Tugu Peringatan Double Six

| Monday, May 28, 2012 | |

Secara ringkasnya, tugu peringatan ini telah dibina untuk mengenang tragedi udara yang melibatkan beberapa kenamaan Kerajaan Persekutuan dan juga negeri Sabah termasuk ketua menteri Sabah pada ketika itu iaitu Tun Haji Mohd Fuad Stephens.


Berikut nama-nama mangsa yang terkorban mengikut apa yang tercatat pada plat:

  1. Tun Haji Mohd Fuad Stephens - Ketua Menteri Sabah
  2. Datuk Peter Mojuntin - Menteri Kerajaan Tempatan
  3. Datuk Chong Thain Vun - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya
  4. Datuk Salleh Sulong - Menteri Kewangan Negeri
  5. Datuk Darius Binion - Pembantu Menteri kepada YAB Ketua Menteri
  6. Wahid Andu - Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan
  7. Syed Hussein Wafa - Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri
  8. Ishak Atan - Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah
  9. Kopral Mohd Said - Pengawal peribadi kepada Tun Haji Mohd Fuad Stephens
  10. Kapten Ghani Nathan - Juruterbang
  11. Johari Stephens - Anak kepada Tun Haji Mohd Fuad Stephens

Terletak di tengah-tengah kawasan perumahan moden di perkampungan Sembulan dan hanya lebih kurang 2 km dari Masjid Negeri, tugu ini diberi nama Double Six sempena tarikh kejadian tersebut berlaku iaitu pada 6 Jun 1976 dan melibatkan enam orang pemimpin negeri serta jadual penerbangan sebenarnya ialah pada jam 6 petang.


Pelbagai teori konspirasi muncul susulan nahas ini berlaku kerana kejadian ini melibatkan peralihan kuasa kepada ketua menteri ke-6 pada hari yang sama, dan isu ini masih lagi berlanjutan sehingga kini. Tambahan pulak tujuan penerbangan ketua menteri petang tu adalah untuk menghadiri mesyuarat berkenaan perjanjian royalti minyak negeri Sabah. Dikhabarkan pula ketua menteri berkemungkinan tidak bersetuju dengan terma yang terkandung dalam perjanjian tu. Itu aku tak peduli, kerana aku bukannya seorang pembongkar misteri. Apa yang aku tahu melalui beberapa pembacaan dari internet (nak tau lebih, cari sendiri, jangan malas!), beberapa teori diketengahkan berkaitan dengan punca berlakunya nahas ini seperti:

  • Pesawat kehabisan bahan bakar sebelum sempat sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu lalu jatuh menjunam ke dalam laut. Kini kawasan sekitar tapak kejadian telah ditambak untuk memberi laluan kepada pembangunan.
  • Pesawat Nomad buatan Australia ini telah menampung muatan yang lebih daripada yang sepatutnya iaitu hanya enam orang anak kapal sahaja.
  • Kecuaian juruterbang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diseimbangkan dengan tekanan minyak seterusnya menyebabkan pesawat jatuh menjunam.

Minggu lalu, dalam kesibukan dan tergesa-gesa mengejar masa memenuhi aturcara `wajib', aku berkesempatan menjejakkan kaki di tugu yang bersejarah dan terus menjadi simbol kepada misteri yang tak terungkap sehingga kini. Cuma menghabiskan masa beberapa minit menangkap beberapa keping gambar dengan berbekalkan kamera kompak cabuk, bahang dari cuaca panas sekitar jam 2:30 petang itu benar-benar menggigit lapisan epidermis aku.


Tapi, mengenangkan aku telah terbang beberapa ribu kilometer dari semenanjung dalam perjalanan yang telah memakan masa beberapa bulan perancangan, aku tetap khusyu' mengelilingi tugu ini sambil membaca tulisan pada plat ini bersama-sama seorang lagi pemilik kamera DSLR amatur. Untuk lawatan terjah berpandukan peta dari Ovi Map ini, aku agak berpuas hati juga dengan hasilnya.


(rakaman imej dari kamera kompak cabuk)


(gambar bonus, jangan hantar ke unit forensik untuk mengetahui identiti aku)


Sekian entri ingatan misteri tragedi yang tak terlerai.

14 comments:

Rai Says:
May 28, 2012 at 10:21 AM

peliknya habis minyak pulak..diorang takde kira2 ke masa nak terbang tu..

SM Says:
May 28, 2012 at 10:26 AM

itu cuma salah satu teori je. punca sebenar masih misteri.

Lady Windsor Says:
May 28, 2012 at 10:27 AM

aku rasa macam menonton cerita perang..

SM Says:
May 28, 2012 at 10:29 AM

masa aku cari info kat internet, siap ada gambar bangkai pesawat kat atas air separas lutut. dikhabarkan, hampir semua mayat tak dapat dikenalpasti. ngeri siot. ini la tragedi yang patut diingat.

Pok Amai-Amai Says:
May 28, 2012 at 10:42 AM

Wow! Dah macam cite Da Vinci Code. Tapi ms thn 70an dulu, teknologi msh belum mencapai thp kecanggihan utk mengenalpasti.

NenetPenne (NP) Says:
May 28, 2012 at 11:08 AM

i received ur card, thank you very much..but cant promise to attend it.. *goshhh..where did i put it?*

SM Says:
May 28, 2012 at 11:29 AM

MF : mungkin juga, kepakaran dulu dan sekarang tak sama. tu yang timbulnya banyak teori.

NP : when? its ok, i also want to invite LW. but still have no time to send the card.

NenetPenne (NP) Says:
May 28, 2012 at 10:41 PM

a few days ago... hp out of credit so kennot sms u lorrr...

eh kau dapat masuk blog si tinta merah tu tak.. aiseyman..dah invitee laa pulak...

Telor Power Says:
May 29, 2012 at 12:20 AM

aku tak puas ati....tempat ni aku datang waktu malam... utk pi makan jer, camera plak boleh tinggal dalam kereta.

ingatkan member2 baaru kenal tu nak bawa aku ke sini keesokkan harinya.... rupanya tidak.pergi ke tempat lain adale...

SM Says:
May 29, 2012 at 7:12 AM

NP : tapi kau letak mana itu kad?

TP : banyak tempat bersejarah aku tak sempat pergi macam clock tower dengan stesen keretapi tu. adui!

SM Says:
May 29, 2012 at 7:13 AM

NP lagi : dapat, apasal?

reen afny Says:
May 30, 2012 at 10:23 PM

alaaa... gambar tak clear. hehehe

SM Says:
May 31, 2012 at 7:49 AM

ra : tak clear apanya. boleh nampak tulisan besar tu.

rynn ville mayya Cece Says:
November 30, 2013 at 10:05 AM

Kematian misteri tun fuad mati terkubur bersama kemunduran sabah hinggalah ke hari ini