Abdul Kudut dan Suara Ghaib

| Monday, June 11, 2012 | |
Abdul Kudut, seorang nelayan miskin kedana yang tinggal di tebing sungai. Telah berkahwin selama sepuluh tahun dan mempunyai sembilan orang anak, lantaran kejahilan dia dan isterinya berkenaan hal-hal family planning. Pun begitu, dia tetap komited menjalankan kewajipannya dalam bab-bab nafkah zahir. Setiap hari termasuk hari minggu dan hari keputeraan sultan, dia tetap keluar bekerja dengan berbekalkan bot fiber tanpa enjin dan serawan jala sebagai senjata turun-temurun.


Namun begitu, sesuatu yang malang adalah, sejak akhir-akhir ini dia jarang memperolehi hasil tangkapan yang mencukupi untuk dijual kepada peraih cina di jeti. Tangkapan yang paling mega pun hanyalah anak baung sebesar empat jari. Itu empat hari lalu. Sejak itu, hanya anak-anak udang sahaja yang sudi menyangkutkan diri ke dalam jalanya.


Setiap saat, hatinya semakin gundah mengenangkan mulut anak sulung hingga bongsunya yang perlu disuap bubur nasi setiap hari. Bagi mereka, nasi pejal dan kicap manis cap Kipas Udang adalah makanan yang mewah, apatah lagi roti Gardenia wholemeal bread.


Sepatutnya, tinggal di hilir sungai adalah suatu kelebihan bagi dirinya kerana spesis ikan yang lebih bagak mudah diperolehi di situ. Namun, hulu sungai yang seringkali ditimpa hujan dan kadang-kala dilanda banjir telah menyebabkan aras air sungai meningkat dengan mendadak, selain alirannya yang deras membawa bersama-sama serpihan balak hanyut. Ini sangat membahayakan dirinya sebagai nelayan picisan.


Bot fiber sepanjang 12 kaki miliknya tidak mampu melawan keganasan alam semulajadi. Lantas, sepanjang berapa bulan kebelakangan ini keluarganya hanya mampu menjamah ubi kayu berlaukkan ulam-ulam hutan sebagai pengisi perut. Itu pun perlu dicatu. Tubuh anaknya yang dulu munggil kini sudah semakin layu, keding dan tidak comel. Tak mungkin ada siapa yang berselera mahu mencubit pipi anak-anak kecilnya. Dalam kepala hotaknya, kalaulah dia mampu memiliki bot yang lebih besar dan enjin berkuasa kuda tinggi, mungkin dia mampu menyediakan keperluan asas untuk keluarganya dengan lebih baik lagi.


Tapi, apakan daya. Keadaan dirinya yang tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik atau sekurang-kurangnya mengundi parti pemerintah telah membuatkan borang permohonan pinjaman TEKUN yang pernah dihantar dahulu, dicampak ke dalam mangkuk tandas. Hatinya sedih bukan kepalang. Apakan daya, dia bukan penjilat bontot mana-mana ahli parlimen atau ADUN.


Pada suatu pagi yang hening, ketika Abdul Kudut baru melangkah meninggalkan ambang pintu rumahnya, dia telah ditegur oleh satu suara ghaib dari langit.


"Wahai Abdul Kudut, sudah sarapan ke belum?" Sergah suara itu tanpa memberi salam terlebih dahulu. Mungkin pemilik suara itu bukan muslim atau pun muslim yang tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.


Dengan wajah terpinga-pinga dan penuh kaget, dia memandang ke langit sambil tercari-cari pemilik suara itu. "Belum, aku cuma makan satu hari sekali sahaja. Siapa kau? Apa kau mahu? Nak belanja sarapan ke?" Jawabnya separa berani.


"Tidak, wahai Abdul Kudut yang tak sekolah! Aku muncul di sini untuk membantu meringankan beban kau hari ini. Aku akan berikan kau setengah tong berisi ikan secara percuma dan tanpa syarat. Tetapi hanya untuk hari ini sahaja." Manis sekali suara ghaib itu berbicara. Begitu lunak dan sedap didengar seperti penyanyi dangdut menyanyi karaoke secara live.


"Apa barang bagi ikan! Bagi hari ni, habis hari ni jugak. Kalau berani, kau bagi aku bot baru yang lebih besar siap dengan enjin sekali. Lepas tu aku tak mintak apa-apa lagi dah. Aku boleh usaha sendiri mencari ikan, sebab sungai adalah kehidupan aku sejak kecil. Tau la aku nak cari lubuk ikan kat celah mana pun. Ha, ada berani?" Cabar Abdul Kudus dengan nada sinis.


"Err, ok la. Aku sibuk, lain kali la kita sembang..." Sayup-sayup suara itu menghilang di celah-celah gumpalan awan kumulus.


Sekian kisah dongeng bangun tidur.

10 comments:

Lady Windsor Says:
June 12, 2012 at 7:45 AM

Ahahahah ko ni pandai buat kisah dongeng cenggini tau...aku masih ingat cerita katak dan lembu tu...zaman awal aku menceroboh blog ko ni..

SM Says:
June 12, 2012 at 11:01 AM

sebab aku pandai `menipu'.

Nizam.Ariff Says:
June 12, 2012 at 11:11 AM

BR1M hanya basahkan tekak waktu pagi je... kesannya tak berpanjangan...

(kecuali yang beli cermin mata baru, bolehlah tahan 2 tahun - macam iklan dalam TV tu)...

Irfa Says:
June 12, 2012 at 5:39 PM

suka la baca kisah macm ni
sian dia..abis apa kesudahannya?

SM Says:
June 12, 2012 at 11:05 PM

Nizam : sangat-sangat terima kasih sebab kau faham maksud entri ini.

Irfa : tiada kesudahan... dia teruskan rutin macam biasa sambil tunggu suara tu repeat lagi.

Telor Power Says:
June 14, 2012 at 2:38 AM

dasyat betul....aku suka perangai suara ghaib tu...

selamba badak dia jer lari dari tunaikan permintaan.

wow....nasi sama kicap manis, patut tambah telur dadar, ianya mmg sedap dan simple

SM Says:
June 14, 2012 at 4:44 AM

TP : tambah ikan sepat masin. pergh!

Telor Power Says:
June 14, 2012 at 9:10 AM

nampaknya lauk si abdul kudus semkin meriah....

tambah sedikit sambal belacan dan ulam pegaga, melengkap diet makanan

SM Says:
June 15, 2012 at 12:30 AM

TP : siapa kata makanan orang miskin tak sedap. haha!

Telor Power Says:
June 15, 2012 at 9:12 AM

SM : eh aku tak kata pun hehehehe.... malah mmg terbaek kot menu tu