Tiada Sambutan

| Sunday, May 13, 2012 | |
Hari guru, hari pekerja, hari jururawat, hari lahir sendiri, hari peladang, hari kanak-kanak, hari bapa dan hari ibu... Aku tak sambut hari-hari itu semua.


Pada aku; sesetengah orang yang selama setahun tidak mempedulikan kewujudan jururawat dan hanya reti memaki-maki atas kelembapan yang tidak disengajakan oleh para jururawat semasa berkhidmat di hospital kerajaan, yang hanya tahu menikmati kegenitan tubuh adik-adik jururawat tanpa mengucapkan terima atas kerja mereka menghulurkan mangkuk najis di bawah lubang bontot kita, atau melarang anak-anak mereka daripada menceburi bidang kejururawatan; tiba-tiba dalam satu hari tu mengucapkan selamat hari jururawat adalah seorang yang hipokrit. Hipokrit semata-mata.


Pada aku; sesetengah orang yang selama setahun setiap hari menghantar anak-anak ke sekolah tanpa mengenali nama sebenar cikgu yang mengajar anak-anak kita apatah lagi tempat tinggalnya, atau langsung terlupa wajah-wajah barisan cikgu yang pernah mengajar sepanjang mereka berada di zaman persekolahan dahulu; tiba-tiba dalam satu hari tu mengucapkan selamat hari guru kepada guru yang kononnya diingati selalu adalah seorang yang hipokrit. Hipokrit semata-mata.


Pada aku; sesetengah orang yang selama setahun tidak pernah bertanyakan apa menu sarapan kepada pekerja bawahannya, atau tidak peduli kewujudan pekerja binaan yang berada di tepi jalan dengan melajukan kenderaan sesuka kepala bana bapak dia, atau tidak pernah sampai ke tempat kerja tepat pada masanya; tiba-tiba dalam satu hari tu mengucapkan selamat hari pekerja sambil terbaring di depan tv menikmati hari cuti sambil berbangga kepada diri seolah telah menjadi pekerja yang baik adalah seorang yang hipokrit. Hipokrit semata-mata.


Pada aku; sesetengah orang yang selama setahun cuma tahu jalan balik ke rumah mak mertua tanpa pernah terlintas pun untuk menjenguk keadaan mak bapak sendiri walau pun pada hujung minggu, atau tidak tahu kedudukan sebenar kubur orang tua mereka lantaran tidak pernah menziarah sejak orang tua mereka dimasukkan ke dalam liang lahad, atau cuma `mampu' menggajikan jururawat peribadi untuk bertugas menyuapkan ubat ke dalam mulut ibu mereka serta mencuci berak dan kencing ibu mereka yang busuknya hingga menyumbatkan rongga hidung; tiba-tiba dalam satu hari tu mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu mereka adalah orang yang hipokrit. Hipokrit semata-mata.


Aku? Aku tak pernah sambut hari ibu, apatah lagi hari kekasih kerana aku mempunyai alasan aku sendiri. Bukan kerana aku ini adalah seorang yang tak suka menunjuk-nunjuk kononnya, atau pun bukan kerana aku adalah seorang anak yang cukup mithali kononnya. Bukan, bukan sebab itu. Alasan aku cukup konkrit untuk aku menghalang diri sendiri daripada meraikan hari itu.


Aku punya alasan sendiri, alasan yang tak mungkin difahami oleh sesiapa pun... Jadi tolong jangan jadi pengadil dalam gelanggang yang cuma aku seorang sahaja pemainnya.


Sekian entri bercakap sendiri di tengah malam minggu.

14 comments:

Lady Windsor Says:
May 13, 2012 at 2:14 AM

yippii! Aku 1st!

SM Says:
May 13, 2012 at 2:20 AM

as i told you before. you always be the first and last in my heart. cewah!!!

Lady Windsor Says:
May 13, 2012 at 2:37 AM

Cehh nak beli jiwa le tewww! Haha..

Selamat berblog aa..

SM Says:
May 13, 2012 at 2:39 AM

gua tak main la beli-beli jiwa ni. rembat terus!!!

Lady Windsor Says:
May 13, 2012 at 6:18 AM

Ko rembat? Weii itu dah mencuri jiwa..bhahaha?

SM Says:
May 13, 2012 at 12:01 PM

mencuri jiwa tak perlu modal material yang besar. hahaa!

Telor Power Says:
May 13, 2012 at 12:33 PM

aku juga tak sambut hari2 begini, kalau diberi cuti pun aku just meraikan cuti yg diberi.

Aku Says:
May 13, 2012 at 1:44 PM

... ini siri bercakap dengan diri sendiri... i like!

-gedek! Says:
May 13, 2012 at 2:10 PM

bila nak ada hari blogger?

SM Says:
May 14, 2012 at 9:21 AM

TP : tapi lagi banyak hari istimewa macam ni, lagi banyak cuti...

Aku : cakap sorang-sorang je suda...

gedek : alamak, kena declare hari blogger ni!

reen afny Says:
May 23, 2012 at 11:14 PM

olooo bufday aku 12may.. taknak wish ke ;(

SM Says:
May 26, 2012 at 9:08 PM

reen : dah terlepas. tahun depan je la... haha!

reen afny Says:
May 30, 2012 at 11:07 PM

hahaha wish jela. arghhhhhhh

SM Says:
May 31, 2012 at 7:50 AM

ra : lain tahun kalau aku belum nyanyuk lagi.