahaha

SM Says:
June 15, 2012 at 1:14 AM

orang kata kalau barang tu simpan tak pernah pakai, jadi rosak.

Lady Windsor Says:
June 15, 2012 at 1:34 AM

SM,
Betul, kalau simpan tak pakai, barang pun makan diri. Macam kes seseorang yang aku kenal, beli kasut camel rega RM450. Sayang punya pasal, simpan kasut tu dalam kotak, tak pakai. Cukup setahun tapak kasut camel yang ori tu rosak dengan sendiri kedua2 belah. Lastly hantar kedai bayar RM30 baiki tapak, baru nak pakai..pehhhh tak ori dah!

Aku pantang beli barang simpan...

Err jersi ko tu ya ke real? Kehkehkeh..saja aku jolok sarang tebuan...

SM Says:
June 15, 2012 at 1:59 AM

LW : jersi jepun tu ke? tak ori, rm30 je. tu pun aku dapat banyak dari siam sebab nak jual. terus terang, aku tak pernah beli yang original (dan baru) sebab mahal, tak mampu pulak. cetak rompak sudah. pergi mati (berkali-kali) orang nak kata apa. janji aku selesa dan tak berbogel di tengah khalayak ramai. haha!!!

Lady Windsor Says:
June 15, 2012 at 8:15 AM

hahahahaha ya jangan berbogel nanti Adele pengsan..kahkahkah!

SM Says:
June 16, 2012 at 8:10 AM

LW : hahaa! pengsan sambil nyanyi dan mencarut...