Unconnected

| Saturday, May 26, 2012 | |
Aku terlupa dari mana aku pernah dengar (atau baca) kata-kata yang berbunyi lebih kurang macam ni.


Semakin hari kita semakin rasa jurang komunikasi sesama manusia dapat dirapatkan seiring dengan perkembangan kepintaran teknologi buatan manusia. Sebut sahaja di mana kita berada, pada waktu bila-bila masa sekali pun atau dengan apa sahaja gadget yang ada di tangan kita, kita mampu menghubungi orang yang berada beribu batu jauhnya dari kita. Semudah itu.


Tak kisah sama ada pada masa itu kita hanya sendirian di ruang bilik menatap skrin monitor hingga pagi. Tapi sebenarnya tanpa kita sedari, kita langsung tidak berhubung dengan sesiapa pun!


Sekian entri tanpa hubungan...

3 comments:

Telor Power Says:
May 27, 2012 at 1:50 AM

penyakit yg menular utk abad kini..

Lady Windsor Says:
May 28, 2012 at 12:04 AM

terpaksa mengikut arus dan mengakui hakikat, ada dunia tersembunyi di sebalik cermin kaca yang memisahkan antara kita, mereka etc...

SM Says:
May 28, 2012 at 7:59 AM

TP : takpe, kita tunggu abad akan datang pulak. kita tengok penyakit apa.

LW : too deep, aku faham.