Tentang Priya...

| Thursday, May 10, 2012 | |
Lebih kurang dua minggu lalu... "Hello, my dear Priya. Been a long time haven't heard your voice la. Busy ke?" Tanya aku dari hujung talian sini tanpa memperkenalkan diri. Pertanyaan yang menunjukkan aku ni agak busybody jugak orangnya, sebab aku tahu pada waktu sebegitu mungkin orang yang menjawab panggilan aku tidak la begitu sibuk, seperti biasa. Seperti dulu. Seperti ketika aku duduk di sebelahnya sebagai rakan sepejabat.


"Haha, takde la. Tak busy." Balasnya dengan suara ceria. "Bos ada? Jom makan, aku belanja. Sekejap lagi aku sampai." Pelawa aku, memandangkan jam menunjukkan hampir 11:45 pagi.


"Eh, ok. Boleh!" Nada suaranya bertambah ceria. Mungkin dia tidak menjangka kedatangan aku ke situ.


Perbualan bersambung lagi untuk beberapa belas saat sebelum aku menamatkan panggilan untuk memberitahu kepada pekerja kedai aksesori kereta apa masalah berkaitan kereta buatan Malaysia aku.


Sebenarnya, ketika panggilan itu dibuat, aku telah sedia berada beberapa puluh meter dari tangga pejabat lama aku. Memandangkan aku dalam perjalanan pulang ke pejabat dan melalui kawasan sekitar pejabat lama, aku bercadang untuk singgah menjenguk kawan lama sambil membikin apa yang patut dengan kereta buatan Malaysia aku ni. Dan bengkel dan kedai aksesori yang menjadi hala tuju aku cuma terletak bertentangan dengan bangunan yang menempatkan pejabat tempat aku bekerja dulu.


Dulu, pejabat ini adalah tempat aku mencari nafkah zahir selama lebih setahun. Satu firma swasta yang kecil, cuma mempunyai dua pekerja tetap disamping beberapa pekerja lapangan secara freelance. Di situ, aku bekerja dari pagi hingga petang bersama-sama dengan seorang perempuan muda berketurunan India. Priya namanya. Nama yang cantik, semanis orangnya. Rambut panjang melepasi bahu dan bertubuh kecil separas bawah dada aku kalau dia duduk di kerusi dan aku pula berdiri di sebelahnya.


***************


Beberapa minit kemudiannya, aku sudah tercegat di muka pintu pejabat Priya sambil menekan punat bell. Di situ, aku berada beberapa minit mengimbas kenangan lama bersama-sama Priya. Sesekali aku menggodek beberapa peralatan baru yang dahulunya tidak terdapat di situ. Dalam hati aku, kaya jugak bos lama aku ni. Memang patut pun, sebab dulu dia bukanlah seorang yang kedekut taik hidung pahit.


"Nak makan mana? Sebut je, aku belanja. Tapi jangan mintak fries je macam dulu. Bazir minyak je pergi McD tapi beli satu fries dengan coke." Tanya aku kepada Priya. "Tak kisah la. Awak belanja, saya ikut je." Jawabnya. "Kita makan ikan bakar nak? Special punya tempat. Priya punya pasal, aku bawak tempat yang best." Cadang aku. "Ok, jom." Priya menggerakkan kepalanya tanda setuju yang teramat sangat.


Tepat jam 12:00 tengahari, setelah selesai sesi temubual berkenaan projek terbaru. Aku dan Priya memulakan langkah menuju kedai aksesori kereta yang berhampiran untuk mengambil kereta buatan Malaysia aku.


***************


Lebih kurang dua puluh minit kemudian, aku dan Priya sudah sedia mengambil tempat duduk di bahagian paling luar. Tempat sesuai yang aku pilih supaya dapat merasa tiupan angin berdebu pada hari yang amat terik itu. Premis restoran ikan bakar itu hanya dihuni oleh empat orang pelanggan yang mengambil dua tempat berasingan di bahagian dalam dan di hadapan, berhampiran dengan kaunter bayaran. Menu pilihan kami (aku yang pilih sebenarnya) adalah kangkung goreng ikan masin, sotong masak pedas dan siakap bakar bersaiz sederhana. Cukup untuk mengenyangkan perut kami berdua.


Sepanjang menghabiskan masa selama sejam bersama Priya sambil menjamah makanan orang baru dapat duit, banyak juga yang kami bualkan. Daripada kisah adik bongsunya yang masih lagi aktif dengan kejohanan badminton sekitar Selangor, isteri bos yang semakin aktif dengan kegiatan politiknya berbanding dulu hingga kadang-kala bos terpaksa membawa anak tunggal mereka ke pejabat, projek pembinaan stesen MRT sekitar Puchong, hinggalah kepada kisah kereta baru si Priya.


Pergh, memang aku tak sangka pulak si Priya ni dah punya keberanian untuk memandu menempuh kesesakan jalan setiap pagi dan petang walau pun cuma berbekalkan kereta kecil dinamakan Perodua Viva. Manakan tidaknya, orang yang dah lama memiliki lesen memandu tetapi boleh dikatakan tak pernah menyentuh stereng tiba-tiba mengambil langkah drastik untuk menjadi pemandu tegar. Manual pulak tu. Aku respek sama kau.


Seronok sembang dengan dia ni. Pendek kata, perbualan kami hampir tidak pernah terputus, menandakan malaikat tidak lalu berhampiran meja kami. Apatah lagi melintasi aku dan Priya yang duduk bertentangan. Sedikit perbezaan yang aku dapati ada pada Priya berbanding dulu, dia semakin matang dalam berbicara. Sesuai dengan umurnya yang sudah mencecah 27 tahun.


Dalam perbualan, aku bertanya, dia menjawab. Dan dia bertanya, kadang-kala aku balas dengan pertanyaan juga. Entah kenapa, dahulu ketika kami bergelar rakan sepejabat, aku tak pernah keluar makan bersama dengan dia. Minum pun tak pernah. Berlainan dengan adik bongsunya yang ketika itu baru darjah enam, ada jugak ikut aku pergi mengeteh kat restoran mamak berhampiran. Kami berdua sibuk buat hal masing-masing. Rasa kelakar dan pelik pun ada. Mungkin aku takur terrrrr`skandal' kot. Memandangkan Priya termasuk dalam golongan yang cantik manis dan aku pulak dalam kelompok lelaki idaman seantero wanita di kepulauan Nusantara. Hahahaa...!


Tapi, semenjak bertemu pada pagi itu sehingga la waktu aku menghantar Priya pulang ke pejabat, ada satu soalan yang tak berani aku nak tanyakan. Jadi, soalan itu aku suarakan je di sini iaitu...


"Priya, kau ni single lagi ke?"
...sekian entri ingatan untuk bekas rakan sepejabat.

14 comments:

ralphrazaq Says:
May 10, 2012 at 4:53 PM

http://www.youtube.com/watch?v=Ut5Gu9OtlXs

SM Says:
May 10, 2012 at 5:20 PM

ralph : ceh, peminat hindustan rupanya... tapi ok la, layan jugak.

Lady Windsor Says:
May 10, 2012 at 5:58 PM

lelaki idaman seantero wanita di kepulauan nusantara?? apakah...hmm Adele..

SM Says:
May 10, 2012 at 6:03 PM

jeles la tu! hahahaa!!!

Lady Windsor Says:
May 10, 2012 at 8:34 PM

ahh tak kose nak jeless..bluerkkkk!

Aku Says:
May 10, 2012 at 9:00 PM

walau pun tak tanya soalan tu, lunch tu bleh dikategorikan sebagai dating... kan?

Telor Power Says:
May 10, 2012 at 11:50 PM

pstut ls li suka tgk cerita tamil...kehkehkeh

Telor Power Says:
May 11, 2012 at 1:14 AM

pembetulan: patut la lu suka tgk cerita tamil....kehkehkeh

SM Says:
May 11, 2012 at 8:19 AM

LW : kau cemburukan kekacakan aku!

Aku : banyak la! itu sebagai tanda terima kasih sebab walau pun dah tiga tahun berambus, masih dapat job kecil-kecilan. kalau bos dia ada, aku pun ajak sekali.

TP : haha! itu cerita lain bro!

Lady Windsor Says:
May 11, 2012 at 8:31 AM

Telor Power,
Bro aku pun notice la tuan tanah kedawung ni suka tengok citer tamil...adehh!


Aku,
Gua nak tokok tambah, sahih tu walaupun keluar makan tengah hari, consider dating secara harmoni..ye dak?

SM Says:
May 11, 2012 at 8:46 AM

bab filem tamil, tu memang dah serasi dalam darah daging aku sejak belum lahir lagi.

harmoni? ya, aku boleh terima perkataan tu. cara ar!!!

Telor Power Says:
May 11, 2012 at 3:33 PM

Lady W : ya betul tu

SM : tak kiasah lah dari kecil ke dari remaja ker, element2 yang ada dalam cerita tamil tu seolah sudah wujud dlm entri ini, cuma tiada muzik yang bekumandang sahaja. kehkehkeh

ralphrazaq Says:
May 11, 2012 at 4:09 PM

sm - semua genre cerita aku layan..kebetulan nama PRIYA plak...memang kena la dengan lagu hindustan tu..haha

SM Says:
May 11, 2012 at 4:26 PM

TP : mujur, masa makan tu tak kedengaran alunan muzik tamil.

ralph : eh, priya tu nama pendek je. nama panjang dia susah nak eja.