2 in 1

| Monday, June 25, 2012 | |

SATU


Masa : 7:45 pagi (lebih kurang la)
Lokasi : Lorong Ara Kiri 3, Bangsar
Koordinat GPS : 3°07'42.37" 101°40'07.82"
Ahli Komplot :
- teh tarik kurang manis yang kelihatan langsing dan anggun berdiri di atas meja, walau pun pertama kali bersua.
- roti telur garing yang gebu dan menggiurkan seakan minta dicubit seluruh tubuhnya.
- tiga beradik Winston Light yang ketiga-tiganya kurus kering macam tiang lampu.
- senaskhah akhbar Sinar Hairan yang belum tentu betul atau tipu isi kandungannya.


Atmosfera sekitar Lembah Klang dilaporkan masih pada tahap sederhana kualiti udaranya, menurut Jabatan Alam Sekitar tapi tidak sedikit pun menggugat keinginan aku untuk melakukan aktiviti pasif luar pintu. Dah lama tak mengeteh kat tempat macam ni. Tempat yang sebentar lagi pasti akan dipenuhi dengan bising bingitnya suara sekumpulan manusia yang bercakap, sambil disulami dengan ngauman enjin kenderaan.


Aku pulak, cuma menghitung kepingan-kepingan bata merah yang tersusun cantik menjadi hamparan siarkaki... Sendiri sambil mencongak apakah kesibukan dunia yang telah, sedang dan akan aku lalui hari ini. Sama juga seperti beberapa orang lelaki lain yang asyik mentekedarah roti canai di sekeliling aku. Tidak lupa juga, aku terfikir entah apa yang kenalan manusia aku sedang lakukan dan di mana mereka berada ketika itu terutamanya buddy aku.


DUA


"Sepatutnya setiap papan tanda, apa jua tanda nama, hendaklah didahului dengan jawi, bahasa roman dan diikuti dengan tulisan ibunda." 


Ini adalah antara petikan daripada artikel hasil tulisan Saudara Ridhuan Tee Abdullah yang tersiar di Sinar Hairan dalam ruangan Cetusan mukasurat 16 (kalau tak silap aku) yang mana juga boleh didapati dalam blog beliau di sini, berkenaan dengan tuntutan-tuntutan merepek sesetengah pihak menjelang pilihanraya serta situasi perkembangan institusi pendidikan swasta yang berteraskan kaum di negara kita.


Entah kenapa, aku jarang bersetuju dengan apa yang beliau sering nukilkan sama ada di akhbar atau pun laman blog beliau sendiri, terutamanya yang menyentuh isu-isu politik semasa kerana aku berpendapat beliau bersuara daripada sebelah pihak sahaja. Maafkan aku, ini adalah pendapat peribadi aku semata-mata. Tapi tidak bermakna aku enggan membaca teks-teks yang beliau taipkan, cuma kurang bersetuju sahaja.


Pada hari ini, dengan tidak semena-mena sambil ditemani beberapa rakan komplot, aku tanpa sengaja telah bersetuju seratus peratus tanpa kompromi dengan kenyataan beliau seperti di atas. Syabas saudara. Saya akan terus menjadi pengikut tuan walau pun kita tidak sering sependapat.


Sekian entri ringkas.

5 comments:

pok amai-amai Says:
June 25, 2012 at 3:35 PM

Tak sependapat tak semestinya tak ley ngam.

Lady Windsor Says:
June 25, 2012 at 6:35 PM

beb esok aku nak paw tea tarik bleh ka?

SM Says:
June 25, 2012 at 10:20 PM

MF : ya, sepatutnya macam tu la...

LW : teh tarik, kopi o ais, cendol, mee rebus, nasi ayam... semua tadak hal punya.

Lady Windsor Says:
June 26, 2012 at 1:45 AM

Ok nasi ayam dua bungkus...satu tu nak tapau!

SM Says:
June 26, 2012 at 7:30 AM

kalau ngam, jangankan kau. aku pun nak jugak tapau.