Genap Setahun

| Saturday, June 30, 2012 | 6 comments |
Hari ini 30 Jun 2012 genap setahun aku menjadi hamba kepada blog ciptaan aku sendiri setelah sebelumnya aku hanya syok sendiri dengan blog peribadi, dan kemudiannya mulai bosan. Rasa macam dah bertahun-tahun pulak aku kat sini. Ada yang suka aku (suka kutuk), ada yang menyampah gila babi, ada jugak yang tak peduli apa yang aku bisingkan memandangkan aku pun dua kali lima jugak. Jadi, sempena menyambut ulang tahun yang pertama ini, aku ingin menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri iaitu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...esok pagi lepas subuh dan masih berkain pelikat, aku nak pekena roti banjir sorang-sorang.

Warkah Cinta Untukku

| Friday, June 29, 2012 | 6 comments |
Menemui kekandaku satria idaman yang namamu senantiasa meniti manja di tangkai hati ini, ada pun kehadiran warkah ini ke atas riba kekanda adalah sebagai utusan berisi rindu daripada adinda. Diharapkan kekanda satriaku tidak rasa terganggu dengan layangan warkah adinda yang tidak seberapa ini.


Wahai kekanda pujaan hatiku, hampir setiap hari adinda memerhatikan kelibat kekanda memacu kuda tunggangan kekanda dengan penuh bergaya dan gagah perkasa. Di saat itu, jantung adinda yang telah sedia berentakkan irama cinta dan bersulamkan juntaian suasa kasih dirasakan semakin berbau harum. Demi Tuhan, adinda sanggup menahan matahari daripada menongkatkan dirinya di pucuk langit agar dapat menghentikan masa walau pun untuk seketika, supaya dapatlah kiranya adinda melemparkan `ciuman terbang' ke arah kekanda ketika itu. Biarlah hanya terkena sipi di kolar baju kekanda, tidak mengapa. Asalkan meninggalkan bekas lantas mengiringi hari yang kekanda tempuhi hingga ke petang.


Setiap kali memerhatikan lagak kepahlawanan kekanda yang lebih hebat daripada Iskandar Zulkarnain membelah arena perjalanan serta di celah-celah kuda-kuda tunggangan lebih besar yang lain itu juga, rasa rindu yang telah sekian lama melumuri rongga-rongga hati adinda ini semakin menebal. Tak sanggup rasanya adinda menanggung seksa rindu ini walau untuk sehari pun. Oh, Tuhan... Adinda harap kita dapat dipertemukan untuk bersemuka. Oh, Tuhan... Anugerahkanlah adinda 25 jam sehari agar lebihan waktu itu diperuntukkan untuk kita bersama.


Dengan itu, adinda ingin menyampaikan bahawa kekanda perlu memberi maklumat di ruangan di bawah mengenai butir-butir diri, alamat dan butir-butir lesen memandu orang yang telah memandu kenderaan motor itu kerana kegagalan anda memberikan maklumat sebagaimana dikehendaki di atas dalam tempoh TUJUH (7) HARI dari notis ini dikeluarkan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 115(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh disabitkan di bawah Seksyen 119(2) akta yang sama.


Itu sahaja yang ingin adinda sampaikan buat masa ini. Asalamu 'alaikum. Moga cinta kita kekal terjalin dengan sucinya hingga membawa ke gerbang syurga sana. Insya-Allah.


********************


Kan bagus kalau semua surat cinta daripada para penguatkuasa tak kira polis trafik, pihak berkuasa tempatan atau PTPTN ditulis dengan nada yang mengghairahkan macam ni. Sekurang-kurangnya takde la aku punya marah dan bengang ni sampai ke tahap nak memaki hamun tiang lampu kat sebelah belalang tempur aku hari tu.


Ok, aku mengaku aku ada buat satu kesalahan lalu lintas yang langsung tidak membahayakan nyawa orang lain, jauh sekali untuk mengancam keselamatan rakyat atau ekonomi negara. Kadang-kala sesetengah kesalahan itu memang sengaja aku lakukan, bukan sebab mak aku lahirkan aku sebagai penjenayah tetapi sebab aku banyak tak setuju dengan sebahagian besar undang-undang yang digunakapai di negara ni.


Ya, aku tak bersetuju sebab aku cuma orang kecil. Cuba aku dilahirkan sebagai anak menteri kabinet atau sekurang-kurangnya makcik aku adalah ahli parlimen yang baru setengah penggal pegang jawatan, pasti aku tak akan kisah dengan kebanyakan undang-undang yang ada. Sebab apa, sebab semua tu takkan memberikan bekas langsung kepada kulit aku.


Kalau aku buat kesalahan, aku tetap boleh keluar rumah dengan senang hati tanpa takut digari polis di tengah khalayak ramai. Tapi inilah hakikat kehidupan aku sebagai manusia kecil di bumi yang bermasalah ni. Terpaksa sentiasa berhati-hati agar tidak melanggar sebegitu banyak peraturan yang ada, termasuk la undang-undang `Jangan Pijak Rumput' atau `Dilarang Meletak Motosikal'.


Sekali lagi, pada aku undang-undang tidak mendatangkan masalah besar juga pada aku tapi aku tetap mengamalkan sedikit prinsip Fuck The Law, terutama sekali setelah melihatkan sebuah Proton Perdana warna hitam bercermin gelap yang dihiasi nombor pendaftaran cantik juga diletakkan berhampiran tempat belalang tempur aku ditambat, tetapi langsung tidak menerima surat cinta macam apa yang aku terima.


Ah, pergi jahanam sama lu orang!!!


Lokasi : Presint 4 Putrajaya
Kesalahan : Meletakkan kenderaan di siarkaki - Kaedah 44 Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan L.N 166/59











Ceh, daripada aku menyalakkan bukit kat sini baik aku gerak pergi solat Jumaat sekarang. Dapat jugak pahala iqtikaf dalam masjid sambil main sms macam orang lain. Assalamu 'alaikum.

Hadiah Untuknya

| | 8 comments |
Pusing-pusing, kepala sedikit pening. Geleng-geleng, kepala agak mereng... Dua minggu lalu aku sedikit kebingungan dalam misi mencari hadiah yang sesuai untuk seorang insan istimewa kesayangan Tuhan sempena hari istimewanya.


Dalam usia yang masih lagi begitu muda, tak mungkin dia memahami apa itu yang dikatakan kehendak materialistik atau keperluan duniawi. Melihatkan insan lain yang sebaya dengannya dimewahkan dengan segala macam hadiah pemberian hingga ada yang mencecah ratusan ringgit (tak mustahil juga ada yang berharga beribu ringgit) atau pun barangan import daripada jenama terkenal, aku akan segera tertunduk ke lantai sebagai tanda aku mengakui bahawa aku bukanlah begitu sepadan dari kalangan mereka jika hendak dibandingkan dengan kemampuan memberikan hadiah.


Dalam usia yang begitu muda juga, tidak mungkin juga dia sudah mengerti apa itu yang dikatakan barangan berkualiti tinggi, rekaan edisi khas atau pun keluaran terhad oleh pereka terkenal dunia. Jauh sekali untuk menarik tangan kedua-dua orang tuanya untuk memasuki gedung-gedung yang hanya dilawati oleh mereka yang kononnya bercitarasa tinggi. Ah, mustahil aku akan memberikannya hadiah yang hanya boleh dipeluk ketika mahu memasuki alam tidur setiap malam berharga tiga angka tidak termasuk titik perpuluhannya.


Cuma, aku sedikit bertuah minggu lalu apabila secara kebetulan telah diperlihatkan dengan satu tempat himpunan yang tersembunyi sesuatu disitu. Akhirnya, aku dipertemukan juga dengan hadiah yang sangat sesuai untuk diberikan kepadanya. Maafkan aku kerana aku tidak terdaya untuk menemukan sesuatu yang bernilai lebih tinggi mengikut pada hitungan mereka.


Berharga RM12.90, sangat berbaloi pada aku kerana semua ada di sini.
Bukan hanya sekadar cerita kanak-kanak.

Aku beli kat Plaza PKNS, Shah Alam.
Tingkat bawah dekat-dekat dengan KFC mengadap arah keluar.


Sekian entri pagi Jumaat.

Sebuah Tanya

| | 4 comments |

Akhirnya semua akan tiba pada suatu hari yang biasa.
Pada suatu ketika yang telah lama kita ketahui.
Apakah kau masih berbicara selembut dahulu.
Memintaku minum susu dan tidur lelap?
Sambil membenarkan letak leher kemejaku.


Kabut tipis pun turun pelan-pelan di lembah kasih, lembah Mandalawangi.
Kau dan aku tegak berdiri melihat hutan-hutan yang menjadi suram.
Meresapi belaian angin yang menjadi dingin.
Apakah kau masih membelaiku selembut dahulu.
Ketika kudekap kau dekaplah lebih mesra.
Lebih dekat.


Lampu-lampu berkerdipan di Jakarta yang sepi.
Kota kita berdua, yang tau dan terlena dalam mimpinya.
Kau dan aku berbicara tanpa kata, tanpa suara.
Ketika matamu yang basah menyelimuti Jakarta kita.


Apakah kau masih akan berkata.
Kudengar derap jantungmu.
Kita begitu berbeda dalam semua.
Kecuali dalam cinta.


Hari pun menjadi malam kulihat semuanya menjadi muram.
Wajah-wajah yang tidak kita kenal berbicara.
Dalam bahasa yang tidak kita mengerti.
Seperti kabut pagi itu.


Manisku, aku akan jalan terus membawa kenangan-kenangan.
Dan harapan-harapan bersama hidup yang lebih biru.


Soe Hok Gie
Selasa
1 April 1969


-Baru sejam setengah mengadap kerja kat monitor, dah tersangkut dua keping besi berani berlainan kutub atas kelopak mata ayu aku ni.
-Nak mengadap tv, celaka apa takde cerita best malam Jumaat ni!
-Sudahnya, aku kembali meneliti hasil-hasil karya beberapa orang hero termasuk dia ni...
-NOKTAH.

Black Sudah Berteman

| Thursday, June 28, 2012 | 11 comments |
Lumrah


Setiap daripada kita memerlukan teman. Tak kira la sama ada teman hidup atau teman mati. Itu lumrah. Lagi pun memang Tuhan tempatkan kita di dunia ini sudah tersedia pasangannya. Terpulang pada kita untuk berikhtiar untuk mendapatkan teman yang sebaik-baiknya. Kalau yang dah tersilap pilih tu kira nasib malang la. Tapi takpe, yang penting jangan putus asa untuk terus mencari lagi dan lagi.


Itu pasal manusia. Pasal makanan pulak pun lebih kurang sama jugak kesnya. Aku kalau makan pisang goreng atau tempe/tauhu goreng mesti nak kena bagi benda tu berteman dalam mulut aku. Biar mereka sebati memadu kasih selumat-lumatnya ketika dikunyah. Kalau makan macam tu saja, memang payah sikit la nak habis kecuali tengah kebulur atau orang belanja. Peneman yang paling sesuai pada tekak aku tak lain dan tak bukan adalah sambal kicap. Almaklumlah, ada darah campuran Jawa-German la katakan. Sambal kicap memang tak lari punya. Nak pulak kalau ada perah air limau sikit.


Si Black Yang Sendirian


Di dalam ruang cubicle seluas lima kaki kali enam kaki kat ofis aku, telah dihuni `seseorang' selain daripada diri aku sendiri sejak beberapa minggu lalu. Kesian aku tengok dia tergantung tidak berteman. Dapat aku rasakan esak sendunya yang menahan seksa kesunyian. Lebih-lebih lagi kalau aku stay sampai malam. Maafkan aku, bukan niat aku untuk tidak mencarikan kau teman, tapi kau kena belajar untuk tergantung sendiri di dinding partition itu. Belajar sesuaikan diri, kerana bila kita di alam sana esok mungkin kita akan sendirian menanti hari penghakiman.


Kehadiran Smith


Dua hari lalu, aku telah didatangi oleh seorang sahabat yang kebetulan berada di kawasan berhampiran tempat aku mencari rezeki separa halal atas urusan kerja. Walau pun pertemuan kami pada waktu itu hanya sebentar (mungkin) disebabkan kesibukannya mengejar masa, dan dalam kelam kabut itu dia sempat menghulurkan beberapa cenderamata sebagai tanda... entah la tanda apa pun aku tak tau. Sebab barang kat rumah dia dah penuh kot. Hahahaa!!! Apa pun cenderamata yang dia hulurkan dari beg kertas tertulis Goat's Milk Soap jenama Saanen itu kemudiannya aku berikan pula kepada Black sebagai temannya. Aku harap Black dapat menerima kehadiran Smith yang diterbangkan dari jauh itu.
Black, lepas ni kau tak payah nak menangis tersedu-sedu tengah malam lagi dah.
Kacau je aku nak buat kerja haram kat ofis ni. Terganggu kau tau tak?


Sekian entri berteman.


-Terima kasih kepada sahabat aku tu sebab sudi luangkan masa dalam kesibukan dan ingat kat aku yang tak seberapa hensem ni.

43 Tahun Lalu

| | 5 comments |

Minggu, 29 Juni 1969


Walaupun saya mencoba untuk menulis, ternyata saya gagal mengkonsentrasikan diri. Datang Hok Tjin teman lama dari SMP, dan kita ngobrol-ngobrol tentang "tempoe doeloe". Sore-sore saya pergi lagi ke Elizabeth Legge dan bertemu dengan teman-teman Australia lainnya. Ngobrol-ngobrol tentang soal-soal umum. Antara lain bertemu dengan "pacarnya"(??) Liz dan bicara tentang soal Irian Barat. Kelihatannya ia amat anti Indonesia terutama atas dasar humanisme. Saya akui bahwa tindakan-tindakan Indonesia di sana tidak lebih daripada polisi kolonial 100 tahun yang lalu. Kita makan bersama dan saya pulang agak larut.


-petikan daripada Catatan Seorang Demonstran.




Sejak akhir-akhir ni keghairahan aku untuk menaip semakin hilang rentaknya. Entah kenapa, seakan ada satu ruang lopong yang perlu aku isikan dengan jeli pekat supaya ruang itu kekal terisi walaupun kelihatan kosong dari jauh.

Temporary Buddy

| Wednesday, June 27, 2012 | 4 comments |

Hampir 45 minit bersembang, topik perbualan kami lebih tertumpu kepada kerja, keadaan trafik dan juga perihal sistem pendidikan di Malaysia ni. Seorang lelaki berketurunan India yang aku anggarkan berusia dalam lingkungan lewat 40-an, sedikit ramah dan senang bercerita kalau kena cara mengumpan.


Kehadirannya menemani aku minum bersama itu mungkin secara kebetulan kerana ketika dia tiba di sebuah restoran di Bangsar itu, tiada lagi meja yang kosong. Jadi, aku dengan senang hati menerima kehadirannya tatkala dia meminta izin untuk duduk semeja dengan aku. Berdasarkan sesi minum yang tidak dirancang itu, lelaki yang telah berkeluarga dan tinggal di Taman Miharja ini bekerja sebagai seorang pemandu di sebuah firma guaman selang tiga premis dari situ. Beberapa tahun sebelum itu, dia juga pernah bekerja sebagai pemandu di sebuah firma guaman milik seorang datin di Taman Seputeh tetapi hanya mampu bertahan selama tiga bulan dek kerana tak tahan dengan kerenah bosnya itu.


Tetapi kini, dia nampaknya begitu selesa dan gembira bekerja di situ kerana mempunyai seorang bos yang baik, merendah diri dan memahami pekerja bawahan. Tambahan pulak, bosnya itu bukanlah seorang yang kedekut hingga setiap tahun dia akan dibawa pergi bercuti di dalam negeri dan juga diberikan gaji yang bagus, lebih tinggi daripada gaji aku!


Berkenaan sistem pendidikan pula, dia sedikit khuatir dengan prestasi anak keduanya yang bakal menduduki peperiksaan UPSR penghujung tahun ini kerana keputusan peperiksaan percubaannya yang tidak begitu baik. Baginya, anaknya yang terpaksa menduduki tujuh kertas peperiksaan perlu mengelak daripada mendapat E dalam mana-mana matapelajaran jika tidak mahu melalui kelas peralihan. Perkara seperti itu juga boleh dianggap sebagai salah satu beban yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak di Malaysia. Bersaing dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Dia juga memuji mutu dan sistem pendidikan yang diamalkan oleh sekolah antarabangsa seperti sekolah yang dihadiri oleh anak bosnya. Tapi apakan daya, orang sepertinya (dan aku) tak mungkin mampu menghantar anak belajar di sekolah seperti itu.


"Terima kasih bos..." Begitulah ucapan yang dia berikan kepada aku sebaik aku meminta diri dan bangun untuk meneruskan hajat aku ke destinasi penting pagi tadi. Ala brader, apa ada hal setakat kopi panas segelas. Aku pun nak ucap terima kasih jugak sebab sudi bersembang dengan aku. Sekurang-kurangnya aku tak la nampak macam orang bodoh duduk termenung depan kulit telur dan piring bekas roti bakar.


Terima kasih juga.


Sekian entri temujanji tak dirancang.
Dia bukan perokok,
tetapi mungkin juga penggemar kopi seperti aku.


-seronok jugak bersembang dengan orang yang aku tak kenal langsung.

Sentap

| | 2 comments |

"Apa kesenangan yang suami saya dapat berikan selain daripada makan dan minum?"


Aku sedikit tersentak mendengarkan sms kiriman pendengar yang dibacakan oleh Krill dan ditujukan kepada Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah selaku tetamu di Sinar fm pagi tadi.


...aku tiada komen.

Apa Kata Anak Makcik Jual Nasi Lemak

| Tuesday, June 26, 2012 | 12 comments |

Seperti biasa pagi tadi lebih kurang jam 7:20 pagi, antara perkara pertama yang aku akan buat selain masuk tandas, aku akan segera log in gmail dan jugak blogger.com sebelum aku melakukan perkara-perkara rutin yang lain seperti menghabiskan sarapan pagi berulamkan Winston Light. Tapi pagi ni aku rasa sedikit istimewa kerana aku telah didatangi dengan notification email berkaitan dengan entri aku bertajuk Deklarasi Nasi Lemak, entri yang aku naikkan lebih kurang setengah tahun yang lalu. Kehadiran email itu menunjukkan aku ada menerima komen terbaru daripada seorang Anonymous seperti di bawah:
Sejak aku memulakan blog ini secara aktif selepas bosan dengan blog peribadi setahun lalu, cuma beberapa kali aku ada ditegur oleh mereka yang tidak bernama. Kesemuanya memberikan komen yang membina seperti entri tulisan jawi dan pengalaman menghadapi pemandu di Pulau Mutiara tak lama dulu. Tetapi, komen yang terbaru daripada Anonymous ini sangat mencuit hati aku. Apakan tidak, aku mempunyai dua prasangka yang bertentangan terhadap si Anonymous ini.


Pertama : Mungkin dia adalah orang yang telah tersesat masuk ke dalam blog aku ketika hendak mencari maklumat-maklumat yang aku sendiri tak tahu, dan memandangkan waktu komen itu dihantar adalah hampir tengah malam, mungkin juga dia bertujuan hendak bergurau dengan aku. Takkan la di kalangan rakyat Malaysia yang lebih 20 juta orang ini, anak makcik penjual nasi lemak ni boleh tepat masuk dan membaca entri yang memang betul-betul ditujukan kepada nasi lemak emaknya. Agak mustahil. Ketika memikirkan kebarangkalian ini, aku tersengih sendiri.


Kedua : Keajaiban dunia maya yang sememangnya aku sendiri sukar jelaskan. Suatu perkara yang berlaku secara kebetulan kadangkala agak sukar untuk dijelaskan oleh pemikir bertaraf doktor falsafah, inikan pulak dengan akal kontot manusia macam aku ni. Aku agak, si Anonymous atau anak makcik penjual nasi lemak ni secara tidak sengaja telah menemui entri aku setelah menaip beberapa kata kunci yang berkaitan seperti pekan Pasir Panjang, nasi lemak atau daun pisang. Entah la, mungkin kot. Juga, aku tersengih sendiri apabila terkenangkan kebarangkalian yang kedua ni.


Apa pun, kalau betul la si Anonymous ni anak makcik jual nasi lemak tu, aku ucapkan berjuta terima kasih sebab tergamak singgah blog bau cagu aku ni dan jugak atas info yang dia bagi tu.


Sekian entri beruk terkejut.

Hamba Mesin

| | 7 comments |
Hari tu aku dah try install, tapi tak boleh jugak. Sebelum tu aku buat kat tempat lain elok je takde masalah. Kat laptop yang ni je problem sikit. Authorization code tu tak boleh nak verify. Serupa macam demo mode je. Entah la apa ke jadahnya tak mau pulak.


Apasal macam tu?


Entah. Aku rasa mungkin dia punya barang dalam semua original kot, sebab tu dia detect kau punya software yang break dongle tu macam virus atau spam kot. Kalau macam tu kena masuk Sentinel jugak la. Tak boleh install break dongle punya. Sebelum tu dia terpaksa mintak programmer tolong install CAD, tu pun version 2010 punya. Macam bangang.


La, serupa tak payah. Laptop tu nak bawak pergi site. Tak guna la beli tapi tak boleh pakai. Haram jadah punya orang.


...kami diam sebelum memulakan tajuk perbualan yang lain.


*********************


Pada aku dalam dunia ni ada beberapa jenis hamba. Ada yang elok, ada yang bawa malapetaka. Antara kita, ramai yang suka dan sanggup jadi hamba cinta. Kalau cinta pada yang satu tu takpe la, sekurang-kurangnya boleh jugak back up kita kat sana walau pun tak berapa ikhlas. Tapi jenis yang jadi hamba cinta sesama manusia ni yang parah. Silap-silap ada harapan mati jatuh gaung.


Ada pulak yang suka dan tak kisah jadi hamba kepada ketua atau bos. Bermula dari bos yang paling kecil sampai la kepada bos yang paling atas dalam organisasi, semua dia main angguk kepala je bila kena suruh. Langsung tak reti melawan. Benda ni ada jugak faedahnya kalau dalam berpuluh tahun kerja dapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Kalau takde, sapu habuk je la jawabnya.


Hamba yang satu ni pun lebih kurang sama jugak musibahnya. Tak kira jantina, lelaki dengan perempuan sama je naiknya. Iaitu hamba duit. Kerja macam nak mampus semata-mata nak kejar duit yang belum tentu boleh tutup liang lahad esok. Anak-anak ke mana, bini entah tak diambil peduli langsung. Mak bapak jauh sekali dikisahkan. Karang bila dah arwah, bukannya duit tu boleh tolong sedekahkan al-Fatihah pun.


Sekadar sedikit contoh hamba-hamba yang biasa kita lihat dan tauladani sebab dah melata di sekeliling kita. Dan hamba yang satu ni baru aku sedar akan kewujudannya, hamba mesin! Orang zaman dahulu, peralatan direka semata-mata untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja bukannya nak menyusahkan. Apa guna kalau kita ada gadget yang paling canggih tapi langsung tak dapat membantu dalam menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya menjadi alternatif dalam mencari jawapan kepada permasalahan. Tapi apa yang aku perasan, ada jugak antara kita yang terikut-ikut dengan kerenah mesin-mesin yang manja ni semua. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau macam tu baik bela ayam serama je. Manja, comel dan maintenance tinggi sikit tapi bila dah besar dan tegap harga boleh cecah ribu-ribu ringgit!


Sekian entri pagi Selasa yang penuh kelesuan...

2 in 1

| Monday, June 25, 2012 | 5 comments |

SATU


Masa : 7:45 pagi (lebih kurang la)
Lokasi : Lorong Ara Kiri 3, Bangsar
Koordinat GPS : 3°07'42.37" 101°40'07.82"
Ahli Komplot :
- teh tarik kurang manis yang kelihatan langsing dan anggun berdiri di atas meja, walau pun pertama kali bersua.
- roti telur garing yang gebu dan menggiurkan seakan minta dicubit seluruh tubuhnya.
- tiga beradik Winston Light yang ketiga-tiganya kurus kering macam tiang lampu.
- senaskhah akhbar Sinar Hairan yang belum tentu betul atau tipu isi kandungannya.


Atmosfera sekitar Lembah Klang dilaporkan masih pada tahap sederhana kualiti udaranya, menurut Jabatan Alam Sekitar tapi tidak sedikit pun menggugat keinginan aku untuk melakukan aktiviti pasif luar pintu. Dah lama tak mengeteh kat tempat macam ni. Tempat yang sebentar lagi pasti akan dipenuhi dengan bising bingitnya suara sekumpulan manusia yang bercakap, sambil disulami dengan ngauman enjin kenderaan.


Aku pulak, cuma menghitung kepingan-kepingan bata merah yang tersusun cantik menjadi hamparan siarkaki... Sendiri sambil mencongak apakah kesibukan dunia yang telah, sedang dan akan aku lalui hari ini. Sama juga seperti beberapa orang lelaki lain yang asyik mentekedarah roti canai di sekeliling aku. Tidak lupa juga, aku terfikir entah apa yang kenalan manusia aku sedang lakukan dan di mana mereka berada ketika itu terutamanya buddy aku.


DUA


"Sepatutnya setiap papan tanda, apa jua tanda nama, hendaklah didahului dengan jawi, bahasa roman dan diikuti dengan tulisan ibunda." 


Ini adalah antara petikan daripada artikel hasil tulisan Saudara Ridhuan Tee Abdullah yang tersiar di Sinar Hairan dalam ruangan Cetusan mukasurat 16 (kalau tak silap aku) yang mana juga boleh didapati dalam blog beliau di sini, berkenaan dengan tuntutan-tuntutan merepek sesetengah pihak menjelang pilihanraya serta situasi perkembangan institusi pendidikan swasta yang berteraskan kaum di negara kita.


Entah kenapa, aku jarang bersetuju dengan apa yang beliau sering nukilkan sama ada di akhbar atau pun laman blog beliau sendiri, terutamanya yang menyentuh isu-isu politik semasa kerana aku berpendapat beliau bersuara daripada sebelah pihak sahaja. Maafkan aku, ini adalah pendapat peribadi aku semata-mata. Tapi tidak bermakna aku enggan membaca teks-teks yang beliau taipkan, cuma kurang bersetuju sahaja.


Pada hari ini, dengan tidak semena-mena sambil ditemani beberapa rakan komplot, aku tanpa sengaja telah bersetuju seratus peratus tanpa kompromi dengan kenyataan beliau seperti di atas. Syabas saudara. Saya akan terus menjadi pengikut tuan walau pun kita tidak sering sependapat.


Sekian entri ringkas.

Nasi Lemak Misai

| Friday, June 22, 2012 | 15 comments |


"Botak, jom pekena nasi lemak malam nanti," suara Misai tiba-tiba mencelah antara dominasi bunyi dari kotak tv dan kenderaan dari luar. Aku yang terlentang di depan tv sambil melayan sitkom OB yang disiarkan dari saluran tv negara seberang Selat Melaka.


"Lu belanja, kat mana tu chol?" aku bertanya tanpa melarikan mata dari muka skrin tv.


"Kat Dedap. Malam-malam baru bukak. Sedap jugak hari tu gua try." jawab Misai yakin.


"Jalan Dedap, mana ada jual nasi lemak? Mamak ada la. Gua tak heran la nasi lemak mamak ni." aku mula rasa curiga dengan pelawaan Misai. Setahu aku, kawasan sekitar Jalan Dedap di Taman Johor Jaya dipenuhi dengan restoran cina dan beberapa buah restoran mamak je. Waktu malam pulak lebih happening, satu kawasan parkir di belakang deretan kedai akan dijadikan medan makan secara terbuka.


"Ala, ada. Kat food court tu la. Mana lagi." jawab Misai selamba. Sambil itu asap Dunhill berkepul-kepul keluar dari lubang hidungnya yang terkeluar bulu.


Aku bingkas bangun. Apa yang terpapar di skrin tv tidak lagi menarik minat aku. "Kepala hotak lu! Tu semua kedai makan cina la mangkuk. Apa jadah ada jual nasi lemak pulak? Kalau ada pun gua tak hingin, lu ingat halal ke?" aku kehairanan.

Misai tersengih memandang aku. "Takde hal punya la. Yang masak situ indon, mesti la halal."


"Bongok la lu ni. Memang la yang masak indon. Tapi kat sebelah dia tu apa benda? Daging rusa sembelih? Lu pergi la makan sorang." aku kembali berbaring. Ibu jari kaki aku dihulurkan ke punat di tv untuk meningkatkan lagi kelantangan bunyi. Malas aku nak layan budak Simpang Renggam ni.


Aku tak faham, apa pengertian halal dan suci dalam kepala kawan aku yang sorang ni. Gila apa ajak aku makan kat tempat macam tu. Akai ada ka?
Setiap kali ternampak restoran tak halal yang menyediakan menu nasi lemak, aku mesti teringat pelawaan si Misai ni ketika kami menetap di Johor Jaya beberapa tahun dahulu.


Sekian entri kemusykilan makanan halal.


-Kepada Misai, raya tahun ni nak mengail kat mana? Dah lama lu janji nak bawak gua port udang galah besar peha gajah.

Bukan Untuk Kita

| Thursday, June 21, 2012 | 8 comments |
"Abah, nak tu. Nak belon Angry Bird marah tu..."


Dahi dia sedikit berkerut. Perhatian dia pada lelaki yang sedang menceduk kuah laksam terpesong ke arah lain. Segera dia berpaling ke arah si kecil yang kepalanya berada separas pinggang. Kemudiannya dihalakan pula ke arah yang ditunjukkan oleh jari telunjuk si kecil itu.


"Nak tu, nak tu. Abah, nak la..."


Si kecil mula menggoyang-goyangkan tangannya. Sekejap mendongak ke arahnya, sekejap melihat ke arah seorang lagi lelaki di hujung sana.


"Abah, nak la. Nak la..."


Kali ini si kecil mencondongkan badannya ke arah yang lebih jauh itu. Tangannya ditarik-tarik oleh si kecil yang memanggilnya abah. Dia risau. Kepalanya ligat membuat congakan ringkas. Ditangannya terjinjing sebungkus cendol. Hanya itu sahaja yang ada. Cendol.


Mengikut hitungannya, wang yang ada di dalam poket dan dompetnya berjumlah kurang dari RM10 jika ditambah. Itu sahaja yang tinggal sehingga esok. Dan lusa adalah hari gaji. Apa aku nak buat ni, fikirnya.


Setelah laksam yang dipesannya siap, segera tangannya menghulurkan tiga keping not RM1 yang di ambil dari poket.


"Abah, nak belon tu. Nak belon Angry Bird marah tu. Nak la..."


Suara manja si kecil bertukar menjadi rengekan merimaskan. Badan si kecil itu makin sukar dikawal olehnya. Sedikit demi sedikit dia seakan dipimpin oleh suara rengekan itu ke arah hujung sana. Seakan ada besi berani berlainan kutub antara mereka berdua dengan belon-belon di sana. Otaknya masih lagi menghitung. Sepanjang beberapa langkah itu, hasil hitungannya masih lagi sama.


Entah cukup, entah tidak apa yang ada di dalam dompetnya ketika itu. Poketnya telah kosong. Isinya telah digantikan dengan sebungkus cendol dan sebungkus laksam. Lusa gaji.


"Berapa?" soalnya.


"Lima ringgit!" jawab lelaki yang disoalnya.


"Bagi yang tu." tangannya menunjuk ke arah salah satu belon yang terapung-apung dan melambai-lambai ditiup angin serta tertambat antara satu sama lain. Setelah not RM5 dari dalam dompetnya bertukar tangan, segera si kecil itu menadahkan tangan untuk mengambil belon itu sambil tersenyum.


Lelaki itu memandang senyuman si kecil itu dengan sengihan... Sepanjang pulang ke motosikal, langkah mereka tidak seragam lagi dek kerana kaki si kecil itu seakan-akan melompat-lompat riang.


Di dalam hati lelaki itu, tidak mengapalah kalau aku tidak berduit langsung dalam tempoh dua hari itu pun. Lusa gaji. Dan duit gaji itu bukan untuk dirinya sahaja.


Sesuatu yang telah lama disedarinya sejak dipanggil abah oleh mulut si kecil itu adalah, hasil bagi setiap hari dia bekerja memerah otak dan keringat sebenarnya untuk orang lain, bukan dirinya. Dan senyuman riang si kecil itu sebenarnya ganjaran yang tak ternilai untuknya. Subhanallah, dia bersyukur...


Sekian entri bapa dan anak...


-entri ini bukan sempena hari bapa...

Singgah Masjid

| Wednesday, June 20, 2012 | 7 comments |

Sebenarnya aku dah sedar akan kewujudan masjid ni sejak masih dalam peringkat pembinaan lagi, iaitu lebih kurang dua tahun lalu. Sedikit demi sedikit, aku memerhatikan progress macamana masjid ini terbina setiap kali aku berkunjung ke Bukit Tinggi atas urusan kerja sambil usha-usha awek arab di Colmar.


Yang menariknya, pertama kali aku diberitahu bahawa projek yang sedang berjalan itu adalah untuk membina sebuah masjid oleh Berjaya untuk kegunaan penduduk sekitar terutamanya para pekerja mereka yang tinggal di asrama berhampiran.


Berkenaan dengan senibina luaran pulak, aku sangat suka sebab gabungan antara konsep castle dan kontemporari sangat serasi. Dari jauh dan dekat memang nampak simple serta elegant. Pada aku memang itu konsep yang paling sesuai untuk tempat tanah tinggi macam ni, memandangkan kebanyakan projek yang dibangunkan oleh Berjaya kebanyakannya berkonsepkan Europe (tak termasuk Japanese Tea Garden).


Kepada sesiapa tu, kalau nak naik ke Colmar bersama skandal atau nak jalan-jalan naik kuda kat sini, singgah la dulu ke masjid ni. Manyak syok wo... Air paipnya dingin macam air perigi waktu subuh.

Sekian...

Aku Reda

| Tuesday, June 19, 2012 | 12 comments |

Petang tadi sebelum berambus dari ofis, aku ada perasan satu tajuk depan Berita Hairan yang siap berserta gambar iaitu `Reda Tunang Hilang Kaki' (malas nak snap gambar, buang karan je). Sebenarnya pada aku laporan akhbar ni takde la menarik mana pun memandangkan banyak lagi benda dalam dunia ni yang aku nak kena fikir. Inflasi, harga minyak RON95, keputusan bekalan gula kat tempat aku dan macam-macam lagi la.


Cuma yang menyebabkan perhatian aku ditarik di sini adalah ejaan yang membuatkan aku sedikit keliru. Manakan tidak, kalau tak silap aku dulu pernah wujud perkataan `redha', tapi sekarang aku tak pernah lagi jumpa perkataan ni sebaliknya digantikan dengan ejaan yang baru iaitu `reda'.


Sebagai seorang pelajar berkeputusan pangkat satu dan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu serta berjaya ke menara gading tetapi sedikit bangang dalam hal bahasa, setahu aku perkataan `redha' ni membawa maksud `menerima' manakala `reda' pulak lebih kurang sama macam `berkurang'. Contoh ayat:


redha - Oi badigol, kau redha je la dengan keputusan Musalmah tu nak mintak putus tunang. Memandangkan muka kau yang tak hensem dah macam jamban pecah, tambahan pulak otak kau tu bebal sampai lima kali ambik UPSR tak lulus, memang patut pun tunang kau tu lari kahwin dengan anak ahli parlimen kita tu.


reda - Tak mungkin kemarahannya akan reda terhadap tindakan melampau anaknya sendiri yang berani berzina di siang hari, pada ketika dia berada di rumah secara curi-curi di bilik stor. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia tetak kepala anaknya dan budak lelaki celaka itu sampai mampus.


Pada aku lagi, perbezaan ketara antara kedua-dua perkataan ini selain maksudnya adalah ejaan asalnya sebelum ditukar kepada tulisan rumi iaitu tulisan jawi. Dalam tulisan jawi huruf `dh' dalam perkataan `redha' datangnya dari huruf ض, manakala huruf `d' dalam perkataan `reda' pula diwakili oleh huruf د. Kan ke jauh beza tu.


Jadi kenapa sekarang pengamal media sudah mentiadakan perkataan `redha' tu sendiri? Atau pun sejak beberapa tahun kebelakangan ni dah ada dikeluarkan satu fatwa baru oleh DBP tentang pembaharuan yang aku tak tau ni? Almaklum la, orang bangang pasal bahasa macam aku ni selalu tertinggal.


Jadi, kalau la kekeliruan yang aku ada sekarang ni dapat diselesaikan, takde la aku menyesal dan rasa tak puas hati sampai mati. Oleh itu, terimalah serangkap pantun daripada aku:


Buah cempedak di luar pagar
Gugur sebiji dijolok galah
Saya budak kurang ajar
Kalau silap maki ajelah


Sekian entri kekeliruan bahasa.

Hanya Satu Ringgit

| | 10 comments |

KL Sentral, lebih kurang jam 10 pagi tadi. Waktu belum melepasi tengahari tapi tekak aku dah terasa kering macam kena berbeku sepanjang hari. Menghampiri sebuah mesin vendor yang terletak berhampiran pintu utama bangunan ketibaan, tangan aku mengeluarkan wallet dari poket belakang. Selak sikit-sikit, jumpa not merah di antara celah-celah kertas tak berguna yang lain. Tanpa usul periksa aku terus cucuk ke dalam slot separas pinggang dengan tangan kanan.


Sreet... Macam tu lebih kurang bunyi not merah aku disedut masuk. Lampu kecil bertukar nyalaannya daripada warna hijau kepada warna merah. Setengah saat kemudian, not merah yang aku masukkan tadi terjulur dengan sendirinya di slot lagi satu di bahagian bawah.


"Abang, masuk satu ringgit saja..." tegur seorang bangla hensem yang sedang mengelap lantai beberapa langkah dari mesin vendor tu.


Tanpa putus asa, aku masukkan balik not merah tu ke tempat persemadiannya di dalam wallet aku. Aku cari lagi di antara celah-celah resit 99 Speedmart dan kupon top up terpakai. Tak jumpa. Tak puas hati, aku seluk kedua-dua poket aku perlahan-lahan sebab takut terceduk benda lain pulak, karang tak pasal-pasal senak kat situ jugak. Pun tak jumpa apa-apa kecuali kunci belalang tempur di poket kanan dan Nokia cabuk di dalam poket kiri.


Siot betul, mana pulak ni. Habis semua poket aku selongkar, aku bukak pulak semua zip (beg, bukan zip seluar!) di depan dan compartment utama. Yang ada cuma fon kepala, external hard disk dan beberapa keping kertas bersaiz A4 dan A3 yang bakal bertukar menjadi duit tak lama lagi. Pergh, takkan time macam ni langsung takde duit kecik kot??? Cilakak betul la!


Nampak gaya, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada air cincau yang berharga seringit tu. Selamat tinggal sayang, aku berambus dulu menikmati kedahagaan di bawah cuaca jerebu ni. Mungkin zaman gelap manusia sudah semakin hampir, di mana orang yang berduit juga tidak mampu menghilangkan rasa peritnya dahaga di tekak.


Sekian, entri hari jerebu.

Pak Utih dalam Tonil Purbawara

| Saturday, June 16, 2012 | 10 comments |
Kisahnya begini. Di satu tempat yang agak ke pedalaman sekitar negeri utara semenanjung sana, Pak Utih kini sedang giat menjalankan persiapan untuk keluarganya dalam satu misi yang agak mustahil. Ini kerana, dua perancangan sebelum ini terpaksa dibatalkan di saat akhir. Salah satunya berpunca daripada bisul di bontot anaknya yang tak pecah-pecah hingga ke hari sebelum mereka berangkat.


Bagi Pak Utih, ada tiga faktor yang amat penting dalam merapikan persiapannya sekeluarga kali ini. Faktor ketiga sudah tentunya kesihatan. Setiap kali waktu solat dia akan berdoa pada Tuhan agar keadaan kesihatan mereka sekeluarga kekal pada tahap optimum. Dia tidak mahu tragedi bisul dahulu berulang kembali.


Namun, ada satu faktor yang paling penting dan diletakkan di tempat teratas melebihi segala-galanya iaitu, pakaian. Busana untuk kesemua anak-anak dan bini awal-awal lagi sudah ditempah dengan menggunakan hasil mengerat tahun itu. Dia mahu orang-orang di bandar sana terjuih biji mata melihat kehebatan aneka pakaian anak-anaknya. Baju Melayu siap bersampin, dilengkapkan pula dengan songkok setinggi empat inci! Untuk bininya pulak, ditempahnya pula sepersalinan serba merah (kalau tak silap aku) dan berbunga-bunga.


Tetapi, untuk dirinya sendirinya pula cukuplah sekadar dengan apa yang ada. Sebelum berangkat ke bandar, Cikgu Hadi ada menasihatkannya agar berhati-hati ketika berbelanja kerana sikap cina-cina peniaga yang suka mencekik leher orang-orang kampung macam dia. Dia tahu itu. Dia tak kisah. Amaran yang lebih kurang sama juga diberikan oleh orang-orang besar yang kadang-kala datang menjenguk kampungnya.


Ah, bukannya selalu. Cuma setahun sekali. Lagipun, hasil mengeratnya tahun itu bukannya sedikit. Biarlah cin-cina di bandar tu nak pedajalkan dia pun, yang penting Pak Utih sekeluarga gembira...


***Dah, jom gerak!


Aku sedikit mengelabah sebaik suara yang aku kenal sangat tu mengetuk lapisan gegendang telinga aku. Naskhah antologi cerpen berkulit tebal yang aku tatap sejak lima minit lepas, aku masukkan balik ke dalam kotak. Entah bila masa orang tua buncit air ni sampai pun aku tak perasan, dek kerana lantai library yang masih belum digunakan itu dilapisi dengan kepingan-kepingan carpet tile corak jalur-jalur.


Dah lama aku tak baca antologi cerpen macam ni. Nama yang menyebabkan tangan aku lantas mengeluarkan naskhah ini dari celah-celah susunan buku di dalam kotak ini adalah, Shahnon Ahmad.


Tajuk tu wei, tajuk...
Aku suka tajuknya walaupun aku haram tak faham apa maksud perkataan `tonil' tu.
Nak tanya aku punya kamus bergerak, dia tengah sibuk pulak. 

Sebelum berambus keluar dari library membontoti bos aku, berundur beberapa tapak ke belakang dan snap beberapa keping gambar.

Ramainya pengarang, patut macam best.


Ya, Shahnon Ahmad. Antara sasterawan yang paling mendapat tempat dalam kepala otak aku sejak aku akil baligh. Mujur library ni belum beroperasi lagi, kalau tak memang dah lama aku nak pinjam. Takpe, next time kalau ada jodoh antara kita berdua, akan aku belai helaian-helaian lembut dada muka surat kau itu.


Sekian entri membaca curi-curi time kerja.

Usha Line Dulu

| Friday, June 15, 2012 | 7 comments |
Berehat sebentar daripada mengadap kerja, aku jalan-jalan kat Google Map sekitar kawasan perumahan aku, ternampak pulak `sesuatu'. Dah lebih tiga tahun pindah sini, macamana aku boleh tak perasan ni? Takpe, hujung minggu ni aku nak pergi usha line dulu. Mana tau ada ikan raja tersesat kat dalam air tu. Layan jugak.

ADIDAS Kesayangan

| Thursday, June 14, 2012 | 10 comments |

Tak ingat bila, tapi rasanya dah sepuluh tahun benda ni jadi milik aku. Tapi aku langsung tak kenal siapa pemilik yang asal sebab benda ni aku beli kat bundle. Seingat aku, dulu ada dua bundle yang top iaitu Osama Bundle (Taman Seri Gombak, Batu Caves) dan satu lagi Buntil (Puduraya).


Dengan bermodalkan RM60 yang dikira agak mahal pada aku ketika itu, aku memberanikan diri melangkah masuk ke dalam premis bundle ni buat kali kedua. Kemasukan aku ke situ beberapa minggu sebelumnya telah membuatkan mata aku terpaku seterusnya melekatkan diri aku selama setengah jam, semata-mata mahu membelek sepasang sweater Adidas warna krim berjalur merah. Memang ngam dengan taste aku.


Sebenarnya, zaman tu aku lebih suka membeli pakaian bundle di Jalan Chow Kit atau sekitar Keramat dalam lingkungan harga RM5 hingga RM20 sama ada t-shirt tanpa tulang yang menjadi trend ketika itu, atau seluar jeans/khakis. Sambil-sambil dapat jugak belek-belek poster band-band yang aku minat (sekarang, setakat pasar malam je la). Tabiat ni mambawak sampai sekarang, di mana pakaian (walau pun baru) yang harganya melebihi RM50 adalah mahal pada aku. Beli kat Giant pun orait apa.


Tapi, disebabkan minat jugak la telah membuatkan RM60 aku melayang petang tu.


Hingga kini, sweater ini telah banyak berjasa kepada aku dengan membaluti tubuh aku tatkala aku menjelajah serata Malaysia sama ada atas faktor kerja atau berjoli bersama-sama kekasih terang. Sangat berbaloi rasanya.
Satu yang aku perasan (harap sebenarnya), sweater aku ni mungkin pernah dipakai oleh salah seorang ahli pasukan bolasepak Malaysia ke Olimpik Munich tahun 1972! Kalau betul, maka ada potensi aku nak jual barang ni dengan harga RM1000 sepuluh tahun akan datang...
Sekian entri kenangan bundle.

Ugutan dan Dorongan Untuk Si Kecil

| Tuesday, June 12, 2012 | 14 comments |
Berehat seketika daripada membicarakan tentang objek sfera yang mudah dibuli di tengah padang iaitu bola, susulan kemenangan 2-0 Harimau Malaya ke atas pemuda-pemuda dari kepulauan Temasik sebentar tadi.


Baru-baru ini aku telah menerima tips yang baik dan aku kira elok untuk dipraktikkan dalam mendisplinkan anak kecil iaitu unsur ugutan dan unsur nasihat.


Hindarkan daripada meluahkan kata-kata berbau ugutan kepada si kecil dalam memberikan arahan seperti "kalau tak nak mandi, tak boleh tengok upin & ipin lagi lepas ni".


Sebaliknya rajin-rajinkan mulut membuahkan kata-kata manis berupa dorongan seperti "kalau tengok upin & ipin lepas mandi, nanti badan segar, baru la kita boleh lompat tinggi-tinggi".


Sekadar berkongsi, sekian...

Mengkhianati Kepercayaan

| | 9 comments |
Pagi minggu lepas, lebih kurang jam 9 adalah waktu puncak pasar pagi yang terletak beberapa ratus meter dari kediaman aku. Apam balik, keropok lekor, nasi lemak seringgit, laksam, lontong atau jagung bakar; sekadar menyebut sebahagian kecil jenis makanan. Dan tak lupa juga pucuk paku, pucuk ubi, ulam-ulaman dan rebung sebagai bakal pelengkap hidangan tengahari.


Ada lagi yang menarik perhatian aku iaitu kehadiran ikan darat yang agak jarang dijual di situ; lampam, toman, kelah dan belida. Mujur kedatangan aku pagi semalam hanya untuk mencari apa yang menarik buat sarapan.


Tapi sebelum melangkah pergi meninggalkan arena sepanjang beberapa puluh meter itu sambil menjinjing beg plastik di tangan kiri, mata aku terpaku pada sekeping objek yang memberahikan.
Maafkan aku, Adele sayang. Aku tanpa sengaja telah mengkhianati kepercayaan kau dengan membeli dvd cetak rompak ini!


Sekian entri barang ciplak.

Abdul Kudut dan Suara Ghaib

| Monday, June 11, 2012 | 10 comments |
Abdul Kudut, seorang nelayan miskin kedana yang tinggal di tebing sungai. Telah berkahwin selama sepuluh tahun dan mempunyai sembilan orang anak, lantaran kejahilan dia dan isterinya berkenaan hal-hal family planning. Pun begitu, dia tetap komited menjalankan kewajipannya dalam bab-bab nafkah zahir. Setiap hari termasuk hari minggu dan hari keputeraan sultan, dia tetap keluar bekerja dengan berbekalkan bot fiber tanpa enjin dan serawan jala sebagai senjata turun-temurun.


Namun begitu, sesuatu yang malang adalah, sejak akhir-akhir ini dia jarang memperolehi hasil tangkapan yang mencukupi untuk dijual kepada peraih cina di jeti. Tangkapan yang paling mega pun hanyalah anak baung sebesar empat jari. Itu empat hari lalu. Sejak itu, hanya anak-anak udang sahaja yang sudi menyangkutkan diri ke dalam jalanya.


Setiap saat, hatinya semakin gundah mengenangkan mulut anak sulung hingga bongsunya yang perlu disuap bubur nasi setiap hari. Bagi mereka, nasi pejal dan kicap manis cap Kipas Udang adalah makanan yang mewah, apatah lagi roti Gardenia wholemeal bread.


Sepatutnya, tinggal di hilir sungai adalah suatu kelebihan bagi dirinya kerana spesis ikan yang lebih bagak mudah diperolehi di situ. Namun, hulu sungai yang seringkali ditimpa hujan dan kadang-kala dilanda banjir telah menyebabkan aras air sungai meningkat dengan mendadak, selain alirannya yang deras membawa bersama-sama serpihan balak hanyut. Ini sangat membahayakan dirinya sebagai nelayan picisan.


Bot fiber sepanjang 12 kaki miliknya tidak mampu melawan keganasan alam semulajadi. Lantas, sepanjang berapa bulan kebelakangan ini keluarganya hanya mampu menjamah ubi kayu berlaukkan ulam-ulam hutan sebagai pengisi perut. Itu pun perlu dicatu. Tubuh anaknya yang dulu munggil kini sudah semakin layu, keding dan tidak comel. Tak mungkin ada siapa yang berselera mahu mencubit pipi anak-anak kecilnya. Dalam kepala hotaknya, kalaulah dia mampu memiliki bot yang lebih besar dan enjin berkuasa kuda tinggi, mungkin dia mampu menyediakan keperluan asas untuk keluarganya dengan lebih baik lagi.


Tapi, apakan daya. Keadaan dirinya yang tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik atau sekurang-kurangnya mengundi parti pemerintah telah membuatkan borang permohonan pinjaman TEKUN yang pernah dihantar dahulu, dicampak ke dalam mangkuk tandas. Hatinya sedih bukan kepalang. Apakan daya, dia bukan penjilat bontot mana-mana ahli parlimen atau ADUN.


Pada suatu pagi yang hening, ketika Abdul Kudut baru melangkah meninggalkan ambang pintu rumahnya, dia telah ditegur oleh satu suara ghaib dari langit.


"Wahai Abdul Kudut, sudah sarapan ke belum?" Sergah suara itu tanpa memberi salam terlebih dahulu. Mungkin pemilik suara itu bukan muslim atau pun muslim yang tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.


Dengan wajah terpinga-pinga dan penuh kaget, dia memandang ke langit sambil tercari-cari pemilik suara itu. "Belum, aku cuma makan satu hari sekali sahaja. Siapa kau? Apa kau mahu? Nak belanja sarapan ke?" Jawabnya separa berani.


"Tidak, wahai Abdul Kudut yang tak sekolah! Aku muncul di sini untuk membantu meringankan beban kau hari ini. Aku akan berikan kau setengah tong berisi ikan secara percuma dan tanpa syarat. Tetapi hanya untuk hari ini sahaja." Manis sekali suara ghaib itu berbicara. Begitu lunak dan sedap didengar seperti penyanyi dangdut menyanyi karaoke secara live.


"Apa barang bagi ikan! Bagi hari ni, habis hari ni jugak. Kalau berani, kau bagi aku bot baru yang lebih besar siap dengan enjin sekali. Lepas tu aku tak mintak apa-apa lagi dah. Aku boleh usaha sendiri mencari ikan, sebab sungai adalah kehidupan aku sejak kecil. Tau la aku nak cari lubuk ikan kat celah mana pun. Ha, ada berani?" Cabar Abdul Kudus dengan nada sinis.


"Err, ok la. Aku sibuk, lain kali la kita sembang..." Sayup-sayup suara itu menghilang di celah-celah gumpalan awan kumulus.


Sekian kisah dongeng bangun tidur.

P

| | 9 comments |
"Kalau boleh aku tak nak anak-anak aku kerja jadi tiga P ni bila dah besar esok. Penyanyi, pelakon atau pengacara."


"Tambah satu lagi P."


"Apa dia?"


"Polis."


...sedetik kemudiannya kami sama-sama tersengih lantas menghirup minuman masing-masing yang masih lagi tersisa. Suasana dinihari semakin dingin, dihiasi dengan jerit sorak para penyokong bola.